Pada suatu pagi yang hening, kami berkeliaran di Pulau Langkawi untuk mencari sarapan.
Mommy bercadang mahu membawa kami ke Restoran Siti Fatimah yang masyhur itu. Apakan daya hajat kami tiada kesampaian untuk bersarapan di sana kerana ia masih belum dibuka lagi.
Jam menunjukkan pukul 10 pagi dan mungkin Restoran Siti Fatimah itu belum mula waktu operasinya.
Perut kamu sudah berkeroncong minta diisi. Entah bagaimana pula di hadapan Restoran Siti Fatimah itu ada sebuah gerai yang diberi nama Chef Belanga Merecik.
Tanpa disangka, gerai yang kami tak berapa nak singgah ini rupa-rupanya akan meninggalkan kenangan indah buat kami di Pulau Langkawi ini.
Chef Belanga Merecik gerainya kecil, tetapi menunya berjiwa besar. Baca sahaja menu dalam gambar di atas, memang Tedi tidak pernah mendengar apatah lagi melihatnya.
Gambar di atas adalah Roti Canai Bistik yang boleh dikatakan signature dish di Chef Belanga Merecik di Langkawi ini. Rotinya adalah roti canai segera yang pada mulanya Master komen sebagai tidak lembut atau gebu.
Master selalu mencari kegebuan, kelembutan, dan kegaringan pada setiap roti canai yang dimakannya.
Namun akhirnya Master akui bahawa kekerasan roti canai itu mengimbangi kebasahan yang dibawa oleh sos bistik tersebut. Daging untuk hidangan ini adalah daripada daging burger.
Murah dan sedap.
Mungkin kawan-kawan dapat meneka apakah makanan di atas?
Ia adalah roti bakar. Rotinya adalah roti keping biasa sahaja, dibungkus dengan telur dan disirami sos dan mayonis.
Master tidak makan mayonis, jadi hidangan ini adalah pilihan Mommy.
Banner di atas terpampang di tepi jalan di sebelah gerai Chef Belanga Merecik tersebut. Mungkin dahulu ia pernah menjual Mee Udang Sungai 2 dan kini mereka mahu memperkenalkannya kembali?
Lokasi Chef Belanga Merecik
Memandangkan tiada peta ke gerai ini di dalam Google Map walaupun setelah Master menambahnya, cara termudah untuk menemui tempat ini adalah dengan mencari lokasi Restoran Siti Fatimah yang beralamat di Batu 5 1/4, Jalan Kampung Tok Senik, Kawasan mata Air, Ulu Melaka, Langkawi, 07000, Langkawi, Kedah, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.
Di atas ini pula gambar Restoran Siti Fatimah yang pada awalnya menjadi sasaran kami. Kelihatan ia seolah-olah sudah dibuka ketika kami mahu beransur meninggalkan gerai Chef Belanga Merecik.
Inilah yang dinamakan rezeki ketentuan Allah, dan semoga kedua-dua buah kedai ini bersaing secara sihat. Semoga lokasi perniagaan mereka akan menjadi tumpuan ramai pada suatu masa nanti.
# Langkawi 2016 # Chef Belanga Merecik # jalan-jalan cari makan # 29 Ogos 2016 # 20160829
2 Ulasan
belanga mercik tu mcm best je.. langkwin tgu tau unni dtg!! hihih
BalasPadamsilakan mencuba. lagipun ianya on the way ke Makam Mahsuri, so kalau nak ke sana bolehlah singgah sarapan. Lagipun Langkawi tu kecil sahaja kan? hehe
BalasPadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.