بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Tadi Tedi duk perhati sahaja tolok minyak kereta Proton SAGA BLM 1.3 MT dari Bangsar South sehinggalah Bandar Baru Salak Tinggi
Gambar meter dashboard (papan pemuka) minyak Proton SAGA BLM
- Selalunya jika meter minyak menunjukkan 2 takuk (bar), Master akan segera mengisi petrol demi mengelakkan tragedi kehabisan minyak di tengah jalan.
- Tapi tadi Tedi sengaja ja menghalang Master daripada berbuat demikian, tambahan pula memang tiada stesen minyak yang ada pada haluan kami pulang. Jika ada pun, kami akan terpaksa membuat pusingan-U.
- Terkadang terfikir juga kenapa tiada stesen minyak dibuka di Lebuhraya MEX menghala ke Putrajaya? Jika ada, rasanya memang akan jadi tumpuan ramai kerana keadaan di lebuhraya itu agak kurang sesak dan selesa, jadi tidak serabut untuk pemandu berhenti.
- Kali ini kami memandu pulang dalam keadaan yang kurang sesak mungkin kerana telah lewat, dan Master pula memandu di sekitar 3000 RPM (pusingan enjin seminit). Proton SAGA BLM 1.3 MT pada 3000 RPM pada asasnya bergerak pada kelajuan minimum 80 kilometer sejam, dan kami boleh cecah 100 kilometer sejam dengan kekalkan pusingan enjin pada 3000 RPM tersebut.
- Putaran enjin 3000 RPM adalah putaran enjin yang ekonomi pada mana-mana kereta. Malahan kereta berenjin CC besar boleh sahaja mencecah 100 kilometer sejam pada putaran enjin 2000 RPM. Sebab itulah kereta besar kadangkala boleh lebih jimat minyak berbanding kereta kecil, tapi jika mereka sangkut dalam kesesakan lalu lintas, memang jahanam. Kereta dengan enjin CC besar lebih baik bergerak konsisten untuk jimatkan minyak. Tapi selalunya kereta besar mana main kelajuan 100 kilometer sejam ini, tentunya mahu dipandu laju sesuai dengan CC enjin mereka.
- Melalui pemerhatian Tedi tadi, didapati bahawa takuk (bar) minyak tidak turun langsung dalam perjalanan sejauh 50 kilometer tersebut. Tapi kalau Master pecut tadi (dalam kelajuan 120 kilometer sejam), mahu sahaja takuk minyak tu menurun dengan mendadak.
- Kami isi semula petrol di Petronas Bandar Baru Salak Tinggi sebanyak RM 40 untuk tangki penuh (6 takuk).
~20161011~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.