Erm... lama juga Tedi ambil keputusan untuk mencoretkan kiriman kali ini.

Mungkin kawan-kawan ada membaca beberapa kiriman Tedi sebelum ini yang bercerita tentang pengalaman kami dengan pelbagai jenis minyak pelincir enjin Petronas berjenama Syntium keluaran syarikat Petronas dari Malaysia.

Kali ini Tedi ingin tahu pasal Syntium 7000 pula, kerana ada kawan yang bertanya pasal minyak enjin tersebut. Secara jujurnya Tedi menyatakan bahawa Tedi sekeluarga tidak pernah menggunakan minyak enjin tersebut. Tak pernah nampak pun di bengkel-bengkel yang kami singgah.

Mungkinkah kerana harganya mahal?

Review pengguna dari kelab BMW dan juga harga Petronas Syntium 7000

Harga Petronas Syntium 7000 4 liter

Mengikut hasil carian Google, harga Petronas Syntium 7000 4 liter di Malaysia adalah RM 250, tetapi itu pada tahun 2014 lah, tahun 2016 Tedi tidak jumpa pula harganya.

Berita Harian pula melaporkan dalam berita mereka pada tahun 2015, harga Petronas Syntium 7000 adalah RM 260, sudah naik RM 10 lah.... tahun ini mungkin naik lagi... tahun depan turun kot?

Jika itu harganya, tidaklah jauh berbeza dengan harga Petronas Syntium 3000 yang kami gunakan (boleh semak link di bawah). Tambah lagi RM 35... erm... banyak juga tu... GST je dah RM 15.60 kalau harganya RM 260.

Review Pengguna Syntium 7000

Memandangkan Tedi tak pernah gunakan Petronas Syntium 7000 ni, Tedi carilah pandangan beberapa pengguna yang Tedi berasakan bahawa mereka ni bukan calang-calang kerana mereka ni pengguna kereta BMW!

Pemilik BMW pun guna Petronas Syntium 7000 ni? wow... tak boleh nak kata apa dah... memang baguslah gamaknya Petronas Syntium 7000 ni.

Ini adalah pandangan mereka (boleh juga terus ke link ini):

  1. Sesuai untuk kenderaan penumpang sama ada petrol atau diesel dan disahkan sesuai untuk piawaian BMW LL-01. Dahsyat tu. Bukan produk kampung ni.
  2. Ada teknologi SAPS (Sulphated ash, fosforus dan sulpfur) yang akan memberi perlindungan optimum kepada enjin dalam semua keadaan. Tapi fosforus tu tak bahaya ke?
  3. Perbandingan di antara Syntium 7000, 3000, Ravenol VMO 5W-40, Liqui Moly Toptec 4100 menunjukkan bahawa pada suhu 100 darjah Celsius, kelikatannya tidak jauh berbeza. Tapi Tedi tak tahulah macam mana dia bandingkan.
  4. Selepas pemanduan 1000 kilometer menggunakan Petronas Syntium 7000, didapati bahawa pemanduan lebih lancar dan gegaran enjin berkurangan.
  5. Saya menggunakan kereta 2010 F10 523i, dan telah menggunakan minyak enjin Syntium 7000 0W-40 sebaik habis tempoh jaminan (warranty). Jika dibandingkan dengan minyak kilang, enjin adalah lebih lancar, ringan, dan berkuasa ketika pemanduan laju.

Kiriman lain berkaitan Petronas Syntium:

  1. Perbandingan di antara Petronas Syntium 500, 800, 1000 and 3000.
  2. Selenggara Proton SAGA BLM 18-Mac-2016
  3. Petronas Syntium 3000 memang mengkagumkan

20161210