بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
- Terima berita kematian Pak Anjang
- Tok Mak, Tok Ayah, Pak Su Jim bertolak ke Salak Tinggi
- Singgah di Kampung Kenangan Puchong
- Tiba di Homestay Nur Kasih, Taman Desa Indah
- Menuju rumah arwah Pak Anjang
- Singgah di Kari Corner
- Bergerak ke Menara TM
- Singgah di Desa Mentari
- Singgah di D'Pulze
Terima berita kematian Pak Anjang
Kami menerima berita daripada Tok Mak pada sekitar jam 7 pagi, 7 Jan mengenai pemergian arwah Pak Anjang pada sekitar jam 5 ke 6 pagi.
Master mengambil masa yang lama untuk memutuskan bahawa kami akan mengikut Tok Mak dan Tok Ayah pulang ke Pulau Pinang atau tidak. Master agak keberatan kerana beberapa faktor:
- Jarak yang jauh ke Bukit Mertajam di Pulau Pinang mengurangkan kadar peratusan kami untuk sempat mengikuti jenazah. Ini adalah kerana apa yang dituntut adalah bukannya melawat jenazah kerana kita patut menziarahi manusia semasa mereka masih hidup, tetapi mengikuti jenazah. Mengikuti jenazah adalah bermaksud menyertai solat jenazah, dan menyertai pengebumian jenazah.
- Kami ada kenduri kahwin untuk dihadiri. Walaupun peristiwa kematian adalah lebih besar tapi janji ke kenduri kahwin tu Master dah ikat dahulu. Alhamdulillah, kenduri kahwin itu setelah dipastikan adalah berlangsung pada 8 Januari, iaitu hari ini.
- Master keletihan memandu jauh. Sebelum ke Pulau Pinang ni, Master telah memandu ke Johor Bahru, dan Kota Bharu. Disertai pula pemanduan 100 kilometer sehari pergi dan balik kerja, terasa keletihan dan sakit belakang mula menyerang. Jangan kena slip disk sudahlah...
Namun setelah berfikir panjang, Master memutuskan untuk menurut, pertamanya adalah untuk menjaga tali persaudaraan, manalah tahu kehadiran kami akan menggembirakan hati sanak-saudara dan ahli keluarga arwah.
Tok Mak, Tok Ayah, Pak Su Jim bertolak ke Salak Tinggi
Tok Mak bergegas dari Felda Sungai Lui ke Salak Tinggi dan tiba sekitar jam 11 pagi, sebelum Tok Mak, Tok Ayah dan Pak Su Jim bergerak pula ke Puchong Kenangan untuk menjemput Mak Ngah Zira sekeluarga.
Singgah di Kampung Kenangan Puchong
Tedi sekeluarga pula turut menuruti mereka, dan kami bertolak dari Puchong Kenangan sekitar jam 12 tengahari. Destinasi kami adalah AEON Bukit Mertajam di mana rumah arwah Pak Anjang terletak di taman berhampiran.
Dalam perjalanan yang lancar itu, kami singgah di kawasan Rehat dan Rawat yang disediakan PLUS iaitu R&R Tapah sekitar jam 1 ke 2 petang.
Kami membuat perubahan rancangan dari tujuan asal ke Bukit Mertajam, kami melencongkan perjalanan kami ke homestay yang telah kami tempah di Taman Desa Indah, Simpang Lima, Parit Buntar. Ini adalah kali kedua kami menginap di sana.
Perubahan rancangan ini adalah disebabkan arwah Pak Anjang telah selamat dikebumikan pada waktu Zuhur.
Kami menuju ke Simpang Lima melalui susur keluar lebuhraya PLUS Changkat Jering. WAZE mengarahkan kami menggunakan susur keluar lebuhraya PLUS Bandar Baharu, tetapi Tok Ayah kata ia akan membuatkan kami berpatah balik.
Jalan yang terhampar luas dari Changkat Jering ke Simpang Lima itu banyak yang teruk, ada yang ditampal dah serupa tikar mengkuang, sehinggakan tiada ruang untuk ditampal. Jalan macam itu kalau dilaporkan dalam berita, harus disebut ianya terletak di Kelantan, kerana lazimnya jalan rosak ni dilaporkan dalam berita utama pastinya berkaitan dengan Kelantan, manakala sistem jalan di negeri lain sangat bagus. Hakikatnya, auta sangat semua tu, kami dah merantau ke Johor, jalannya hampeh juga, Pahang pun sama, Negeri Sembilan lagilah tidak berubah dari Master kecil sampai Master dah tua, kali ini Perak pula. Hakikatnya jalan di Malaysia ni kalau jalan tu tiada tol, maka hadaplah jalan yang beralun-alun, berlubang-lubang dan bertampal-tampal.
Tiba di Homestay Nur Kasih, Taman Desa Indah
Kami tiba tepat pada jam 5.02 petang ketika tuan homestay ada di sana. Kali ini kami menemui tuan rumah yang sebenar iaitu encik Khairi, sedangkan sebelum ini kami berurusan dengan adinda beliau. Kedua-dua mereka peramah.
Homestay ini adalah rumah semi-D, berjiran dengan Taska Tanah Kebun dan bertentangan dengan Taska Taman Desa Indah.
Menuju rumah arwah Pak Anjang
Usai kami mandi dan makan di homestay Taman Desa Indah itu, kami bergerak menuju Bukit Mertajam pada jam 7 malam. Perjalanan adalah sejauh lebih kurang 30 kilometer.
Di rumah arwah Pak Anjang, kami berbual dengan ahli keluarga. Tiada tahlil di rumah kerana dibuat di masjid dan di surau. Pak Cik Khairol demam. Mak Anjang kurang nampak kesedihannya. Master diam, tidak tahu nak kata apa.
Master tidaklah rapat dengan arwah Pak Anjang, tetapi alhamdulillah, kebelakangan ni kami kerap juga singgah melawat keluarga beliau. Keluarga Pak Anjang adalah keluarga yang setia menjaga arwah Nyang Sahidan semasa nyang sakit lumpuh separuh badan dulu.
Keluarga Pak Anjang berat juga dugaannya kerana anak lelaki arwah, Khairol, lumpuh dari pinggang ke bawah setelah jatuh daripada tangga. Selain itu ada juga kakak Laili yang dah bekeluarga dan juga kakak Liya yang masih bujang. Tedi doakan keluarga itu akan menerima menantu lelaki yang akan menggantikan tempat arwah Pak Anjang.
Amin.
Singgah di Kari Corner
Balik dari rumah arwak Pak Anjang, kami singgah di Kari Corner sekitar jam 11.30 malam. Jika menurut Google, kedai Kari Corner ni waktu operasinya hanya sampai jam 12 malam, jadi kira gamble je lah kami ke sana, nasib baik masih dilayan ketibaan kami di sana.
Di sana ada nasi putih dan lauk campur, masakan panas, dan juga set shell out.
Ini kali kedua kami di sana, mungkin nanti Tedi akan kirimkan satu artikel pasal Kari Corner.
20170108
Bergerak ke Menara TM
Kami mula bergerak ke Menara TM untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan Mommy. Singgah di Tapah jam 10.30 pagi, dan sambung perjalanan pada jam 12.00 tengahari.
Kami sampai di Menara TM pada jam lebih kurang 1.30 petang.
Singgah di Desa Mentari
Selepas selesai meraikan perkahwinan kawan Mommy, kami bergegas pula ke Desa Mentari untuk mengambil kunci daripada penyewa.
Stress pula melihat keadaan rumah yang agak kusam, dinding kehitaman dan berconteng-conteng, almari rosak, lampu tidak menyala 2 biji, dan pintu grill pula tidak boleh dikunci.
Katanya ada kejadian mangga pintu gril itu dipecahkan. Nampak gaya kena ganti pintu gril tersebut.
Desa Mentari blok 2 nampak ada perubahan, dan mulai semalam, jalan sehala mula dikuatkuasakan di sana, satu langkah yang telah lama Master cadangkan selama kami tinggal di sana.
Singgah di D'Pulze
Mommy nak beli bahan untuk dimasak di Cold Storage, maka kami ke D'Pluze di Cyberjaya.
Ini mungkin kali ketiga kami singgah di situ.
Setelah selesai membeli-belah di DPulze, kami pulang ke Salak Tinggi. Kami makan roti nan dan ayam tandori, sebelum kami pulang ke rumah.
Kami tiba di rumah sekitar jam 9 malam.
~20170107, 20170108~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.