Kiriman kali ini Tedi sediakan khusus untuk tidak menghampakan permintaan beberapa kenalan yang mahukan Tedi memberikan komen atau review berkenaan tayar Viking CityTech CT5 yang kami gunakan sejak bulan Mei 2016 yang lalu.
Bagi mereka yang belum tahu, tayar Viking CityTech CT5 tersebut kami beli dari Lim Tayar cawangan Bangsar.
Harga tayar Viking CityTech CT5 bersaiz 185/60R14 itu kami beli pada harga RM 170 sebiji bagi menggantikan tayar Michelin Energy XM2 yang digunakan pada kereta Proton SAGA BLM 1.3 Transmisi Manual. Harga tayar Viking di Malaysia untuk tahun 2017 boleh disemak di sini.
Jadi review Tedi kali ini adalah berdasarkan kepada pengalaman kami menggunakan kedua-dua tayar, bukan nak membandingkan, cuma sebagai ukuran sahaja.
Pengalaman menggunakan tayar Viking CityTech CT5:
- Ia mengeluarkan bunyi yang agak kuat berbanding Michelin Energy XM2, mungkin kerana bunganya yang lebih lebat. Tapi bunyi itu tidak ketara jika kereta dipandu laju dan radio dipasang. Cuma pada masa mula-mula beralih daripada Michelin Energy XM2 kepada Viiking CityTech CT5, rasa macam terlalu bising, tapi kini tidak lagi... hehehe...
- Cengkaman hebat di jalan kering dan basah. Tak tahulah nak cerita, memang kena pandu uji sendirilah. Kedai tayar patut sediakan perkhidmatan pandu uji tayar pula.... hehe. Ketika jalan banyak air pun Master tidak berasa cuak memandu, mungkin inilah hikmah tayar itu berbunyi bising, kerana kehadiran bunga dan longkang tayar yang lebih besar.
- Tayar terasa tidak tegap dan "melebar" di jalanan. Ini jika dibandingkan dengan Michelin Energy XM2 lah. Semasa guna Michelin kita rasa macam tayar tu tegap, tapi tayar CityTech ni terasa macam beradaptasi pula dengan bentuk jalan. Jadi semasa ambil selekoh, kita terasa tayar kanan dan kiri tu lain bentuknya. Nak kata tak best tu tidaklah, cuma cuak jugalah semasa awal-awal menggunakannya, tapi lama kelamaan terasa best sebab macam tayar tu betul-betul mengembang mencengkam jalan.
- Master selalunya pam tayar Michelin Energy XM2 dengan tekanan 33 PSI, tapi pada tayar Viking CityTech CT5 ni, nampak gaya ia tetap mahukan tekanan 32 PSI, jika pam lebih, bila diperiksa semula, tekanan itu turun kepada 32 PSI... erm... bolehlah...
Dipendekkan cerita, kami berpuas hati dengan tayar tersebut. Tambahan pula dikatakan ia lebih keras berbanding tayar Michelin Energy XM2 185/60 R14 yang lebih dikenali sebagai tayar lembut, jadi diharapkan ia akan tahan lebih lama.
Itu sahaja komen Tedi, semoga bermanfaat.
Ini adalah artikel bagi menjawab pertanyaan kepada persoalan # tayar Viking review # tayar Viking harga # pada pendapat Tedi tayar Viking ok tak? # tayar Viking Malaysia # pendapat peribadi Tedi tentang kebaikan tayar Viking # harga tayar Viking 2016 yang kami beli # tayar Viking bagus ke mengikut pendapat Tedi
19 Ulasan
Nice review..nnti boleh consider bila tayar dh sampai due kena tukar..😉
BalasPadampilihan kali ni lebih kepada ekonomi, kalau nak keselesaan, boleh cari Michelin atau Continental. Kalau nak ekonomi, Falken pun orang kata okay.
Padamfirst time jugak dgr pasal viking ni. boleh tahu berapa harga ?
BalasPadamsbb i mmg tgh survey tayar yg kalau boleh sesuai dgn sume
season kt malaysia ni. selalu beli tayar cikai tahan 4 bln je dah botak
hehehehe
Viking ni jenama popular tayar musim sejuk di Amerika kalau tak silap negara. Harga Master dapat RM 170 ikut kedai lah dan berapa umur tayar tersebut. Semakin lanjut usianya semakin murahlah dan kedai-kedai akan bagi diskaun.
PadamMacam tayar yang Master beli tu boleh dapat semurah RM 137.
ye..tp summer tayar pun okey jugak, aq dah gune Viking selama 2 thn. hrga mmg murah dlm jname2 tayar
Padamterbaik :)
Padamsebelum ni, member saya pakai XM2, dia kata grip dan brek okei tp handling kurang skt. abang saya rekomen beli Viking, saya xbape sure ngan Viking, kena buat survey ni
BalasPadamhassan amir, boleh buat survey kat lazada ade harga market
Padamtpi rasenye kedai bwh rm 100 jugak utk 1 tayar sbb bapak sy pakai
tayar viking ni utk model yg dalam blog ni jgak
bagus jugak tayar dia x de bnyi bising bile brjalan kat jalan tar
XM2 sedap jika dipam keras sebab tu Master pam 33 PSI semasa tayar sejuk atau lebih kurang 37 PSI semasa tayar panas.
PadamBunyi pun senyap. Tapi selepas 2 ke 3 tahun ia akan mula bising juga.
Master kalau ada duit pasti mahu kekal dengan XM2.
viking lebih baik dalam cengkaman dan brek??
BalasPadambanyak kawan recomen..
betul sgt2 bagus viking ni wlupun ade org x tau psal kewujudan dia,
Padamtapi sy rasa berbaloi pakai sbb cengkaman bagus.... sy duduk di kawasan perkampungan dan jalan pun tanah merah..... wlupun basah tanah merah tu x penah sangkut.... klu org tnye tayar ape yg bagus, sy akn recommend kat viking ni.... =)
saya akan tukar continental next time
Padamtgk je feedback bagus
Tak tahulah lebih baik cengkaman atau brek berbanding jenama lain, tapi setakat pakai ni memang confident lah. Lagipun bunga dia banyak dan longkang dia besar.
PadamKalau ada duit boleh guna Continental atau Michelin untuk lebih selesa dan senyap. Tapi tayar cepat hauslah sebab tayar lembut.
Viking ni memang murah dan boleh dapat di mana mana kilang kereta je...quality pun juga bagus
BalasPadambukanlah murah sangat pun cuma dia lebih ekonomi berbanding tayar lembut sebab dia lebih keras.
PadamEkonomi skrg tgh gawat ni ok jgak la pakai brand yg murah2
BalasPadamlagipun viking ni mcm brand mahal je bagi aku hahaha
sbb viking bawah continental kan... aduuiii
betul tayar yg economy pun jalan jugak
Padamtk yah beli yg mahal mahal
kena tukar yg baharu consisten
Viking ni brand ekonomi bawah Continental... Continental tayar lembut untuk keselesaan dan kesenyapan. Viking ni pula tayar agak keras untuk lebih tahan lama. Tapi tayar kalau tahan lama-lama pun tak elok sangat sebab nanti cengkaman dia hilang.
PadamSebelum raya baru nie saya dah tukar dari continental cc5 kepada Viking. Memang tayar dia bunyi bising.. tapi brgantung kpd finishing permukaan jalan.. kalau prmukaan jalan licin memang tak ketara bunyi dia, saya pakai continental 195/55/R15 tukar viking 195/65/R15 utk avanza. (max speed tayar: 270kmh) Memang grip dia bagus terutama pada selekoh.. bila hujan pun rasa yakin bila terlanggar air sebab longkang tayar ada 3 line, memang tayar nie sensitif pada kilasan stering walaupun dalam kelajuan melebihi 100kmh. Saya rekomen sangat2. Kat Puchong Perdana, berhampiran Komplek Puchong Perdana ada satu kedai uncle cina nie (VIKING SignBoard), memang harga tiptop, servis dan layanan ok.. 195/65/R15 saya dapat Rm185 sebiji termasuk GST.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.