Lecehlah cikgu ni, minta Tedi buat karangan peribahasa pasal berbuat baik dibalas baik. Mana Tedi nak cari ilham?
Selalunya ungkapan yang Tedi dengar ialah, "buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat", tetapi pada pendapat peribadi Tedi ia tidak seperti sejenis peribahasa sebab terlalu direct. Nampak macam pantun pun ada.
Setelah melakukan beberapa penyelidikan untuk menyiapkan karangan peribahasa tersebut, Tedi yakin yang Tedi telah menemui 3 peribahasa yang amat bersesuaian, malahan ada peribahasa dalam Bahasa Inggeris lagi.
Berkenaan karangan yang perlu dibuat pula, Tedi rasa Tedi dah ada jalan ceritanya, yang mungkin berkaitan dengan hukum karma, malahan pernah Tedi ceritakan dalam kiriman Tedi sebelum ini.
Peribahasa #1: Tepuk berbalas, alang berjawab
Maksud peribahasa: Jahat dibalas dengan jahat, baik dibalas dengan baik.
Peribahasa ini lazimnya diucapkan tatkala hendak membalas budi orang yang selalu membantu kita
Maksud bagi perkataan "alang" ialah pemberian atau hadiah.
Peribahasa #2: Alang berjawab, tepuk berbalas
Ini adalah sama seperti peribahasa pertama cuma perkara positif disebut terlebih dahulu.
Maksud peribahasa: Baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat.
Peribahasa #3: Alang dijawat, tepuk dibalas.
Maksud peribahasa: Baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat.
Peribahasa ini lazimnya diucapkan tatkala hendak membalas budi orang yang selalu membantu kita
Maksud bagi perkataan "jawat" ialah terima.
Contoh ayat peribahasa buat baik dibalas baik
"Terima kasih kerana menyelamatkan anak saya. Oleh itu, terimalah hadiah ini sebagai tanda terima kasih daripada saya. Alang berjawab, tepuk berbalas", kata Salina kepada saya.
"Terima kasih kerana menyelamatkan anak saya. Oleh itu, terimalah hadiah ini sebagai tanda terima kasih daripada saya. Alang dijawat, tepuk dibalas", kata Salina kepada saya.
Peribahasa Inggeris untuk buat baik dibalas baik
One good turn deserves another.
Bila peribahasa buat baik dibalas baik tidak sesuai?
Erm, memanglah tidak salah untuk membalas kebaikan seseorang, tetapi jika kita pergi beritahu kepada seseorang, "encik pernah tolong saya, maka kali ini giliran saya pula menolong encik, bak kata orang tua-tua, alang dijawat, tepuk dibalas", nampak sangat tidak kena.
Pertama, kerana kita beritahu dia kita buat baik untuk balas jasa dia, hal ini boleh menyinggung perasaannya jika dia jenis tidak mahu menerima balasan.
Kedua, nampak sangat kita ni tidak ikhlas, hanya menolong sebab pernah ditolong.
Ketiga, bayangkan jika seseorang menggunakan alasan ini untuk menerima rasuah? "Alah, anggap sahaja ini bantuan saya atas jasa baik tuan membantu saya mendapatkan projek tersebut. Tepuk berbalas, alang berjawab."
Itu sahaja buat masa ini, Tedi mahu menyambung tulis karangan menggunakan peribahasa buat baik dibalas baik tersebut.
Kiriman mengenai buat baik dibalas baik:
20170205
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.