بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Mungkin kawan-kawan pernah membaca komen Tedi ke atas lirik nasyid Aisya Humaira yang dinyanyikan oleh kumpulan munsyid UNIC sebelum ini.

Terima kasih kerana sudi membaca dan terima kasih kerana sudi bertanya, apakah maksud Aisya?

Ramaikah manusia yang menggunakan nama Aisya? Adakah di Malaysia sahaja atau di merata dunia?

Gambar cikgu Aisya yang menarik hati seorang bapa kepada seorang muridnya.

 

Nama Aisyah atau Aisya tiada maksud?

Pada permulaan pencarian Tedi kepada jawapan kepada persoalan tersebut, memang tiada maksud bagi nama Aisya ni, yang ada ialah Aisyah yang bermaksud "hidup bahagia".

Aisyah artinya "hidup bahagia"

Namun biasalah bagi rakyat Malaysia ni, mungkin nama Aisyah tu tidak kedengaran moden maka mereka menghampirkanlah nama Aisya kepada Aisyah. Mungkin mereka takut anak mereka nanti dipanggil Ecah, tapi yang kelakarnya Mommy panggil kawan dia Ecot. Ish ish ish.

Berita baik bagi mereka kerana Aisya mempunyai maksud lain iaitu "penuh semangat" dan ia berbeza daripada Aisyah atau Aisha.

Macam-macam peel manusia. Tepuk dada tanya selera masing-masing.

Variasi A'isha?

Memanglah nama Aisya itu sukar dicari maksudnya, kerana dalam Bahasa Arab ia dieja sebagai عائشة‎‎ iaitu dalam rumi dieja A'isha (Āʾisha).

A'isha mempunyai pelbagai variasi ejaan seperti A'aisha , Aisha, Aishah, Aicha, Aishat, Aisya, Aisyah, Ayşe, Aiša, Ajša, Aïcha, dan juga Ayesha) di mana kesemuanya adalah nama dalam Bahasa Arab untuk perempuan yang bermaksud "dia yang hidup" atau "kewanitaan".

Nama hampir dengan Aisya?

  1. Aisar yang bermaksud "yang senang, mudah"
  2. Aish yang bermaksud "kehidupan"
  3. Aisy yang bermaksud "mewah, kaya-raya, kemakmuran hidup".

Tapi rasanya orang Malaysia takkan mahu nama seperti di atas, hehe.

Taburan penggunaan nama Aisyah di dunia

Menariknya ketika pencarian Tedi tadi, bukan sahaja maksud nama Aisya yang Tedi ketemui, bahkan Tedi menemui penggunaan nama Aisyah di serata dunia!

  1. 257 pengguna di Indonesia
  2. 175 pengguna di Malaysia
  3. 34 orang di Singapura
  4. 14 orang Amerika Syarikat
  5. 8 orang di United Kingdom

Taburan penggunaan nama Aisya di dunia

Manakala bagi nama pertama Aisya pula, dijangkakan bahawa penggunanya adalah seperti berikut:

  1. 50 orang di Malaysia
  2. 34 di Indonesia
  3. 8 di Amerika Syarikat
  4. 3 di Rusia
  5. 2 di United Kingdom

Menarik berkenaan nama Aisya

Nama Aisya dijangkakan berasal dari Indonesia atau Malaysia kerana taburan penggunaannya.

Nama Aisya jika dieja terbalik adalah Aysia.

Anagram bagi nama Aisya adalah : Iysaa, Yasai, Yasia.

Aisya jika disalah eja selalunya menjadi: Sisya, Aysya, Aisia, Aiya, Aisyaa, Asiya, Aisay, Aiysa.

Gabungan nama Aisya

Contoh gabungan nama Aisya yang digunakan di Malaysia.

Berikut adalah nama yang ditemui ditambah di belakang nama Aisya:

  1. Aisya Afiqah
  2. Aisya Aktar
  3. Aisya Aliefa
  4. Aisya Aliya
  5. Aisyah Alisa
  6. Aisya Amira
  7. Aisya Atiffa
  8. Aisya Azizah
  9. Aisya Azyani
  10. Aisya Diana
  11. Aisya Hanem
  12. Aisya Humairah
  13. Aisya Kurnia
  14. Aisya Liza
  15. Aisya Kasih
  16. Aisya Mirza
  17. Aisya Sarah
  18. Aisya Shakirah
  19. Aisya Sofea
  20. Aisya Sufi
  21. Aisya Yana
  22. Aisya Zaharin Aisya
  23. Aisya Zisya

Ada juga yang letakkan nama Aisya atau Aisyah di belakang:

  1. Alisa Aisya

Gabungan nama Aisyah

Beberapa gabungan nama Aisyah yang selalu digunakan:

  1. Afiqah Aisyah
  2. Arifah Aisyah
  3. Aisyah Aqilah
  4. Aisyah Farhana
  5. Aisyah Hasyila
  6. Aisyah Hijanah
  7. Aisyah Nabila
  8. aisyah Nadhirah
  9. Aisyah Nazirah
  10. Aisyah Nurmaulina
  11. Aisyah Syafiqah
  12. Aisyah Syarhah
  13. Izara Aisyah
  14. Nor Syahadah Aisyah
  15. Nur Aisyah Nadhirah
  16. Siti Aisyah
  17. Siti Aisyah Humairah
  18. Siti Nabila Aisyah
  19. Siti Nor Aisyah
  20. Wan Aisyah
  21. Wan Nurul Aisyah

Ejaan nama Aisyah dalam bahasa Arab atau tulisan Jawi

Ini adalah ejaan nama Aisyah apabila ditulis menggunakan tulisan JAWI.

عائشة‎

Ringkas

  1. Maksud nama Aisyah Humaira ialah dia yang kewanitaan kemerah-merahan, dia yang hidup kemerah-merahan. Humaira adalah nama manja bagi ummul mukminin Sayyidatina A'isyah Radiallahuanha kerana pipi beliau yang kemerah-merahan. Omputeh panggil blushing. Rasulullah S.A.W memanggil A'isyah, "ya Humaira". Tak tahulah jika Rasulullah S.A.W memanggil beliau "ya A'isyah Humaira"?
  2. Maksud nama Aisya adalah bersamaan dengan maksud nama Aisyah, ia hanya masalah ejaan.

 

18 Februari 2017, 20170218

Sinopsis: karangan berkenaan maksud Aishah, maksud nama Aishah, ejaan Aishah dalam jawi dan maksud nama Aishah dalam Bahasa Arab.