Jalan pintas: Kronologi, Hanya..., Lirik lagu "Hanya" oleh Melly Goeslow dari filem Ada Apa Dengan Cinta, Lagak si Rangga.
Baru sahaja sampai dari percutian di Bangkok, Thailand. Sejurus sahaja mendarat, dikejutkan pula dengan isu di sekolah yang agak menekan jiwa. Isu yang seharusnya kecil tetapi menjadi besar dek kerana kurangnya rasa kekitaan dan lebihnya rasa keakuan.
Peel yang tidak berapa molek ini tentunya akan menjahanamkan perjalanan sesebuah pasukan atau organisasi.
Tedi yang kena memanglah Tedi kata tidak molek, entah-entah Tedi pun sama juga bak kata orang tua-tua Bagaikan enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
Kronologi
Apa-apa pun pada pagi esok harus jua menghadap guru kelas dengan kronologi yang diperlukan. Apa itu kronologi? Kronologi apa? Kronologi percutian Tedi di Bangkok?
Hanya...
Tenangkan hati kejap dengan menggodek lagu Hanya daripada filem Ada Apa Dengan Cinta.
Tedi suka filem ini kerana watak Rangga di dalamnya sungguh cool dan macho! Dia susah senyum dan dia tak pandang gadis-gadis. Dia suka puisi dan bercakap sendiri. Mungkin ramai yang tidak faham apa yang diperkatakannya, tapi ada dia kisah? Ermmm... macam pernah Tedi kenal je seseorang dengan peel seperti itu.... siapa ya?
Tedi tidak pernah menonton filem Ada Apa Dengan Cinta ni sampai habis, jadi Tedi tidak tahu sama ada wataknya itu akan berubah... dan Tedi tidak mahu tahu...
Tedi sumbatkan sedikit lirik lagu Hanya nyanyian Melly Goeslow ini.
Lirik lagu "Hanya" oleh Melly Goeslow dari filem Ada Apa Dengan Cinta
*****
Hanya dengan sedikit malu
Akhirnya aku harus akui
Keberadaan cintamu dalam hatiku
Yang kau renangi
Rasa resah singgah bila terjadi perang
Emosi kau dan aku
*****
Jangan pernah menyanjung cinta
Bila tak mengerti maknanya cinta
Satu terindah dalam dirimu
Kini ada di jiwaku
*****
Ku inginkan cerita cinta
Terindah bagai di dalam dongeng
Percintaan berhujan rindu
Asmara kita akankah lama?
*****
Dalam hati ku terhibur
Bila senyum mahalmu merebak
Rasa resah singgah bila terjadi perang
Emosi kau dan aku
*****
Lagak si Rangga
Cukup sampai di situ sahaja lirik lagu Hanya tersebut, di bawah ini pula kata-kata yang jujur tapi kelakar dan berlagak ala-ala Rangga ketika di dalam perpustakaan.
Baru saja aku lempari seseorang dengan pen kerana dia berbual di ruangan ini. Aku tidak mahu pen itu kembali ke mukaku gara-gara berbual dengan kamu.
20161129
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.