Petang tadi Master balik lambat kerana ada penilaian prestasi kerja tahunan atau dalam bahasa Inggeris disebut appraisal.
Terpaksalah Mommy dan Tedi menunggu Master di lobi pejabat beliau di Bangsar South. Jam 8 malam barulah Master menunjukkan batang hidung beliau yang mancung bak seludang tu kepada kami berdua.
Sampai sahaja di lobby Master memaklumkan bahawa kereta Proton SAGA BLM 1.3 Manual Transmission IAFM yang semalam kami hantar kepada Pak Lang telah siap dibaiki, dan kami boleh menjemputnya di Batang Benar.
Ganti Bearing Tayar Belakang Kanan | Ganti Minyak Enjin SHELL Helix7 (Hx7) 4 liter | Berapakah kos upah tukar bearing tayar Proton SAGA BLM?
Ganti Bearing Tayar Belakang Kanan
Kali ini Master meminta Pak Lang menggantikan bearing tayar sebelah kiri yang disyaki rosak, tetapi sebaliknya bearing yang rosak dan menghasilkan bunyi bising itu adalah bearing tayar belakang sebelah kanan kereta Proton SAGA BLM tersebut.
Kos untuk satu unit rear wheel bearing tersebut cuma RM 55, jauh berbeza harganya berbanding di bengkel yang selalu kami singgah, iaitu RM 95.
Jenama bearing yang kami gunakan kali ini ialah SKF dari Sepanyol.
Ganti Minyak Enjin SHELL Helix7 (Hx7) 4 liter
Selain itu Master turut meminta Pak Lang tukarkan minyak hitam, dan kali ini Pak Lang memilih Shell Helix 7 4 liter yang dibelinya dengan harga RM 108. Wah, jauh beza harganya berbanding Petronas Syntium 1000 yang selalu kami beli.
Pak Lang kata, kalau Petronas Synthium 1000 harganya cuma RM 120, bukan RM 200 seperti yang selalu kami beli! Beza RM 80 di situ.
Pak Lang turut tukar oil filter (penapis minyak) dan air filter (penapis udara) Proton SAGA BLM tersebut dengan harga RM 10 setiap satu.
Berapakah kos upah tukar bearing tayar Proton SAGA BLM?
Apabila Master bertanyakan berapakah upah untuk Pak Lang siapkan kereta tersebut, Pak Lang kata, "Ikut abang lah nak bagi berapa pun".
Lemah betul Master kerana Master memang tidak tahu berapa kos upah gantikan bearing tayar Proton SAGA BLM 1.3 MT tersebut.
Setelah merujuk kepada harga buruh gantikan bearing tayar yang kami bayar sebelum ini, Master memutuskan untuk membayar upah sebanyak RM 50. Tapi bila dalam perjalanan pulang barulah Master terfikir, kos upah ganti minyak hitam Master tidak kira sekali! Huhuhu...
FAQ:
- projek menukar bearing belakang saga blm
- harga bearing tayar belakang Saga BLM ialah RM 55 satu unit
- bearing kereta saga tidak sama dengan harga tukar bearing tayar saga FLX
- harga tukar bearing tayar hanya RM 55 jika tak masuk kos buruh
Kiriman ini pertama kali dikarang pada 12 Januari 2017. Kejadian berlaku sekitar 11 Januari 2017 (20170111).
4 Ulasan
Bearing ni harga dia lain eh... Dri japan sepanyol.. Tadi baru antar kereta dia cakp bearing satu unit dh rm245 ...dri japan ..yeke
BalasPadamerm selalu diorang tanya nak yang Jepun atau Korea, Jepun lebih mahallah... tapi tu diorang kata kalau tipu kita bukannya tahu, better tanya mereka yanfg ada ilmu pasal kereta.
Padamselain itu harga bearing Proton SAGA FLX lebih mahal menurut kata pak lang dan design dia berbeza sama sekali.
as salam,nk tanya,kedai pak lang tu KT mana?
BalasPadamwa'alaikumussalam, Pak Lang xde kedai, dia pandai repair kereta dan tahu mana nak cari alat ganti murah di sekitar Nilai.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.