Manusia sering berkata, meniru adalah satu bentuk pujian paling ikhlas.
Oleh sebab itu, syarikat gergasi Korea Selatan, Samsung mungkin tidak lama lagi akan berbesar hati dengan Huawei, kerana terdapat khabar angin yang mencadangkan telefon pintar P10 keluaran Huawei akan mempunyai skrin melengkung dan pengimbas cap jari di bahagian depan, sama seperti telefon pintar Samsung Galaxy S7 Edge.
Maklumat yang datang dari pembocor maklumat di Weibo, @reviewer_xiaokang, turut menambah bahawa Huawei P10 juga mungkin menyokong teknologi pengecasan tanpa wayar.
Walaupun mereka tidak menyertakan sebarang bukti untuk menyokong hebahan itu, tiada satu pun di antara dua perkara itu sukar untuk dipercayai.
Ini adalah kerana cerita sebegini sudah lama didengar dan sudah dapat dilihat pada rekaan Huawei melalui Huawei Mate 9 Porsche Design.
Khabar angin dari sumber terawal juga menyatakan Huawei P10 akan menggunakan skrin 5.5 inci pada resolusi 1440 x 2560, menambah keyakinan bahawa ia akan menyerupai Galaxy S7 Edge, dan mungkin juga ia akan dihadirkan dalam versi rata, yang mungkin akan menjadi lebih murah.
Huawei P10 dijangka akan dilancarkan pada April 2017, jadi kita masih perlukan beberapa sumber lagi sebelum dapat memastikan spesifikasi sebenar Huawei P10.
Tetapi jika khabar angin ini tepat, maka ia adalah naik taraf yang memberangsangkan kepada Huawei P9 yang ketika ini adalah produk yang menakjubkan.
20161223
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.