Apakah Saiz Iklan Paling Sesuai untuk Mobile?

ad size guide for mobile

Tedi telah lama berusaha untuk menambahkan pendapatan melalui Google Adsense ni namun masih belum membuahkan hasil. Jadi kalau kawan-kawan rajin, bolehlah tolong menabung di interpretZZ ni yaaa... hehe.

Salah satu persoalan yang bermain di benak fikiran Tedi adalah apakah saiz yang paling sesuai untuk iklan Adsense di mobile seperti telefon pintar atau tablet?

Tujuan utama adalah untuk meletakkan iklan tapi tidak beratkan laman blog mobile kepunyaan Tedi.

Pada tahun 2014 saiz iklan mobile paling menarik bilangan CTR tertinggi adalah 320x100.

Tetapi pada suku ketiga tahun 2014, saiz iklan 320x50 dan 300x50 lebih banyak menarik pelanggan di atas telefon pintar, manakala saiz iklan 728x90 paling banyak dicapai di atas tablet.

Saiz iklan yang lebih lebar adalah lebih cenderung menjana pendapatan berbanding iklan yang tinggi.

Walau apa pun, saiz iklan terbaik adalah saiz iklan yang sesuai dengan laman anda.

20170116