Kiriman sebelum ini: Pos Malaysia perkenal perkhidmatan baharu EziDrive-Thru dan Kenapalah Pejabat POS Salak Tinggi tak dibuka pada hari minggu? .
Balik dari sekolah hari Jumaat lalu, Mommy ajak ke POSLAJU Brickfields
- Mommy mahu mengutip bungkusan di sana setelah bungkusan yang dikirim Tok Abah tidak dapat dihantar kepada Mommy kerana si penghantar tidak ketemui Mommy yang sedang bermesyuarat.
- Setelah beberapa hari, akhirnya POSLAJU meminta Mommy mengutip bungkusan itu di pejabat mereka di Brickfields atau lebih tepat di Jalan Tun Sambathan.
- Pejabat itu betul-betul selepas simpang masuk ke KL Sentral.
- Nasib baiklah ada juga POS Laju di sekitar KL Sentral yang buka pada waktu malam, kalau tidak jenuh jugalah nak mengambil barangan tersebut.
Bosan menunggu, sempat juga Tedi ambil gambar suasana di Jalan Tun Sambathan menggunakan telefon pintra milik Master. Gambar Klinik Sri Manja bertentang dengan POSLAJU, turut kelihatan Divine Home. |
Alamat POS Laju Brickfields: Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Nombor Telefon POSLaju Brickfields: 03-2263 2626
Kaunter perkhidmatan POSLAJU. |
Waktu Urusniaga POSLAJU Brickfields (POSLAJU Brickfields operating hours)
Isnin sehingga Sabtu - 8 pagi sehingga 8 malam (Monday - Saturday from 8 A.M to 8 P.M)
Ahad, 10 pagi sehingga 4 petang (Sunday 10 A.M. to 4 P.M).
Di bawah ini adalah gambar waktu Urusniaga POSLaju Kuala Lumpur yang disediakan oleh POS Malaysia Berhad.
Waktu pengeposan adalah dari Isnin hingga Sabtu dari jam 8 pagi hingga 8 malam, tetapi bagi Sabtu minggu pertama dan Ahad ialah dari 10 pagi sehingga 4 petang sahaja.
Waktu pungutan (collect hours) adalah dari jam 8 pagi hingga 10 malam bagi hari Isnin hingga Sabtu, dan 10 pagi hingga 4 petang bagi Sabtu pertama dan Ahad.
Tedi, 22-Ogos-2014, 20140822, kemaskini 15 Mac 2018.
Surah al-Sajadah (SUJUD)
Allah-lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam hari, kemudian Dia bersemayam di atas ’Arsy. Tidak ada bagi kamu selain daripada-Nya seorang penolong pun dan tidak [pula] seorang pemberi syafa’at. Maka apakah kamu tidak memperhatikan? (4)
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.