Sesiapa sahaja yang melalui Jalan Pintasan Dengkil (Dengkil Bypass) pasti biasa tersangkut di lampu isyarat persimpangan Dengkil, yang terletaknya kedai Cendol Bakar @Dengkil tu.
Sesiapa sahaja yang melalui Jalan Pintasan Dengkil tersebut dari Cyberjaya menghala ke Kota Warisan, pasti juga biasa melakukan pusingan-U di jalan Dengkil-Bangi yang terletak di simpang kiri di lampu isyarat persimpangan Dengkil tersebut.
Sumber foto: Paya Indah Wetlands (PIW)
Sesiapa sahaja yang melakukan pusingan-U di jalan Dengkil-Bangi tersebut, mungkin juga biasa memotong menggunakan lorong kecemasan. Master juga pernah melakukannya kerana logiknya adalah tidak salah kerana kita akan keluar ke simpang kiri sebelum melakukan psuingan-U, itu masih boleh diterima kerana kita melakukan kesalahan jalanraya tanpa menyusahkan orang lain, kecuali jika perbuatan itu menghalang laluan kenderaan dalam kecemasan seperti Ambulans dan Trak Bomba.
Mereka itu bangsat!
Tetapi yang paling bangsat adalah mereka yang memotong menggunakan lorong kecemasan, kemudian memotong di lampu isyarat tersebut, mentang-mentanglah bahagian kiri luas. Ini adalah manusia bangsat yang hanya mementingkan diri mereka sendiri padahal orang lain dah lama beratur menunggu lampu hijau menyala, adakalanya sampai 2 kali lampu hijau menyala, masih belum lepas, dan kemudian kamu memotong sesuka hati kamu.
Kamu memang bangsat. Sungguh bangsat. Ini adalah perangai manusia haprak. Perangai macam bangkai.
Tidak kiralah kamu tu pandu kereta besar atau kecil, kereta biasa ataupun teksi, kamu memang bangsat. Tidak kiralah kamu tu bangsa Melayu, Cina, India ... kamu rakyat Malaysia yang bangsat yang bodoh tidak tahulah boleh diajar atau tidak. Rasanya takkan boleh kerana kamu manusia haprak.
Adakalanya Master akan menghalang laluan kecemasan itu biar sama-sama kita sangkut dalam kesesakan jalan raya tersebut. Kadangkala takut juga kalau ada manusia bangsat seperti kamu yang berlagak samseng atau mafia akan menghentam kereta kami, tapi Allah telah berfirman: "Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (QS 4:104)".
Itu kalau nak guna untuk berperang, bergaduh, boleh sahaja - tetapi Islam adalah agama damai - tetapi pada masa yang sama menganjurkan untuk menjaga hak dan jangan biarkan maruah dipijak-pijak.
Tapi takkanlah nak bergaduh pula kan, cuma tabahkan hatilah, jika kereta kami calar, kereta kamu pun calar juga. Kereta kami remuk, kereta kamu remuk juga. Boleh sahaja kita berperang di jalan raya, tapi orang tua-tua kata dalam satu peribahasa Melayu "Menang jadi arang, kalah jadi abu" - yang maksudnya kalau kita berperang atau bergaduh, kedua-dua pihak akan menerima kerugian, tidak kisahlah pada pihak yang menang atau kalah.
Terimalah apa yang mudah engkau lakukan dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya). (QS 7:199)
Sebab itulah silat Melayu berbunga-bunga.
Bunga Silat Melayu itu bukan sekadar hiasan, bukan hanya mahu menunjuk kesenian, tapi helahnya bunga Silat Melayu itu adalah untuk memberikan peluang kepada kawan dan lawan untuk berfikir sebelum bertarung. Jika pertarungan itu dapat dihindarkan, maka hindarkan sahaja.
Tapi sakitnya hati mengenangkan perangai bangsat seperti kamu, memotong di lampu isyarat? Kamu memang haprak.
Mungkin cukup sahaja sampai di sini, dan mungkin mesej ini takkan sampai kepada pemandu-pemandu yang lebih bodoh daripada binatang yang mementingkan diri haprak mereka, memotong sesuka hati di lampu isyarat, membahayakan orang lain dan menyusahkan orang lain, merampas hak mereka untuk bergerak terlebih dahulu - kamu adalah pencuri dan perampas. Kamu adalah penceroboh.
Semoga kamu bukan pemandu bangsat yang Tedi maksudkan.
Apa inisiatif PDRM, JPJ dan Majlis Perbandaran Sepang?
Tedi tak fahamlah, takkan tiada inisiatif langsung untuk tangkap para pemandu haprak tersebut?
Ruang kiri itu kenapa dibiarkan luas? Kenapa tidak dipasang sebarang kon atau barrier atau divider atau apa-apa sahajalah untuk halang pemandu haprak dan bangsat itu daripada memotong barisan? Kutip cukai taksiran bukan main mahal, tapi benda alah macam tu pun tak boleh nak sediakan.
JPJ atau PDRM takkan tak boleh buat operasi di sana dari masa ke semasa? Atau kamu tidak berani kerana ramai pemandu haprak dan bangsat yang berkereta besar? Takkan nak panggil pakcik Jamal datang buat operasi di situ pula?
Kalau pasang CCTV di sana pun boleh juga, kemudian saman sahaja mereka yang bangsat tersebut. Tidak pun tularkan sahaja kenderaan haprak mereka tersebut.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.