بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Rafael Benitez telah menggunakan formasi taktikal 5-3-2 menggantikan formasi 4-2-3-1 yang biasa digunakannya.
Formasi 5-3-2 yang digunakan itu adalah amat janggal namun Rafa Benitez menegaskan bahawa dia perlu melindungi para pemain yang telah lama tidak bermain.
Ini adalah kerana dia kehilangan Jonjo Shelvey yang telah digantung dan beberapa pemain yang bermain di Piala Negara-Negara Afrika.
Dalam formasi 5-3-2 yang digunakannya itu dia meletakkan Achraf Lazaar dan DeAndre Yedlin sebagai pemain pertahanan-sayap, manakala Massadio Haidara diletakkan bersama Grant Hanley dan Jamaal Lascelles sebagai pemain pertahanan tengah tiga serangkai.
Cheick Tiote, Jack Colback dan Vurnon Anita, diletakkan sebagai pemain tengah - di mana Tiote berperanan untuk memegang bola.
Formasi 5-3-2 itu kelihatan berjaya pada 30 minit pertama apabila Daryl Murphy yang digandingkan bersama Aleksandar Mitrovic sebagai penyerang telah berjaya menjaringkan gol seawal 5 minit pertama.
Namun formasi 5-3-2 itu mula goyah apabila pemain tengah gagal memegang bola sebaliknya kerap kehilangan bola kepada pihak lawan.
Ini adalah formasi 5-3-2 yang digunakan Benitez:
ST ST
CM CM CM
LWB - - - RWB
CD CD CD
GK
Jarak yang jauh di antara pemain pertahanan tengah dan pemain tengah telah membolehkan pasukan Birmingham menguasai bahagian tengah dan menyekat hantaran bola ke hadapan.
Selain itu formasi 5-3-2 itu juga akan bertukar menjadi formasi 3-5-2 apabila Newcastle United menyerang sekaligus menyebabkan bahagian belakang terdedah apabila Birmingham membuat serangan balas. Jadi adalah amat penting untuk pengguna formasi 5-3-2 tidak kehilangan bola apabila menyerang.
Selain itu, risiko keletihan juga menyebabkan pertahanan menjadi goyah.
Kesimpulannya, formasi ini adalah formasi yang bagus jika anda mempunyai pemain tengah yang boleh diharapkan. Tetapi Tedi tidak berapa menggemari formasi ini kerana kelompongan di bahagian tengah, jadi Tedi berasakan bahawa formasi 5-4-1 adalah lebih baik.
Ini adalah contoh formasi 5-4-1 sebagai alternatif kepada 5-3-2:
ST
AM
LM - - - RM
DM
LWB CD CD CD RWB
GK
atau
ST
LM CM - CM RM
LWB CD CD CD RWB
GK
atau
ST
LW - - - RW
CM CM
LWB CD CD CD RWB
GK
Walaupun Birmingham berjaya mendapatkan keputusan seri pada akhir perlawanan, Benitez menegaskan keputusan itu bukan disebabkan penggunaan formasi 5-3-2, tetapi akibat kegagalan pemain tengah berfungsi dengan baik.
Formasi 5-3-2 pasti ada kekuatannya, namun ia juga mempunyai kelemahannya tersendiri.
~20170110~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.