Semalam selepas sahaja kami bergerak pulang dari kenduri di Kampung Parit Sidang Seman di Sungai Rambai dalam daerah Jasin di Melaka, kami singgah di TESCO Putra Nilai di Bandar Baru Nilai di Negeri Sembilan untuk membeli bahan masakan bagi memenuhi keperluan nutrisi diet Mommy.

Senarai Harga Pelbagai Jenis Lada di TESCO Putra Nilai

Item   Harga  
Lada Benggala Merah (Red Capsicum)   RM 15.99  
Lada Benggala Kuning (Yellow Capsicum)   RM 15.99  
Cili Besar Merah   RM 13.99  
Cili Besar Merah   RM 11.99  
Cili Padi Merah   RM 24.89  
Cili Padi Kampung   RM 18.99  
Cili Padi Thailand   RM 9.99  
       

Produk yang Tedi survey kali ini adalah harga pelbagai jenis lada atau cili yang terdapat di Tesco Nilai tersebut. Tedi memang peminat lada dan cili kerana kepedasan mereka.

Lada Benggala pula mungkin tidak berapa pedas, tapi ia mempunyai aroma wangi dan ada rasa manis, selalunya dimasak dalam pasta.

Lada besar pula selalu digunakan untuk masakan sambal, rasanya pedas sederhana, manakala yang hijau agak kurang pedas. Rahsia kepedasannya adalah pada bijinya, jika dibuang, maka berkuranglah kepedasannya. Lada besar selalu juga dijual sebagai lada kering.

Cili padi adalah keturunan lada yang paling pedas, kadangkala dipanggil lada jarum atau cili api. Nama cili api dah membayangkan kepedasan yang amat dahsyat dibawanya, manakala cili padi dan lada jarum mungkin nama untuk menunjukkan kecomelannya.

Jika dilihat dari senarai di atas, cili padi paling mahal harganya, mungkin kerana ia sukar disimpan dan diperolehi. Master pernah menanam cili padi namun agak sukar menjaganya kerana ia mempunyai ramai musuh.

gambar harga lada benggala merah red capsicum di Tesco Nilai Malaysiagambar harga lada benggala kuning yellow capsicum di Tesco Nilai Malaysiagambar harga lada besar merah cili merah di Tesco Nilai Malaysiagambar harga lada besar hijau cili hijau di Tesco Nilai Malaysiaharga cili api merah lada jarum merah cili padi di TESCI Putra Nilai, Malaysia


20170116