Mereka mengata, berbisik sesama mereka
Engkau raksasa dalam raga
Dihindari kerana takuti
Mencetus rasa hiba
Dipulaukan tiada berteman
Lantas onar berleluasa mencari perhatian
Kesilapan kau lakukan mendapat bimbingan
Kelemahan menjadi kekuatan, ada yang melindungi, meyakini
*****
Ini adalah kisah mengenai tidak mengenali - punca wujud prasangka dan syak wasangka. Melihat suatu kenakalan tanpa usaha untuk ambil peduli kenapa ia berlaku? Mungkin kerana terlihat gagah dan mampu berdiri atas kaki sendiri, maka dianggap si pelaku hanya membuat kacau semata, sedangkan si pelaku berlagak nakal bukan kerana apa, cuma mahu menarik perhatian setelah sekian lama tidak diendahkan dan dipulaukan.
Si nakal tidak mengerti bahawa bukan semua orang tidak ambil peduli, bukan semua orang tidak melindungi dan meyakini.
Apabila datang pembimbing memberi panduan dan terkesan di hati, si nakal kembali mengenal diri dan menemui kekuatan, hadirnya bukan untuk bersedih tetapi wujudnya dia di muka bumi adalah untuk mengelakkan manusia lain mengalami nasib yang sama.
Mungkin dia ditakuti kerana dianggap raksasa menggila, namun dia akan mencari jalan usaha untuk bergelar wira.
Inspirasi dari: Naruto - Sadness and Sorrow
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.