Makanan kucing jenama Greens seberat 8 kilogram boleh dibeli melalui Mudah.com.
Ada penjual yang menawarkan harga makanan kucing Greens di antara RM 85 sehingga RM 100, harga asal boleh mencecah RM 110.
Khasiat makanan kucing Greens
Greens menghasilkan makanan kucing Super Premium untuk semua peringkat kehidupan digubal untuk memenuhi tahap pemakanan yang ditubuhkan oleh profil nutrien AAFCO CAT.
Makanan kucing Greens membekalkan nutrien berkualiti tinggi untuk kesihatan dan makanan kucing Greens juga mesra alam sekitar. Kalau tak mesra alam sekitar, gila nak bagi kucing makan? Mengarut juga iklan mereka ni.
Makanan kucing jenama Green juga mengandungi Taurine untuk menjaga kesihatan jantung dan penglihatan kucing.
Ia kaya dengan asid linoleik dan Omega 3 & 6 untuk bulu dan kulit kucing kesayangan anda.
Makanan kucing jenama Greens juga ada formula Yucca untuk mengurangkan bau najis kucing di samping mengawal PH air kencing kucing.
Ia diperakui dengan piawaian ISO9001 dan turut disahkan dengan HACCP / ISO22000.
Jangan lupa belikan buat kucing kesayangan anda, Greens makanan kucing.
Kandungan dalam makan kucing jenama Greens adalah:
- Protein Mentah: 30%
- Lemak: 12%
- Fibre: 3%
- Kalsium 1.3%
- Fosforus: 0.8%
- Taurine: 0.1%
Ramuan:
ayam, ikan, minyak ikan, jagung, beras putih digilap, serbuk pencerna, oat & germa gandum, serbuk yis, serbuk telur keseluruhan, minyak sayuran, minyak pati, asid amino dan asid lemak, vitamin dan mineral.
20161229
26 Ulasan
Makanan berkhasiat,kucing mendapat nutrien yang secukupnya,alhamdulillah.
BalasPadamUntungla kucing mendapat gizi dan nutrisi yang diperlukan... Gemuk la mereka tu nanti.. tedi je makin kurus... Huhu
PadamBelum pernah cuba Greens lagi untuk kucing-kucing Mrs. A.
BalasPadamTapi so far tak pernah jumpa lagi jenama ni kat supermarket.
Opppsss... Jangan pula Kak A cuba makan makanan kucing tu.. biar mereka je yang cuba.. hehe
PadamHaah, memang tak jumpa di supermarkets..
green ni bagus..sbb duplicate dari royal canin..royal canin mahal sbb brand shj..green masih baru..tak mustahil akn mahal mcm royal canin 1 hari nty
BalasPadamitula, kalau nak beli royal canin memang jenuh lah kan
PadamKat mana saya blh dptkan green cat food ni ye?
BalasPadamGreens Cat Food ni tidak Tedi temui di kedai-kedai jadi bolehlah dibeli melalui online seperti mudah dan lazada.
PadamKat mana saya blh dapatkan makanan kucing ni ye?
BalasPadammakanan kucing green ni boleh dibeli melalui kedai online di Malaysia
PadamTk Semua Kedai haiwan Ada jual jenama greens ni... Kt ampang Selangor ni pun Ada 1 Kedai saja jual... 😢😢...klu dh habis stock Huuuu payah aku Nak Cari 😢😢
PadamSaya beli kat petshop harga baru rm88
BalasPadamnice... bolehlah beli kat sana selalu
PadamArea mna sis
PadamL
PadamL
PadamNk try tp x tau yg mna 1 trbaik utk bulus yg krng slera mkn.blh bg pndpt
BalasPadamKucing sy Belum sampai setahun umur.. So sy Beli greens ibu Dan anak... Mgg Beselera kucin2 sy mkn and kuat minum air juga... Sbb jenama greens ni Ada masin Sikit.. Tu yg kucing2 sy haus terus... Tapi jgn risau yg Rasa masin tu. Bulu2 kucing2 sy tk gugur Sangat pun..
Padampernah try ka rasa masin tu. beri kucing minum air selalu dan sediakan air selalu pastikan air tu fresh supaya kucing lalu nak minum kerana makanan kucing ni walau hebat mana pun ada garam nanti kena batu karang pula.
PadamI dah cuba brand Greens ni, ya Allah kucing i makin bulat semua. Suka tengok berbanding dulu
BalasPadamwah seronoknya tengok kucing berselera dan semakin tembam kan
PadamI dah cuba brand Greens ni, ya Allah kucing i makin bulat semua. Suka tengok berbanding dulu
BalasPadamBoleh saya tau green ni import dari Mana..tq
BalasPadammakanan kucing Greens diimport dari negara Taiwan.
PadamBest makanan Kucing greens ni.. Kucing2 sy suka Sangat mkn... Tahi Kucing2 pun tk bau Sangat... Best LA... Walau pun Mahal Tapi ni yg kucing2 sy paling suka... 😊😊😊..tk pe habis kan duit tuk Kucing2 sy.. Yg penting Kucing sy sehat n Aktif.. Terbaik
BalasPadambetul kalau kucing suka makan tu pun dah cukup bagus dan penting ia semakin aktif. jangan sampai kucing termenung kerana itu mungkin tanda kemurungan nanti kelak boleh membawa sampai kucing tu mati.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.