Akhirnya Master memilih pasangan baru...

Pasangan apa tu? Pasangan kasut daa... Tarikh 6-Januari-2017 menjadi titik noktah bermulanya kehidupan baru Master berkasutkan sepasang kasut baru untuk ke tempat kerja.

Kasut kerja itu Master beli di AEON Mall Kota Bharu pada 1-Januari-2017 yang lalu. Itupun setelah terpaksa......

Kasut yang Master pilih kali ini adalah daripada jenama Nautifit, bukan kerana Master seorang yang naughty, tapi kerana beberapa faktor yang akan diceritakan sebentar sahaja lagi, itupun jika kawan-kawan sudi scroll ke bawah.

gambar kotak kasut Nautifit yang dibeli di AEON Mall Kota Bharu pada 1 Januari 2016

Perkara pertama yang Master akan pandang pada sepasang kasut (ataupun sebelah kasut) adalah tapaknya. Kenapa tapaknya? Kerana ia adalah nadi kepada keberkesanan sepasang kasut. Master akan memilih tapak kasut yang mencengkam, tahan lasak, dan mudah lentur (flexible).

Master akan pergi ke semua kasut, dan dengan pantas meneliti tapak kasut setiap kasut tu satu-persatu, jika tidak sesuai terus sahaja Master reject. Jika bunga tapaknya tu dah menepati citarasa, Master akan membengkokkan kasut tersebut untuk melihat tapaknya mudah lentur atau tidak.

Tapi selalunya kalau Master intai bawah tapak kasut, para penjual akan datang ke arah Master dan bertanya, "berapa bajet?", sebabnya harga kasut tu selalunya ditampal di tapak kasut.

pemilihan kasut Nautifit adalah didorong oleh rekaan tapak kasutnya

Perkara kedua yang Master akan intai pada sepasang kasut adalah kusyennya. Jika kusyennya menyokong tapak kaki tentulah sangat bagus. Tapi susah juga nak uji kerana ketahanan kusyen kasut akan teruji hanya setelah dipakai untuk satu tempoh yang agak lama. Kusyen kasut Nautifit ni tidak berapa selesa kerana ia tidak berapa kemas, tapi lama-lama nanti biasalah tu bak kata pepatah Melayu, alah bisa tegal biasa.

rekaan luar kasut kulit jenama Nautifit berharga RM 60

Perkara ketiga adalah rekaan atas. Rekaan atas kasut Nautifit ni tidaklah secantik mana pun, dan begitu juga kusyennya tidaklah berapa selesa, tapi faktor keempat iaitu harga kasut memainkan peranan penting di sini kerana harganya cuma RM 60 sahaja. Sesuailah dibeli untuk dipakai buat sementara waktu, kerana Master kalau boleh nak cari kasut seperti kasut kulit Pierre-Cardin yang pernah dipakai suatu masa dahulu.

Tali kasut Nautifit ni pun tidak digemari Master kerana ia halus seperti spagheti olio.

Takkan beli kasut Pratik selepas ini

Ini adalah azam Master kerana kasut berjenama Pratik yang beliau beli memang tidak tahan lama kusyennya, sakit kaki dan tumit kaki Master dibuatnya. Tambahan pula apabila di-Google nama Pratik ni keluar pula simbol pelik-pelik ala pemuja syaitan.

Kusyen kasut lelaki berjenama Pratik tidak menyokong kaki dengan baik

Kasut jenama Pratik milik Master ni rosak terus selepas Master sertai permainan harta karun di pejabat beliau.

rekaan luar kasut Pratik Malaysia yang rosak

Sneaker BATA rosak selepas sehari dipakai

Sebenarnya Master mempunyai kasut back up untuk menggantikan kasut Pratik tersebut jika rosak. Malangnya sneaker berjenama Bata tu rosak selepas dipakai sehari.

Pada hari pertama memakainya kawan-kawan Master menegur, "wah... kasut baru".

Pada hari kedua pula mereka menegur, "kasut kau dah reput", huhuhu...

Kasut yang hendak disimpan lama harus disimpan dengan betul dengan diselitkan bahan kimia yang berkaitan untuk mengelakkannya daripada mereput.

Errmmm, tapi lah kan... rasanya kasut Master tu bukan jenis sneaker kot? Tak kisahlah apa jenis pun asalkan kasut...hihihi

bahagian kusyen kasut jenis loafer berjenama Bata Malaysia

Setelah Tedi Google sebentar tadi, memang betullah ianya bukan sejenis sneaker tapi ia adalah loafer. Lantaklah, Tedi pun dah silap label pada gambar, malas Tedi nak edit mereka semula. Boleh dilihat dalam gambar tersebut bahagian kulit kasut loafer tu mereput dan nampak bahagian kainnya.

rekaan luar kasut loffer dari Bata Malaysia

Loafer berjenama BATA ni bukanlah kasut kegemaran Master dan sebenarnya ia diperolehi percuma apabila Master beli sepasang kasut BATA yang lain.

Tapak kasutnya licin dan kusyennya tidak tebal, menyakitkan kaki semasa memakainya.

loafer Bata Malaysia mereput setelah disimpan lama

Itu sahaja cerita pasal kasut Master, semoga Master akan memperolehi kasut yang lebih baik, dan semoga kasut Nautifit Master tu tahan lama.

\(^0^)/

Penafian:

Kiriman Tedi berkenaan tajuk  "Era Master Berkasut Nautifit" ini adalah pendapat peribadi Master terhadap pengalaman beliau memakai dan mencuba kasut Nautifit Malaysia. Setiap orang punyai pandangan masing-masing yang berbeza, dan ini adalah pandangan yang munkin tidak kekal tentang kasut jenama Nautifit ni. apa yang penting, kaki dan poket masing-masing selesa... hehe..


Karangan ini pertama kali diterbitkan pada 17 Januari 2017.