Kebelakangan ni Tedi rajin mengulang dengar dan mengulang tonton klip video muzik untuk lagu Sejati yang dinyanyikan oleh Faizal Tahir .

Jarang Tedi mengulang tonton petikan video dalam YouTube, tapi video muzik Sejati ni memang ada auranya sendiri kerana berjaya menyentuh hati Tedi.

.:Kandungan:.
Maksud "sejati" | Bicara Lirik Lagu "Sejati" nyanyian Faizal Tahir | Komen Video Muzik Lagu "Sejati" nyanyian Faizal Tahir


Maksud "sejati"

Ejaan "sejati" dalam tulisan Jawi ialah sin-jim-alif-ta-ya: Ø³Ø¬Ø§ØªÙŠ

  1. Definisi "sejati" mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat
    1. asli, murni, tulen, tidak ber­campur, yang sebenarnya
      1. bina ayat sejati
        1. Encik Hasan ini bukan sejati Johor, dia kacukan Kelantan dan Melaka.
        2. Hamidah seorang wanita sejati;
  2. Definisi sejati mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua:
    1. sebenarnya; tidak palsu atau bukan campuran; tulen; asli
      1. bina ayat
        1. Dia ini bukan orang kacukan tetapi orang Melayu sejati.

Sejati dalam Bahasa Inggeris bermaksud: real, original, genuine.

 


Bicara Lirik Lagu "Sejati" nyanyian Faizal Tahir

Pada kali pertama mendengar lagu Sejati ni Tedi dah faham dan meyakini bahawa ia adalah lagu mengenai kehambaan iaitu rintihan seorang hamba kepada Tuhan-Nya.

Tapi biasalah, liriknya agak puitis boleh diterjemah secara langsung dan terkadang sukar dimengerti. Ini adalah apa yang Tedi interpretZZ-kan daripada lagu tersebut.

picture of the actor of the character of the can collector in the music video Sejati sung by Faizal Tahir
Gambar pelakon watak pengutip tin dalam video muzik Sejati nyanyian Faizal Tahir
 
  1. Kau selalu ada
  2. Ku tenggelam dengan dunia
    • rangkap 1 dan 2 ni menyatakan bahawa Allah itu sentiasa ada namun kita tidak berasakan kehadirannya kerana sibuk kejar dunia.
  3. Kau tetap Sempurna
  4. Ku tak sedar waktu beredar
    • Rangkap 3 dan 4 ni menyatakan bahawa kealpaan kita (tak sedar waktu beredar) tu sebenarnya kekurangan kita sendiri. Kalau Allah nak sedarkan kita boleh sahaja, tapi kalau Allah dah tak mahu, kita boleh buat apa?
    • Allah dah pesan, bukan kita yang beri rezeki kepada Allah, tapi Allah yang memberi kita rezeki. Kita ingat atau lupakan Dia, takkan menjejaskan keagungan-Nya
  5. Andai dipisah Engkau dari aku
  6. Gelap-gelita musnah semua
  7. Biar mati ku mencuba demi bahagia
  8. Biar sakit dilukai dapat ku rasa
  9. Biar nadi ku terhenti demi ke syurga
  10. Biar selamanya mencari cinta sejati
    • Rangkap 7 hingga 10 ni agak kabur sedikit jika hendak ditafsir secara khusus, tapi jika ditafsir secara umum ia bermaksud si hamba ni rela menempuhi jalan perjuangan yang getir demi mencari keredhaan Allah.
    • Secara umumnya diketahui bahawa untuk mendapatkan cinta Allah tu tidak senang kerana perlu tempuhi banyak dugaan.
    • Allah dah kata, janganlah kamu kata kamu beriman selagi kamu belum diuji.
    • Cinta sejati dalam rangkap ke-10 selalunya bermaksud cinta kepada Allah.
  11. Kau selalu ada
  12. Kau tak pernah hilang percaya
    • Rangkap 12 ni ermmm... kalau ditafsirkan dari satu segi bermaksud Allah tak pernah hilang kepercayaan kepada kita - agak pelik kerana Allah memang dah mengetahui akan takdir kita.
    • Dari satu segi pula, ia bermaksud bahawa akan sentiasa ada hamba yang percayakan (beriman dengan) Allah.
  13. Kau tetap sahaja
  14. Kau cahaya dalam gelita
    • Rangkap 13 kata Allah itu kekal, dan rangkap ke-14 kata Allah itu pemberi hidayah petunjuk kepada manusia.
  15. Andai dipisah Engkau dari aku
  16. Gelap-gelita musnah semua
    • Ini bermakna jika hidup si hamba jauh dari Allah, maka dia akan hidup dalam kesesatan.
  17. Biar mati ku mencuba demi bahagia
  18. Biar sakit dilukai dapat ku rasa
  19. Biar nadi ku terhenti demi ke syurga
  20. Biar selamanya mencari cinta sejati
  21. Sedar, sedar aku Kau Yang Satu
    • Bermaksud si hamba sedar dan mengakui bahawa hanya Allah itu Tuhan yang layak disembah, dan dia akui kewujudan Allah.
  22. Tunjuk, tunjukkan aku jalan kepada-Mu
  23. Diri-Mu Yang Satu
  24. Biar mati ku mencuba demi bahagia
  25. Biar sakit dilukai dapat ku rasa
  26. Biar nadi ku terhenti demi ke syurga
  27. Biar selamanya mencari cinta sejati

 

Komen Video Muzik Lagu "Sejati" nyanyian Faizal Tahir

Sebelum ini cuma ada satu klip video Melayu sahaja yang Tedi ulang tonton iaitu persembahan Caliph Busker menyanyikan lagu Romancinta di persembahan akhir Anugerah Juara Lagu.

Video muzik Sejati yang dihasilkan oleh Faithworks Studio dan Warner Music Malaysia ni pula adalah video kedua yang berjaya membuatkan Tedi menontonnya berkali-kali.

Ia cuba membuatkan Tedi keliru dan cuba membuatkan Tedi salah faham dan salah sangka terhadap watak pengutip sampah dalam video tersebut, tapi ternyata video muzik ini gagal melakukannya. Almaklumlah Tedi telah banyak kali menonton siri-siri animasi Detective Conan jadi setakat plot twist macam dalam video muzik tersebut apalah sangat.

Ini beberapa babak utama dalam video muzik tersebut:

  1. Seorang gadis seksi diseret keluar dari sebuah kereta oleh 2 lelaki sado di bawah jambatan
  2. Seorang lelaki pengutip tin kosong keluar dari jambatan, memulakan usaha seharian mencari sesuap nasi
  3. Pengutip tin terserempak dengan si gadis seksi apabila barangan kutipannya nyaris mencalarkan kereta gadis seksi tersebut. Si gadis seksi membuat onar dan melayan buruk pengutip tin tersebut.
  4. Pengutip tin minum air paip.
  5. Pengutip tin menjenguk ke dalam beg sandang beliau sambil tersenyum gembira - ekspresi muka macam penagih jumpa ganja.
  6. Pengutip tin duduk mengira duit dan tiba-tiba duit seratus ringgit jatuh di hadapannya. Dia mengutip duit tu dan pandang duit tu dan si pemilik duit berkali-kali, macam tak percaya dan tak tahu nak buat apa. RM 100 tu kot, bukan sikit!
  7. Pengutip tin dalam sebuah restoran sedang meninjau makanan - ekspresi muka macam dah lama tak makan.
  8. Gadis seksi masuk dalam restoran yang sama dan meminta pemilik restoran menghalau lelaki pengutip tin kerana bau busuk dan jijik.
  9. Gadis seksi menuju ke kereta beliau, dan datang sebuah kereta, di mana keluar 2 orang lelaki sado yang menculiknya.
  10. Gadis seksi dibawa ke bawah jambatan dan dirogol di situ, dan muncul lelaki pengutip tin balik ke bawah jambatan itu, lalu menyergah perbuatan terkutuk dua lelaki sado tersebut.
  11. Lelaki sado marah lalu membelasah si lelaki pengutip tin itu sehingga lembik, sebelum meninggalkannya.
  12. Lelaki pengutip tin mengensot menuju ke arah beg sandangnya untuk mengambil sesuatu, dan gadis seksi mengensot juga ke arahnya.
  13. Lelaki pengutip tidak mampu sampai ke beg selendangnya, gadis seksi megambil sesuatu dari beg selendang itu iaitu senaskah al-Quran.
  14. Imbas kembali semua perkara sebelum itu:
    • Lelaki tu keluarkan al-Quran dari beg dia pada babak ke-5. Bukan keluarkan ganja tau.
    • Lelaki itu menunaikan solat. Tedi dah agak pada babak 4 tu dia sedang ambil air sembahyang.
    • Tuan kedai di babak ke-8 memberikannya makanan dan tidak menerima bayaran duit RM 100 yang ditemuinya tu.
    • Lelaki pengutip tin sedekahkan duit seratus ke dalam tabung masjid. Tak nampak sebenarnya tabung apa, tapi design tabung macam peti besi tu selalunya di masjid.
    • Lelaki pengutip tin berkongsi makanan dengan kucing dan seorang budak.
    • Lelaki pengutip tin mengejar pemilik duit seratus di babak ke-6 dan memulangkan wang tersebut, tetapi pemilik duit seratus (dilakonkan oleh Faizal Tahir) tidak mahu mengambilnya malahan sedekahkan duit itu kepadanya. Ternyata duit seratus itulah yang tidak mahu diterima oleh pemilik restoran dan duit seratus itu juga yang dimasukkan ke dalam tabung masjid.
  15. Lelaki pengutip tin mati dengan al-Quran dalam dakapannya.

Secara keseluruhannya, ia adalah video muzik yang bagus, cuma Tedi tak berkenan bab gadis seksi dan bab rogol. Melayu dan rogol macam tidak boleh dipisahkan dalam drama dan video. Kalau kita tengok drama omputeh pun mana ada tunjuk aksi rogol, kalau nak cerita pasal rogol selalunya cerita kesan selepas rogol sama ada mati atau trauma. Tapi kalau cerita Melayu kita disajikan aksi panas ketika merogol.

Video yang mesejnya baik pun jadi tidak baik kerana aksi tersebut. Bayangkan kita bagi budak-budak tengok video tu sebab ada mesej baik tapi pada masa yang sama ada aksi lelaki atas perempuan pula.

Apa-apa pun, good job Faizal Tahir.


Mula diterbitkan pada 20170128 berkaitan lirik lagu Sejati Faizal Tahir lirik Sejati Faizal Tahir Sejati lirik Faizal Tahir, kemaskini 20210822 seksyen Maksud "sejati". 2021 {1 klik, 204 tanggapan, 0.49% CTR, kedudukan purata 26}. 2020 {1 klik, 108 tanggapan, 0.93% CTR, kedudukan purata 36}.