Memang sukar untuk menyatakan cinta apatah lagi daripada diri seorang gadis yang pemalu.
Tambahan pula cinta itu mahu dinyatakan kepada seorang jejaka yang amat serius dan obses kepada matematik.
Jika anda punyai masalah sebegitu, jangan risau... Tedi ada jawapannya.
Hantarkan sahaja barisan formula di bawah ini dan minta si jejaka tersebut menyalinnya ke dalam kotak teks enjin carian Google... Google sahaja tau.
(sqrt(cos(x))*cos(200x)+sqrt(abs(x))-0.7)*(4-x*x)^0.01, sqrt(9-x^2), -sqrt(9-x^2) from -4.5 to 4.5
Jika dia tidak terpesona dengan jawapan yang diberikan Google atau tidak faham maksud jawapan tersebut, jangan tunggu lama... abaikan sahaja dirinya itu, anggap sahaja beliau tidak pernah wujud seperti embun yang meruap di pagi hari.
Atau jika dia berdegil tidak mahu meng-Google, tapi sebaliknya mahu menyelesaikan persamaan matematik itu sendiri... ermmm... selamat berjaya.
Bagi kawan-kawan yang agak keliru kepada gambar di atas, boleh rujuk kepada gambar di bawah ini untuk mengetahui apakah jawapan kepada persamaan soalan matematik tersebut.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.