Kandungan: Minyak Enjin Mos2 leichtlauf 10w40 Semi Sintetik, Liqui Moly 10w40 berapa km?, Minyak Pelincir Enjin Toptec Liqui Moly 5wd40 Fully Synthetic.
Minyak Enjin Mos2 leichtlauf 10w40 Semi Sintetik
- Warnanya tidak jernih seperti minyak pelincir enjin yang lain, berwarna kelabu gelap dan keruh.
- Pertama kali selepas mengisinya, enjin senyap semasa dihidupkan.
- Enjin berasa licin semasa dipandu dan tidak bergegar apabila minyak ditekan kuat.
- Kereta terasa lebih ringan semasa memecut, dan lebih licin semasa cruise.
- Dapat lebih penjimatan petrol.
Komen di atas adalah daripada seorang pengguna Mos2 Leichtlauf 10W40. Mungkin komennya itu tidak dapat berapa menjelaskan bagaimana tahap kelicinan dan keringanan dan juga penjimatan selepas menggunakan minyak enjin tersebut, tapi agak meyakinkan untuk membantu kita mencuba menggunakannya.
Seorang lagi pengguna memberi komen seperti berikut:
- Saya menggunakan minyak enjin ini untuk Toyota Hilux Vigo Kun 2.5.
- Bunyi enjin diesel semakin lembut, berbanding ketika saya gunakan Castrol 15w40.
Tedi agak bersetuju dengan pendapat beliau tentang minyak enjin Castrol kerana memanglah ia melekap di enjin sehinggakan enjin licin semasa dihidupkan, tetapi ia mula berasa tidak sedap selepas beberapa ketika digunakan.
Komen lain pula berbunyi:
- Saya gunakan Mos2 Leichtlauf 10W40 pada WAJA 2000 dan Iswara 2000, kereta menjadi lebih laju dan ringan.
- Minyak MOS2 10w40 adalah semi-synthetic, ia dikira jenama no.1 di Jerman.
- Liqui-moly 10w30 dan 10w40 menggunakan tambahan MOS2, yang memberikan perlindungan optimum.
- Minyak enjin semi synthetic dengan tambahan MOS2 lebih bagus berbanding minyak sintetik penuh Synthoil.
- Lebih bagus jika dibandingkan dengan Castrol Magnatec 10W40.
- Saya gunakan Liqui Moly Semi MOS2 10W-40 pada Toyota Vios 2008. Ia lebih bagus berbanding Mobil 1 Fully, Castrol Edge Titanium, Torco Semi, Fully Toyota
Komen yang agak kontra pula berbunyi:
- Saya telah mencuba liqui moly 10W30 kerana grednya dicadangkan untuk enjin CPS. Ia berasa ringan tetapi bunyi agak bising.
Liqui Moly 10w40 berapa km?
Secara umumnya disarankan digunakan maksimum 5000 kilometer.
Tetapi ada pemandu yang menggunakannya hingga sekitar 8000 kilometer, dan mendakwa pemanduan hingga 12000 kilometer takkan memusnahkan enjin.
Jika kita gunakan penuras minyak (oil filter) dan penuras udara (air filter) yang tulen maka boleh gunakan sehingga 8000 kilometer untuk minyak sintetik penuh dan 5000 km untuk minyak mineral.
Memang benar minyak hitam Liqui Moly mempunyai potensi besar tetapi lebih baik gunakan hingga 5000 km untuk lebih selamat kerana masalah mungkin disebabkan oleh penuras minyak yang berkualiti rendah dan keadaan persekitaran yang berdebu.
Ada pemandu yang menggunakan VIC oil filter dan boleh menggunakan Liqui Moly 10w-40 hingga 13000 kilometer.
Minyak Pelincir Enjin Toptec Liqui Moly 5wd40 Fully Synthetic
- Minyak fully syntetic dari Jerman boleh tahan sehingga 15000 km sebelum ditukar (walaupun sepatutnya 10000 km).
- Prestasi enjin meningkat dan konsisten.
- Penjimatan minyak sebanyak 2%
- Enjin lebih lancar.
- Peningkatan kuasa kuda kereta kerana kereta lebih ringan.
20190625
13 Ulasan
Tiada ke minyak enjin liqui moly 0w/20
BalasPadamtak pernah pula Tedi jumpa meinyak enjib Liqui Moly 0W20 tersebut di dalam Malaysia.
Padamnombor tu menunjukkan kelikatan minyak pelincir, kalau duk tambah je minyak pelincir dah terjejas kebolehan minyak tersebut terutamanya pada fungsi mengurangkan kepanasan enjin.
BalasPadamSalam guys..liqui moly apa yang sesuai untuk 4x4 diesel turbo ya? Mohon pandangan dan pendapat thanks
BalasPadamLiqui Moly 10W30 MoS2 Leichtlauf 4L dah sesuai tapi boleh tanya tuan kedai semasa membeli untuk pandangan yang lebih luas dan jelas.
PadamSesuai untuk enjin i-vtec tak?
BalasPadamGuna untuk Vios 2015 minyak Yang sesuai?
BalasPadamMOLYGEN NEW GENERATION 10W-30 atau SPECIAL TEC AA 10W-30 BENZIN
Padamhello moon penceharan apa nombor liqui moly sesuai untuk perodua viva menual?
BalasPadamMolygen New Generation 5W30, MoS2 Leichtlauf 10W30 Engine Oil, Special Tec AA 5W30 (4L) Engine Oil,
Padamsebelum ni saya gunakan eneos 10w-40 utk saga flx saya. boleh suggest gred liqui moly yg sesuai?
BalasPadamtop tec 4200 5w-30 new generation, longlife III 5w-30, Top Tec 4600 5w-30, Nachfull-ol 5w-30
Padamjenama ini mmg tidah asing lagi
BalasPadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.