- Fuh... rasa keletihan sungguh malam ini, rasa macam nak ku lelapkan saja mata ini. Tapi Tedi gagahkan juga mata untuk mengiklan beberapa artikel daripada Laman 75. Ada 10 artikel semuanya dan Tedi harapkan setiap satu artikel itu boleh memperolehi ribuan pembaca, seterusnya menjana pendapatan buat interpretZZ.
- Penat juga nak kekal konsisten mengirim artikel baru,
- Hari ini adalah hari di mana Tedi berjaya juga habiskan ujian tekanan ke atas Projek RaFID. Esok para guru dan pentadbir sekolah meminta Tedi menyediakan kelengkapan untuk Ujian Integrasi. Rasa macam nak mengamuk pun ada! Mereka mesyuarat petang tadi dan habis mesyuarat minta Tedi siapkan kelengkapan tersebut, manakala sebelum mesyuarat pula Tedi diminta menyediakan kronologi Perjalanan Projek.
- Projek CaTU pula masih tertangguh dan Tedi pun tak tahulah bila nak sambung semula. Baru tadi Tedi dapat Pustaka Dinamik yang terbaru beserta beberapa fail imej yang diperlukan untuk memuatkan Modul Capaian Selamat dengan kandungan terkini. Pengurus projek dah beberapa kali tanya bila mahu siap dan Tedi nampak macam tak nampak apa-apa.
Sumber gambar: https://www.pinterest.com/thomaslind4131/my-wall/
- Hari ini juga kawan Master bernama AMP telah menerima tamparan hebat apabila dirinya ditikam dari belakang. Niatnya untuk membantu kawan lain telah menjerat dirinya sendiri apabila kawannya itu mahu melarikan diri apabila berlaku sesuatu isu. Padahal jika kawannya itu mengaku pun tiada masalah kerana ia di bawah bidang kuasa beliau untuk beliau tentukan bagaimana beliau mahu kerja itu dilaksanakan.
- Tikam belakang in English ialah backstabbing yang bermaksud pengkhianatan oleh kawan palsu.
- "Ditikam dari belakang" adalah satu peribahasa yang bermaksud dikhianati oleh orang yang kita percayai.
- Metaforanya mudah sahaja, orang yang kita percayai selalunya kita benarkan berada di belakang kita tanpa kita awasi.
- Peribahasa yang hampir sama maksud untuk gambarkan ditikam dari belakang ialah "Musuh dalam selimut" atau "Musang berbulu ayam".
- Tapi mungkin kerana hanya fokus mahu selamatkan diri, habis orang lain terjebak sama. Inilah yang mungkin dikatakan orang-orang tua seperti "melepaskan anjing tersepit", selepas dilepaskan kita pula digigitnya, atau paling kurang menyebabkan kita terpaksa menyamak anggota badan yang terkena najis. Mungkin anjing itu tiada niat pun untuk menggigit tapi dek kerana ia kesakitan, ia keliru untuk membezakan di antara penyelamat dan musuh.
- Tadi di sekolah ada pertandingan membuat kolam iaitu satu hiasan menggunakan beras berwarna-warni. Tedi tak dapat nak bayangkan bagaimana seninya tangan mereka membuat hiasan menggunakan beras berwarna-warni tersebut.
- Tedi berasa sangat mengantuk sekarang, mungkin Tedi perlu mandi untuk segarkan badan dan juga mata?
Gambar kawan tikam belakang ketika sedang tolong mengikat kasutnya.
- Malam ini Tedi perlu membantu Mommy membungkus Kacang Salut kerana stok jualan Mommy sudah kehabisan. Okayla kot sementara membungkus produk Kacang Salut tu boleh juga Tedi tonton drama Suri Hati Mr. Pilot yang secara klisenya Tedi kategorikan sebagai merapu.
- Owh... Mommy sediakan minuman Jus Alpukat untuk Tedi, segar sedikit rasa badan Tedi ini mungkin kerana suhu badan Tedi direndahkan oleh kedinginan Jus Alpukat tersebut.
Gambar kartun tikam belakang dari Variety Is The Spice Of Life: You could be the other bastard ... (shiekblog.blogspot.com)
20161026
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.