Tedi sebenarnya tiada masa nak menaip malam ni, jadi Tedi nak ambil masa dalam setengah jam sahajalah.
Malas malam ni Tedi nak mengkaji hal sumber manusia mahupun hal perniagaan, Tedi nak relax dan borak santai. Kawan-kawan pun mungkin dah penat baca tulisan serius kan?
Itupun nak bercerita pasal bolasepak Liga Kejuaraan di antara kelab kesayangan Master iaitu Newcastle United (Kota Bharu Bersatu) menentang Aston Villa.
Perlawanan Liga Kejuaraan (Championship League) Liga Perdana Inggeris itu akan berlangsung pada pagi nanti, 22-Februari 2017 iaitu tepat pada jam 4 pagi.
Khabarnya Skysports akan menayangkan perlawanan tersebut secara langsung, boleh ditonton melalui Unifi, ada internet, ada bola... babai lah Astro, kalau langgan sukan pun bukan nak tunjuk game Newcastle... bayar je mahal.
Soalan pada pagi ini ialah, di antara Newcastle dan Aston Villa, kelab mana lebih besar?
Of course Master akan berkata bahawa Newcastle United adalah kelab gergasi di England, walaupun ramai kawan-kawan beliau memperlekehkannya.
Soalan tersebut pada awalnya tak pernah timbul kerana Aston Villa ni bukanlah kelab yang menjadi musuh Newcastle United. Masalahnya cuma wujud apabila pada musim lepas, Newcastle dan Aston Villa tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris. Salah satu kelab yang menyingkirkan Newcastle United pada masa itu adalah Aston Villa yang telah terlebih dahulu ketahui bahawa mereka akan tersingkir.
Itu okay lagi, masalahnya ialah penyokong Aston Villa mengejek Newcastle United dengan ayat yang lebih kurang bermaksud "tersingkir bersama kami". Memang hangin lah kan?
Ketika ini, Newcastle menduduki tangga kedua Liga Kejuaraan, itu pun sebab Brighton main awal dan menang malam semalam, jadi pagi nanti kalau Newcastle menang, memang akan kembali menduduki tangga pertama. Aston Villa pula hanya mampu berada di tengah-tengah liga.
Tapi malam ni Tedi akan gunakan formula yang digunakan oleh Skysports untuk menentukan kelab mana lebih besar?
1. Kedudukan Liga dalam 5o Tahun
Aston Villa berada di kedudukan lebih baik iaitu 14.64 manakala Newcastle United pula di tangga 14.98.
Newcastle United kalah!
2. Kehadiran Penonton sejak 1967
Newcastle 38,961
Aston Villa 31,632
Newcastle menang!
3. Kejuaraan
Kelab | Jumlah | Juara Liga | Piala FA | Piala Liga | Piala Eropah | Lain-lain |
Aston Villa | 23 | 7 | 7 | 5 | 1 | 3 |
Newcastle United | 13 | 4 | 6 | 0 | 0 | 3 |
Villa menang!
4. Sokongan Global
Kelab | Jumlah Pengikut | |||
Aston Villa | 3.38 juta | 2,316,152 | 902,000 | 166,000 |
Newcastle United | 3.11 juta | 2,070,738, | 992,000 | 49,500 |
Villa menang!
Aston Villa 3-1 Newcastle
Setakat formula macam itu boleh jalan lah. Kita tengok pagi nanti siapa menang?
Paling penting siapa yang akan bermain di Liga Perdana Inggeris tahun depan?
Okaylah, cukuplah tu untuk 30 minit.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.