- 8 minggu adalah umur minimum untuk anak kucing dipisahkan daripada ibunya.
- Ada negara yang mengenakan undang-undang sekurang-kurangnya anak kucing berusia 12 minggu baru boleh dipisahkan anak kucing daripada ibunya.
- Memisahkan mereka pada usia yang terlampau muda akan menyebabkan ibu kucing sangat berdukacita kerana dia tahu anaknya itu belum mampu hidup berdikari, malah dia belum sempat mengajar anaknya gaya hidup sebagai seekor kucing sejati.
- Jika dipisahkan anak kucing daripada ibu kucing pada usia anak kucing 3 hingga 4 bulan, ibu kucing akan kurang sedih kerana dia mungkin dah bersedia membebaskan anaknya ke dunia luar.
- 4 bulan pertama adalah sangat penting kepada seekor anak kucing kerana pada tempoh itu ia membina jati diri sebagai seekor kucing, iaitu ia belajar bagaimana cari makan, bagaimana bersosial dengan kucing-kucing lain, dan juga membina imunisasi dirinya melalui susu ibunya.
- Anak kucing yang dipisahkan terlalu awal juga ditakuti akan menyebabkan mereka tiada pengetahuan bagaimana untuk menyusukan anak mereka nanti, tapi insya-Allah naluri keibuan akan memberi idea kepada mereka bagaimana mahu menyusukan anak.
20160918
3 Ulasan
Terima kasih atas perkongsian.
BalasPadamMrs. A ada anak kucing itulah tak pasti bila boleh pisahkan dari ibunya. Nampak gayanya lambat lagi.
Anak kucing Mrs. A baru umur sebulan.
wah kenapa nak dipisahkan pula? kalau nak paling best 4 bulan, tapi dah boleh dah ajar keluarga angkat mereka susukan anak kucing tu supaya dia-kucing mesra manusia.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.