Pada malam yang sunyi sepi
Aku mencari sebutir bintang
Datanglah, hadirlah, hadirkan senyuman di bibirku

Telah seketika masa berlalu
Juga jarak antara kita
Kenangan bersamamu semakin pudar

Di sini, ku lihat bintang kesuraman
Ku harapkan masih dapat menatap senyumanmu
Walaupun kini kita terpisah jauh
Moga suatu masa... kita kan bersua kembali
Masamu telah tiba
Mungkin nanti masa kami pula

gambar seorang kanak-kanak perempuan sedang merenung bulan dan bintang pada waktu malam

Aku pernah perasan, senyuman pahitmu
Menyembunyikan kepayahan, kesengsaraan hidup
Kini kau tiada lagi seolah mimpi
Tidak ku tahu, perlukah aku berduka?

Aku mahu sampaikan, perasaan kasihku
Kepada keluargamu yang ditinggalkan
Namun tiada butir bicara
Moga kukuh jalinan saudara

Ku berdoa kepada Tuhan untuk kurniakan mereka
Kekuatan, penyokong seperti mana dirimu
Menyambung hidup yang mungkin panjang
Moga kau tenang di sana
Ini masamu
Mungkin kami menuruti

Pada malam sepi, berbicara dalam hati

20170109