Bangi adalah syurga makan-makan bagi mereka yang berduit dan tidak berdiet, hehehe. Salah satu lokasi makan-makan di Bangi tentunya di sekitar Bangi Sentral. Apa kata kita terjah beberapa kafe yang ada di Bangi Sentral ni...
Heart & Soul Cafe
Alamat: 3-25-1, Jalan Medan Pusat Bandar 8A Bangi Sentral, Selangor
Telefon: 017-620 4243
Sebelum menjamu selera di sana boleh juga jamu mata terlebih dahulu di instagram Heart & Soul Cafe:https://instagram.com/heartandsoul.cafe/
Waktu operasi Heart & Soul Cafe adalah dari 11 pagi sehingga 12 tengah malam. Ia ditutup pada hari Isnin.
Heart & Soul Cafe sesuai bagi mereka yang mahu mencuba lobster, makanan barat (western), dan juga menu masakan tempatan. Ia adalah restoran halal.
Ada pelanggan kata: "Cafe ini menerapkan ciri kontemporari, menghidangkan makanan yang hebat, perkhidmatan yang pantas, dan para pekerjanya juga peramah." dan "nasi goreng lobsternya sedap, saya suka"
Ada juga yang komen: "Makanannya biasa-biasa sahaja", "suasana kelam-kabut dengan pelayan lupa pesanan", "okaylah pizza dia" juga "menu yang diiklankan selalu habis".
Heart & Soul Cafe pernah masuk rancangan Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) di TV3.
Me'Nate Steak Hub
Alamat: 25, Jln Medan Pusat 2D, 3B Curve Business Park, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi
Waktu Operasi: 12.30 pagi sehingga 10.30 malam.
Nombor telefon: 019-391 1047
Facebook: https://www.facebook.com/MenateSteakHub
Me'nate Steak Hub adalah salah sebuah restoran makanan popular di Bandar Baru Bangi. Restoran ini adalah kepunyaan Mustaffa Othman. Beliau merantau sehingga ke Eropah dan pernah berkhidmat dengan Ratu Elizabeth sebagai tukang masak istana.
Cawangan Bangi ini baru sahaja di buka secara rasmi pada 22/1/2016. Pembukaannya disertai promosi 30% daripada harga daging.
Di sini ada beberapa bahagian daging seperti Tenderloin, Ribeye, Striploin, Prime Oyster dan Sub Prime Oyster. Tedi tak pernah mencuba bahagian-bahagian daging tersebut jadi memang Tedi tak fahamlah.
Dulu pernah heboh pasal harga makanan di sini mencecah ribuan ringgit Malaysia jadi pandai-pandailah ukur baju di badan sendiri.
Beberapa review positif pasal Me'Nate Steak Hub ialah: "steak bagus dan sedap", "tempat bagus untuk makan steak", "minuman freeflow apabila pesan steak", "mampu untuk dibayar", "salah sebuah restoran steak tempatan yang terbaik"
Beberapa review negatif pasal Me'Nate Steak Hub ialah: "harga agak mahal", "agak penuh - sila buat tempahan awal atau datang jam 6 petang untuk makan malam", "tempat letak kereta terhad", "jangan makan di sini jika bajet anda kecil".
Apa yang Tedi faham melalui komen dan review para pelanggan itu adalah harganya sesuai bagi penggemar daging, manakala bagi mereka yang bekeluarga dan bajet kecil, harganya amat mahal. Kena bajet dalam RM 50++ satu hidangan, dan jika nak daging best macam wagyu kena bajet RM 200++. Mungkin tiada masalah bagi orang Bangi yang ada-ada.
Zawara Coffee
Alamat: 3-25-01 Jalan Medan Pusat Bandar 8, Bangi Sentral, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor
Waktu perniagaan Zawara Coffee adalah dari jam 9 pagi sehingga 11 malam setiap hari.
Laman web rasmi Zawara Coffee adalah http://www.zawaracoffee.com/.
ZAWARA COFFEE® dimiliki dan diurus oleh ZAWARA Coffee Sendirian Berhad. Ia adalah kafe kopi berkonsepkan rangkaian francais.
Zawara Coffee Bangi Sentral terletak bersebelahan kafe Heart & Soul Cafe dan warnanya sama hitam, jadi jangan pula tersilap masuk.
Kalau nak cerita pasal komen pelanggan boleh dikatakan agak bagus dan trademark Zawara Coffee di Bangi Sentral ni tentunya Churos atau churro, sehinggakan ada kawan Master yang sanggup tapau churos di sini jika sanak saudara datang bertandang ke rumahnya.
Beberapa komen kurang enak tentang Zawara Coffee di Bangi Sentral adalah: "harga sedikit mahal berbanding kafe lain", "portion makanan agak kurang", "makanan habis", dan "masa menunggu boleh jadi lama".
Beberapa review positif tentang Zawara Coffee di Bangi Sentral adalah: "konsep kedai hipster yang bagus", "makanannya sedap", "layanannya bagus", "tempat bagus untuk melepak"
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.