بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

Malam ini Tedi mahu berkongsi faedah jika manusia menderma darah kepada manusia yang lain melalui tabung darah atau bank darah. Jika di Malaysia pastinya menerusi Pusat Darah Negara.

kempen iklan jom derma darah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
Jom Derma Darah. Stok darah jenis O, A, dan B terutamanya sangat rendah ketika ini. Bantuan dan sokongan anda amat diperlukan untuk selamatkan nyawa pesakit-pesakit. Poster Kempen derma darah.

 

Beberapa kelebihan menderma darah atau faedah menderma darah ialah:

1. Pemeriksaan fizikal mini percuma.

Sebelum menderma darah, tahap hemoglobin anda akan diuji. Jika ia adalah rendah, maka anda tidak akan dibenarkan untuk menderma darah. Selain hemoglobin, tahap tekanan darah dan berat badan juga akan diperiksa.

Di samping itu, darah anda juga akan diperiksa untuk mengesan kehadiran lima penyakit, iaitu, hepatitis B, hepatitis C, Sifilis, HIV / AIDS dan malaria. Jika anda tidak mengalami penyakit-penyakit ini, barulah anda akan dibenarkan untuk menderma darah anda.

2. Merendahkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar

Kemungkinan penyakit jantung dan angin ahmar adalah 30% lebih rendah pada manusia yang menderma darah secara tetap.

gambar jururawat sedang membantu seirang penderma darah ketika aktiviti menderma darah

3. Mengurangkan tekanan darah.

4. Membuang zat besi yang meningkatkan risiko penyakit jantung jika berlebihan.

Zat besi mengoksidakan kolesterol sekaligus berbahaya untuk arteri. Hemochromatosis adalah penyakit genetik yang dicirikan oleh pengumpulan lebihan zat besi dalam tisu badan kerana metabolisme yang tidak sempurna.

Penyakit ini boleh menyebabkan kerosakan kepada organ-organ seperti pankreas, kelenjar adrenal, dan lain-lain. Ia juga boleh menyebabkan kencing manis, penyakit hati dan penyakit jantung. Jadi, menderma darah secara tetap akan membantu anda untuk mengawal tahap zat besi dalam badan anda.

Kajian telah menunjukkan bahawa menderma darah secara teratur dapat memberi manfaat kepada jantung dan sistem peredaran darah dan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, terutamanya di kalangan orang muda.

5. Mempertingkatkan kadar pengeluaran sel darah merah baru, dan menjadikan sumsum tulang aktif.

6. Membakar kalori

satu unit darah yang didermakan boleh membakar kira-kira 650 kalori.

7. Mendapat rasa ketenangan dan gembira kerana dapat berbakti kepada orang lain.

8. Mengurangkan risiko barah.

9. Membantu tiga orang

Satu unit darah yang diderma oleh anda boleh memberi manfaat kepada tiga orang.

Ini adalah kerana darah boleh dipisahkan ke dalam bentuk RBC, plasma dan platelet.Kesemua jenis komponen darah ini adalah penting dalam membantu menyelamatkan nyawa.


~20161214~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih