Ini adalah satu soalan yang subjektif kerana jawapannya akan mengikut kenderaan yang manusia gunakan.

Tedi boleh menjawab soalan ini mengikut pengalaman kami menggunakan dua buah kenderaan iaitu Proton SAGA BLM 1.3 Transmisi Manual dan Subaru XV STI Transmisi Automatik Lineartronic.

Gambar seorang pemandu Lamborghini Gallardo berwarna hijau membawa teddy bear gergasi

Proton SAGA BLM 1.3 IAFM MT 2009

Sudah lama Tedi tidak kemaskini catatan rekod penggunaan petrol untuk Proton SAGA BLM ni, jadi Tedi akan jawab ikut pengalaman lalu yang dicatatkan dalam kiriman lepas-lepas-lepas iaitu Penggunaan Purata Petrol Proton SAGA BLMPrestasi Merosot,   dan Rekod Penggunaan Bahan Api.

Proton SAGA kami manggunakan minimum 5.9 liter petrol untuk setiap 100 kilometer, dan maksimum 7.1 liter petrol per 100 kilometer.

Itu bermakna dengan 1 liter minyak petrol, jarak yang boleh dicapai oleh Proton SAGA BLM ialah di antara 14 kilometer hingga 16.95 kilometer.

Secara puratanya 1 liter minyak petrol bersamaan 15.475 KM (kilometer).

Subaru XV STI 2.0 2015

Seperti yang pernah dinukilkan dalam kiriman bertajuk "Penggunaan Petrol Subaru XV STI" sebelum ini, Subaru XV gunakan minimum 7.4 liter petrol dan maksimum 8.6 liter petrol per 100 kilometer.

Ini bermakna dengan 1 liter minyak petrol ia boleh capai jarak  11.63 KM hingga 13.51 KM (kilometer).

Secara puratanya 12.57 KM (kilometer)  bersamaan 1 liter minyak petrol.

Proton Persona 2008 MT Manual Transmission

Proton Persona 2008 adalah kereta terbaru yang kami gunakan dalam perjalanan 100 km sehari. Ia menggunakan 7.7 liter minyak petrol per 100 kilometer.

Ini bermakna Proton Persona 2008 menggunakan 1 liter minyak petrol untuk perjalanan sejauh 12.987 KM (kilometer).

Jika dikira berapa liter yang digunakan Proton Persona pada perjalanan 1 kilometer, ianya 0.077 liter per kilometer.

Penafian

Jawapan ini tidak mengambilkira kelajuan kenderaan dan jenis RON petrol yang digunakan.

25 Jan 2017 , 20170125