بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Sampai di Melaka hampir jam 2 pagi
Episod terjah Melaka pada jam 2 pagi dari Johor Premium Outlets.
Sampai sahaja di sana kami melilau cari hotel. Nasib baik ada beberapa hotel bajet di sekitar bandar Melaka.
Hotel yang nampak menarik pada kami pada masa itu adalah ZZZ Hotel. Alamatnya adalah No 21, Jalan Plaza Mahkota 5, Plaza Mahkota, Bandar Melaka, Malaysia.
Ia adalah hotel dengan kategori hotel bilik, menawarkan harga murah untuk disewa. Ia menyediakan sarapan pagi berupa hidangan ringan seperti roti bakar dan kuih-muih. Ia mempunyai wifi, air-cond, dan juga TV.
ZZZ Hotel turut menyediakan wifi percuma kepada para pelanggannya.
ZZZ Hotel adalah sebahagian daripada NIDA Rooms yang sediakan aplikasi mobile untuk kita. Ia adalah jaringan hotel bilik di Indonesia, Malaysia, Thailand, dan Filipina.
Perkakasan yang disediakan dalam ZZZ Hotel boleh diambil sebagai cenderahati (souvenir), tapi kena bayarlah ya... hehe..
Gambar peta bandar Melaka dalam konsep minimalist menunjukkan lokasi menarik di Melaka.
Ini adalah tangga yang perlu anda daki jika duduk di sini. 3 tingkat tanpa lift (elevator). Jika beg berat, terkial-kial juga mengangkutnya. Tidak sesuai jika bercuti dengan ahli keluarga terutama yang veteran. Sangat sesuai dan strategik jika anda bersendirian atau berdua atau berkumpulan tapi masih bujang.
Satu tingkat di hotel ini rasanya mempunyai 3 bilik. Mereka tidak membenarkan anda merokok, makan minum, dan juga melakukan aktiviti maksiat.
Tandasnya selesa dan bersih walaupun sempit. Maaf, tiada bath tub di sini ya... hehe...
Kad kunci yang agak comel dan kelakar pada pandangan Tedi.
Gambar sandal Master dan kasut kepunyaan Mommy yang setia menemani mereka ke mana sahaja mereka berjalan. Dalam mana-mana hotel yang kami singgah, kami tetap tanggalkan selipar atau kasut, cuma pekerja hotel selalu tidak menyedari sensitivity kami ini.
Suasana sekitar ZZZ Hotel setelah hari cerah. Bangunan berwarna hitam itu tentu sahaja menarik perhatian pada waktu siang. Ia terletak berhampiran Pahlawan Walk dan juga Dataran Pahlawan, jadi jika anda menetap di sini dan memperolehi tempat letak kereta di sini, anda akan berasa aman berjalan-jalan di bandar Melaka, kerana kawasan atau lokasi menarik boleh dikunjungi dengan hanya berjalan kaki.
Dari hotel ini kami berjalan kaki ke Menara Taming Sari, Pahlawan Walk, Pahlawan Mall, Kota a Famosa, bangunan yang berwarna merah, Muzium Umno, Muzium bentuk kapal.
Kami juga sempat menaiki bot itik yang kaunternya di Menara Taming Sari.
Itu sahaja dan selamat berjalan-jalan.
2 Ulasan
wahh dekat jak dengan taming sari, boleh la dtg sini lepas ni
BalasPadamhaah... banyak je hotel sebegini di sekitar kawasan tersebut. cuma parking je lah masalah. kena beli kupon, dan kalau dah parking tu, tak payahlah alihkan kereta... berjalan sahajalah ke lokasi yang ingin dilawati.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.