Budak baik, cinta pertamaku, insan yang mengajarku erti cinta
Takkan lupakanmu
Aku ingatimu
Hanya dirimu yang ada dalam ingatanku
Aku mahu kau perhatikanku
Maka ku pilih pakaian yang dikau suka
Tudung yang melitupi rambutku
Ku gayakan dengan cara yang dikau suka
Ku lintasi jalan yang selalu kau tempuhi
Sengaja ku pilih jalan yang jauh
Harapan temui dirimu di sana
Nombor telefon yang sama masih ku gunakan bertahun lamanya
Alamat rumah juga tidak pernah ku tukar
Bimbang kau mencari diriku
Aku tau kita masih mengingati
Sejujurnya aku merinduimu
Amat rindu sehingga gila diriku dibuatnya
Aku akan sentiasa menanti dirimu
Mungkin dengan penantian ini, kau akan menerima diriku
Kau budak baik
Kau yang pertama mengajarku erti cinta
Mungkin kau lemah apabila bersua denganku?
Mungkin kau tidak mahu mengaku perasaanmu?
Kau saja mengambil jalan jauh, kerana kau mengelakkan diriku?
Kau tukar nombor telefonmu
Kau berpindah tanpa memberitahuku
Aku akan bermula semula
Aku katakan, walau tidak menemuimu, aku akan tetap ingatimu
Sewaktu hujan turun
Memori pertemuan pertama kita bermain di minda
Dirimu tetap dalam hatiku
Adakah aku ada kekuatan untuk menolak dirimu?
walau apa pun, aku akan tetap mengharunginya
Kerana cintaku kepadamu amat kuat
Walaupun kau tidak pernah cintaiku
Mungkin tidak pernah kau rindui diriku
Walaupun aku hanya jatuh cinta kepadamu tanpa sengaja
Ia tidak menghalang air mata dari menitis, setiap kali aku melihat ke luar jendela
Memikirkan mungkinkah kau akan kembali?
Aku tetap ingatimu
Aku akan ingati dirimu, budak baik
2 Ulasan
wah... nice !
BalasPadamhaha... malunya saya....
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.