بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Tidak boleh spin yang Tedi maksudkan di sini ialah apabila mesin basuh anda boleh membasuh (wash) dan membilas (rinse) tapi gagal sama sekali ketika proses akhir mengeringkan baju (spin).
Ini adalah beberapa punca mesin basuh rosak tak boleh spin atau dalam kata lain spin mesin basuh tidak berputar.
Mesin masuh tidak spin di kitar akhir pembasuhan
Perkara pertama untuk diperiksa adalah masalah keseimbangan muatan mesin basuh. Pastikan kain-kain yang dibasuh berada dalam keadaan seimbang. Kadangkala kedudukan mesin basuh yang senget juga menyumbang kepada masalah ini.
Ini adalah kerana mesin basuh zaman moden mempunyai mekanisme perlindungan dalaman yang mengelak untuk spin apabila kain cucian tidak seimbang untuk elakkan kerosakan.
Sering terjadi apabila anda hanya mencuci satu item yang bertukar sangat berat apabila basah, atau apabila bahan cucian itu terlalu ringan.
Cara mudah memeriksa masalah keseimbangan ini ialah dengan melakukan spin tanpa apa-apa muatan dalam mesin basuh, atau dengan muatan yang lebih seimbang.
Mesin basuh tidak spin kerana ia gagal keluarkan air dengan sempurna
Mesin basuh juga akan menolak untuk melakukan spin apabila ia menghadapi masalah menyalurkan air cucian keluar, sama ada sepenuhnya, ataupun hanya apabila ada sebahagian air cucian tidak dapat dikeluarkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Mungkin ada masalah pam tapi jangan terlalu pantas mengandaikan masalah pam, kecuali jika terlalu banyak air yang tinggal dalam mesin basuh. Mungkin sahaja ada sekatan yang menghalang air keluar dari mesin basuh anda.
Mesin basuh tidak spin kerana masalah pada sistem tekanan (pressure system)
Masalah pada pressure system akan menyebabkan mesin basuh menganggap bahawa air masih belum dikeluarkan. Ini adalah kerana pressure system yang bertugas memaklumkan kejayaan mengepam keluar air dari mesin basuh.
Masalah pada pressure system akan sebabkan isyarat tidak dapat dihantar kepada mesin basuh. Tandanya ialah apabila mesin basuh melakukan pusingan kecil untuk menyeimbangkan muatan cucian dan kemudian berhenti tiba-tiba selepas keluarkan bunyi "klik".
Mesin basuh gagal spin kerana masalah motor atau belt tergelincir
Ada kemungkinan motor yang memusingkan drum sudah rosak, selalunya diakibatkan oleh kehausan carbon brush, hingga menyebabkan mesin basuh gagal mencapai kelajuan yang diperlukan untuk spin, tapi masih boleh wash (basuh) dan rinse (bilas).
Kebiasaannya ia takkan jadi begitu kerana masalah motor akan sebabkan kegagalan ketika wash dan rinse juga. Tapi jika semasa nak spin ia membuat bunyi bising dan ia memaksa untuk spin, boleh jadi ada masalah pada motor.
Jika masalah melibatkan kehausan carbon brush, anda boleh baiki sendiri, tapi selebihnya, baiklah panggil mereka yang pakar membaiki mesin basuh.
Selain motor, boleh jadi juga masalah belt dari motor ke drum tergelincir. Masalah ini jarang berlaku pada mesin basuh zaman moden ni, dan ada juga mesin basuh moden yang tidak gunakan belt sama sekali.
Tapi ia mudah diperiksa dengan membuka panel belakang mesin basuh.
Karangan ini telah diterbitkan pada 20161203 berkenaan spin mesin basuh rosak.
36 Ulasan
Mesin x bleh basuh n spin dan x mngeluarkn bunyi apa pn...mesin semi auto
BalasPadammungkin masalah elektrik atau pendawaian tu. ada apa-apa yang menunjukkan mesin basuh itu berjaya dihidupkan?
PadamMesin basuh pakaian byk blh spin..sedikit x blh spin..
BalasPadamerm mesin basuh apa ni? tak boleh spin sahaja atau tak boleh wash terus? Tedi tak pasti jika ada mesin basuh yang periksa ada muatan atau tidak, nanti Tedi periksa, tapi kalau betul sikit cuba basahkan pakaian tu supaya beratnya bertambah.
PadamMesin basuh saya tak bole spin panasonic 13kg model NA F130
BalasPadamSharp esx115 11kg..error E2.. Tukar water level sensor trus Ok.. Lepas 2 naik error E5 x boleh spin pulak.. Problem apa ya?
BalasPadamE5 selalunya masalah air tak keluar habis. Tapi tak pastilah untuk mesin basuh Sharp.
PadamMesin basuh Toshiba AW-9600s
BalasPadamTak boleh spin (e74)
Mesin basuh Toshiba kod e-7 adalah kejanggalan arus elektrik pada motor mesin basuh.
PadamKod e-74 khusus untuk masalah ini apabila mesin basuh ditetapkan untuk spin sahaja. Reset mesin basuh dengan tekan butang Off dan kemudian On.
Operasi semasa takkan diteruskan. Pembasuhan perlu dimulakan semula dari awal.
Mesin basuh samsung model wa12w9 basuh bilas boleh spin tak boleh..
BalasPadamada error code tak
Padamkalau tiada secara umumnya punca masalah adalah seperti yang Tedi kirimkan.
PadamMesin basuh Toshiba model AW-A750SM air tak drain sepenuhnya. mesin basuh model lama xde tulis error. cuma buzzer berbunyi dan LED semua menyala. dah tukar drain valve tp error masih sama.
BalasPadamMesin basuh toshiba basuh boleh tp bila nk kering xblh pusing.. Blh th ap puncanye
BalasPadamapa-apa masalah sepatutnya ada error kod dipaparkan pada LED mesin basuh Toshiba tersebut. barulah boleh kita rujuk manual penggunaan apakah maksud kod tersebut.
PadamSamsung 8kg button spin x boleh tekan apa masalah nya?
BalasPadamSekiranya mesin basuh anda tidak dapat dimulakan, butang tidak berfungsi, atau tombol kawalan tidak akan memilih kitaran yang lain, anda mungkin tanpa sengaja telah menghidupkan fungsi kunci kanak-kanak (Child Lock).
PadamSekiranya ikon Child Lock mesin basuh Samsung 8 kg anda menyala atau berkelip, ini mengesahkannya. Mematikan Child Lock biasanya akan mengatasi masalah anda.
Samsung 8kg button spin x boleh tekan apa masalah nya?
BalasPadammachine basuh samsung auto xboleh nak rinse , air xkeluar . bila check air ada je .
BalasPadamJika mesin basuh Samsung tidak dapat alirkan air keluar dalam masa 6 minit ia akan bunyikan buzzer dan penunjuk masa akan keluarkan simbol "E" untuk menyatakan bahawa air tidak dialirkan keluar dengan sempurna.
PadamKena perhatikan beberapa perkara berikut:
1. adakah paip salur keluar air terletak terlalu rendah?
2. adakah paip salur keluar air sudah keras? Tandanya air tidak keluar tetapi motor masih boleh jalan.
3. adakah paip salur keluar air itu tersumbat dengan pakaian kecil? ia boleh terselit masuk ke dalam tub di antara tub pakaian dan tub menakung air dan seterusnya tersumbat sama ada ke dalam saluran keluar air atau dalam pam air.
4. adakah mesin basuh anda mempunyai Debris Filter? jika ada sila bersihkan.
boleh kah basuh dan spin serentak? maksudnya,mesin manual kita basuh pakaian, dlm masa yg sama spin juga,,mesin akan rosakkah jika begitu?
BalasPadamboleh. mesin basuh semi-automatik memang direka untuk berfungsi sedemikian.
Padammusa penang messing basuh Samsung 10kg bila spin dia tendang suis rumah terus
BalasPadambermakna ada kebocoran elektrik seperti pada elemen pemanas, kerosakan drain pump (pam penyingkir air), kebocoran air pada mesin basuh, kerosakan pada pendawaian elektrik mesin basuh, kunci keselamatan mesin basuh anda tersekat, kerosakan pada suis start (mula) / stop (berhenti), dan kerosakan pada motor mesin basuh anda.
PadamAssalamualaikum,sy bru beli mesin bsuh.knp bila step spin ja xblh ?? Dia asik repeating process lain smpai 2x spin xnak jgk...stresss knp ye
BalasPadamWa'alaikumussalam. umum sangat soalan ni. mesin basuh apa? ada paparkan apa2 mesej tak?
Padammungkin tak seimbang mesin basuh tu. cuba susun balik cucian tu bagi seimbang dan set spin sahaja.
sanyo naik xboleh rinse dan spin..mohon panduan yg ariff..
BalasPadamBoleh cuba periksa injap masuk air, jika mesin basuh Sanyo tidak diisi air kepada paras tertentu ia akan menunggu tanpa berbuat apa-apa.
PadamMesin Samsung 11kg...xboleh basuh,spin...dh tkr pcb ..ttp sama
BalasPadamperiksa salur keluar air tidak tersekat, drain pump tidak rosak, nat dram tidak longgar, dram tidak seimbang boleh seimbangkan cucian atau periksa suspension, shock absorbers sudah rosak, bracket plastik patah, dan kunci pintu rosak. Bergantung kepada mesin basuh muatan atas atau muatan depan.
PadamMesin basuh manual yg spin tidak berputar kerana motor terlalu keras.cara atasinya?
BalasPadamapakah maksud motor terlalu keras?
PadamMesin basuh samsung auto inverter 11kg boleh wash tp x boleh spin,adakah kemungkinan boardnya yg rosak?
BalasPadamSamsung kata susah boardnya nak rosak. Selalunya periksa salur keluar air tidak tersekat, drain pump tidak rosak, nat dram tidak longgar, dram tidak seimbang boleh seimbangkan cucian atau periksa suspension, shock absorbers sudah rosak, bracket plastik patah, dan kunci pintu rosak.
PadamIni semua bergantung kepada jenis mesin basuh anda sama ada top loader atau front loader.
Salam tuan , Mesin basuh sharp esx115, boleh basuh & rinse. Tp tak boleh spin. Drum pusing amat perlahan
BalasPadamSalam....mesin basuh toshiba aw a750sm tak boleh spin...yang lain ok,bla tiba time spin lampu brkelip kelip...mohon bantuan...
BalasPadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.