Kira-kira seminggu sebelum Krismas pada tahun 2015, Michael Gallagher hidup di bawah delusi bahawa apartment di Minneapolis yang didiami ibunya yang berusia 89 tahun dipenuhi pepijat. Ketika itu dia percaya bahawa ibunya menderita dan satu-satunya penyelesaian untuk mengusir penderitaan ibunya itu, seperti apa yang dimaklumkannya kepada pihak berkuasa, adalah dengan "menghantar ibunya ke syurga."
Jadi dia membunuh Patricia Gallagher dengan memukul dan melemaskan ibunya di apartment tersebut.
Ironinya, sekarang dia membuat tuntutan wang insurans hayat mendiang ibunya.
Biasanya ia tidak akan berhasil.
Di bawah undang-undang Minnesota berusia 41 tahun yang secara tidak rasmi dikenali sebagai "pembunuh statut," waris yang masih hidup dan "sengaja membunuh" seseorang tidak berhak kepada manfaat kematian. Apa-apa wang atau harta akan pergi kepada mangsa lain.
Tetapi ini bukan kes biasa. Pada bulan Julai, hakim mendapati Gallagher, 63, tidak bersalah membunuh ibunya atas alasan beliau menghidap sakit mental. Beliau sejak itu telah dimasukkan ke Hospital Keselamatan Minnesota di St Peter. Michael Gallagher berkata beliau mahu wang tersebut untuk "menampung perbelanjaan selepas kematian ibu saya."
Walaupun tidak ada keraguan Gallagher membunuh ibunya, beliau tidak bersalah atas kematiannya.
"Memandangkan hakikat bahawa dia telah dihukum tidak bersalah, ia membolehkan beliau untuk membuat tuntutan itu," kata Jim Reichert yang mewakili Gallagher semasa kes jenayah.
ibu Gallagher, Patricia, menamakan anaknya sebagai penerima manfaat utama polisi insurans hayatnya yang berharga kira-kira USD$ 3600. Tetapi Horace Mann, syarikat insurans yang memegang polisi tersebut, memfailkan saman terhadap Gallagher minggu lalu di Mahkamah Daerah Hennepin County dengan harapan untuk menyekat tuntutannya.
"Ini adalah kes yang sangat menarik," kata Joseph Flanders, seorang peguam yang berpangkalan di Eagan yang pakar dalam keluarga dan undang-undang harta.
Flanders berkata tiada kes di Minnesota yang sama dengan Gallagher sejak 1950-an. "Kes ini boleh diselesaikan dengan baik. Walau bagaimanapun, saya meneka bahawa syarikat insurans dan peguam mereka mungkin mahu keputusan mengenai kes seperti ini diputuskan oleh hakim atau juri."
Satu keputusan tertentu boleh menetapkan peraturan asas bagi kes-kes masa depan, kata Flanders.
Dalam kenyataan di mahkamah negara, peguam William Hart yang mewakili Horace Mann berkata ia adalah jelas di bawah undang-undang Minnesota yang Gallagher telah disabitkan atas pembunuhan itu dan dia tidak akan layak untuk mewarisi sebarang wang ibunya.
"Selepas tekun meneliti isu ini," Hart menulis, Horace Mann tidak dapat mencari penghakiman terdahulu untuk apa yang perlu dilakukan dalam kes seperti Gallagher.
Jadi Horace Mann meminta mahkamah untuk memutuskan apa yang perlu dilakukan dengan wang itu. Jika Gallagher tidak mendapat wang itu, Horace Mann berkata ibu Gallagher ada menyenaraikan dua adik-beradik lelakinya sebagai pewaris sampingan. Mereka tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.
Mengikut rekod mahkamah, Gallagher telah mempunyai masalah penyakit mental sejak sekurang-kurangnya tahun 1991, apabila dia dimasukkan ke hospital di University of Minnesota dan dirawat dengan terapi kejutan.
Pada minggu-minggu sebelum dia membunuh ibunya, Gallagher yang merupakan bekas peguam, menjadi delusional dan terburu-buru. Beliau cuba membunuh diri. Beliau menjadi taksub dengan idea bahawa apartment ibunya telah dipenuhi dengan pepijat katil. Tuan tanah telah melakukan pemeriksaan ke atas apartment tersebut dan tidak menemui serangga tersebut namun khayalan Gallagher semakin berterusan.
Dia mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah itu sendiri, dengan racun perosak yang dipercayai digunakannya untuk mencemari bekalan air di bandar tersebut. Selepas dia menulis surat aduan mengenai masalah pepijat tersebut kepada tuan rumah, Gallagher berfikir bahawa ibunya akan dihalau, dan dia takut bahawa ibunya takkan menemui tempat tinggal yang lain. Ketika itulah dia berpendapat bahawa dia hanya ada satu pilihan.
“Saya bunuh ibu saya untuk mengelakkan dia daripada terseksa akibat pengusiran,” katanya kepada pemeriksa psikologi dalam satu penilaian selepas dirinya dikaitkan dengan pembunuihan ibunya.
“Ia adalah suatu situasi yang sangat sukar, dan tiada jalan keluar, jadi saya menghantarnya ke syurga."
Penilaian itu meyakinkan hakim Fred Karasov memutuskan Gallagher tidak mampu memahami bahawa tindakannya itu salah.
Gallagher menyatakan bahawa dia tidak sedar tentang tindakan undang-undang yang diambil oleh syarikat insurans tersebut.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.