Kandungan: Prakata | Maksud Peribahasa | Contoh ayat | Bulu ayam mewakili keluarga | Peribahasa sama maksud, sinonim | Apakah maksud perkataan "carik"? | Jika dicarik, bagaimana boleh bulu ayam bercantum semula? | Gambar Bulu Ayam Dicarik-carik | Bukan "cari-cari bulu ayam" | Penjodoh bilangan bulu ayam | Idea menulis karangan
Prakata
Tadi Mommy bertanya bagaimanakah rupanya bulu ayam dicarik-carik itu? Tedi akan huraikan satu-persatu tentang peribahasa carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga tersebut mengikut pemahaman Tedi. Jika anda memerlukan pemahaman lanjut sila bertanya kepada para professor atau pakar bahasa.
Ada juga yang menulis peribahasa ni sebagai carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua. Tedi tak pernah kaji pula jika perkataan juga dan jua adalah sama maksudnya. Tedi rasa memang macam tu, mungkin ejaan jua tu adalah bahasa lama?
Jika mahu argue pendapat Tedi ni, silalah komen di ruangan sepatutnya.
Maksud Peribahasa Carik-carik Bulu Ayam, Lama-lama Bercantum Juga
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga, adalah satu bidalan atau peribahasa Melayu yang bermaksud:
- pergaduhan sesama saudara (selalunya adik-beradik) itu tidak panjang dan lama-kelamaan mereka akan berbaik juga.
- Perselisihan antara saudara yang berakhir dengan perdamaian. (Bahasa Indonesia)
- Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. (Kamus Istimewa Peribahasa Melayu)
- Adik-beradik bergaduh akan berbaik semula.
Contoh ayat untuk peribahasa "Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga"
- Biarkanlah abang kamu reda marahnya itu dahulu, nanti baliklah dia. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.
- Setelah beberapa jam adik berkurung dalam bilik, dia keluar dan berbaik semula dengan kakak. Mereka bergaduh tetapi tidak lama, seperti kata pepatah, "carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga".
Bulu ayam mewakili keluarga
Bulu ayam diambil sebagai metafora untuk satu keluarga kerana jika perhatikan sehelai bulu ayam itu berurat-urat. Urat-urat atau helaian bulu ini tercantum pada satu batang, dan membentuk sehelai bulu ayam. Perihal cantuman pada batang bulu itu menyebabkan ia dianggap satu keluarga.
Selalunya ia menggambarkan perihal keluarga yang rapat, seperti adik-beradik, tengok sahaja bagaimana rapatnya bulu-bulu pada sehelai bulu tersebut.
Ia lebih kurang sama metaforanya dengan lidi yang diikat menjadi seberkas lidi, cuma lidi tidak dicantumkan oleh sesuatu yang berasal dari kalangan mereka sendiri. Jadi seberkas lidi lebih merujuk kepada kawan-kawan atau ahli masyarakat.
Sama maksud dengan Air Dicencang Takkan Putus, Pancung Debu Tak Berbekas
Apakah persamaan di antara kedua-dua peribahasa ini? Persamaannya adalah mereka menggunakan metafora satu objek yang "tercantum" sesama sendiri.
Bulu ayam tercantum kerana batangnya, air tercantum kerana sifat air, dan debu "tercantum" kerana tak kelihatan kesan jika ditepuk akan kelihatan kembali seperti ke asalnya.
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu menyatakan bahawa maksud peribahasa, "Air Dicincang Takkan Putus, Pancung Debu Tak Berbekas" adalah : Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali.
Peribahasa ini juga disebut dalam variasi: "Cencang air tidak putus, pancung abu tak berbekas".
Kedua-dua variasi ini adalah peribahasa yang sama maksud dengan carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga.
sinonim, sama maksud, sama peribahasa, peribahasa seperti
Apakah maksud perkataan "carik"?
- koyak memanjang atau koyak sedikit: Contoh ayat: "Kainnya terkena duri lalu carik."
- penjodoh bilangan untuk sesuatu yang disiat: Secarik kertas, setitik dakwat.
- mencarik: membuat (sesuatu) supaya carik; mengoyakkan; menyiat.
- mencarik-carik: membuat supaya carik berkali-kali; mencabik-cabik; mengoyak-ngoyakkan. Contoh ayat: "Dia telah mencarik-carik surat itu dan kemudian membuangnya ke dalam parit."
- carikan: yang dicarik; sobekan (kertas dan sebagainya).
Jika dicarik, bagaimana boleh bulu ayam bercantum semula?
- Ini adalah satu persoalan yang bagus. Bulu ayam yang dicarik, dah putus, macam mana boleh bercantum semula?
- Jika itu pemahaman murid-murid, maka sampai kiamat pun anda takkan memahami peribahasa "Carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua" tersebut.
- Sebenarnya peribahasa itu merujuk kepada sifat bulu ayam tersebut. Ada masanya bulu ayam akan tersisir rapi, cantik sahaja. Tetapi ada masa juga bulu ayam itu akan terpisah-pisah di antara satu sama lain sehinggakan nampak seperti rambut tak bersikat. Keadaan itulah yang dinamakan "carik-carik bulu ayam". Jika carik kertas, lain jadinya.
- Tetapi jika murid-murid tidak sabar untuk melihat rupa bulu ayam dicarik-carik boleh sahaja anda mencarikkannya, iaitu dengan menggunakan jari dan sikatkan ke arah berlawanan dengan arah semulajadi bulu ayam tersebut, dan jangan pula gunakan pisau sehingga putus. Jika sampai putus tu, sampai ke sudah pun anda takkan nampak bulu ayam itu bercantum semula.
- Sifat bulu ayam, setelah anda mencarik-carikkannya tadi (yang tak putus tu ya!), ia nanti akan tersisir semula ke arah semula jadi, sama macam rambut manusia, bila dah belah tepi, sikat belah tengah pun takkan menjadi (kecuali kalau pakai pomade, agaknyalah... haha)
- Tetapi kepada sesiapa yang tidak pernah mengetahui, ada juga ayam yang bulunya sentiasa dicarik-cari, ia dipanggil ayam bulu terbalik. Jika anda gunakan bulu ayam tersebut, memang eksperimen anda akan menemui kegagalan! Wahahaha....
Gambar Bulu Ayam Dicarik-carik
Di bawah ini Tedi sertakan beberapa gambar bulu ayam yang telah mengalami keadaan "carik-carik bulu ayam" seperti yang digambarkan dalam peribahasa tersebut.
Dan di bawah ini pula Tedi sertakan gambar bulu ayam yang "akhirnya bercantum juga", iaitu kembali ke keadaan asal.
Bukan "cari-cari bulu ayam"
Jika kawan-kawan baca dari awal mesti kalian sudah faham maksud "carik".
Ada pula yang katakan peribahasa "cari-cari bulu ayam", tetapi janganlah diejek mereka ini, kerana mereka ada kesungguhan mencari ilmu.
Cari dan carik itu adalah dua perkataan dan perbuatan yang berbeza. Tengoklah jika Tedi rajin mengulas mengenai perkataan "cari" nanti.
Penjodoh bilangan bulu ayam
Tidak semua perkataan menerima penjodoh bilangan.
Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda.
Penjodoh bilangan yang hampir bagi bulu ayam ialah sehelai, jadi ditulis "sehelai bulu ayam".
Tetapi kawan-kawan jangan lupa, "bulu ayam" ini ada banyak maksud, jadi kawan-kawan kena perhatikan apakah benda "bulu ayam" yang dimaksudkan itu sebelum diberi penjodoh bilangan kepadanya.
Idea menulis karangan
Walaupun maksud peribahasa ini menceritakan mengenai hubungan yang kembali pulih di antara ahli keluarga, tidak semestinya karangan yang bakal ditulis hanya menceritakan mengenai kisah ahli keluarga yang berbaik semula.
Peribahasa ini juga selalunya digunakan untuk memberikan amaran kepada orang luar agar jangan masuk campur urusan keluarga seseorang kerana pada akhirnya ahli keluarga itu akan berbaik dan mungkin akan menyalahkan kita kerana membuatkan mereka bergaduh.
Mengenai konsep berbaik semula di antara sesama keluarga, peribahasa ini juga boleh digunakan untuk menasihati seseorang agar memaafkan ahli keluarganya, atau bersabar jika ada perselisihan faham dalam keluarga kerana pada akhirnya ahli keluarga akan berbaik juga.
carik-carik bulu ayam peribahasa carik carik bulu ayam maksud carik carik bulu ayam akhirnya bercantum juga maksud peribahasa carik carik bulu ayam lama lama bercantum juga carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua
20170512
3 Ulasan
yang penting mesti ada yang mengalah kan?
BalasPadamBagus juga info yang teddy bagi ni,thanks teddy.
BalasPadamowh, ini hanya pendapat peribadi sahaja ya, sila bertanya kepada guru yang betul... hihihi...
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.