Pengenalan kepada Krimer Sejat Carnation®
- Krimer Sejat Carnation® adalah produk keluaran F&N Dairies Sdn Bhd.
- Ia adalah susu sejat cair yang kualitinya diyakini sejak 1899. Pada awalnya ia dikenali sebagai Krim Disteril Carnation (Carnation Sterilized Cream), sebelum ditukar kepada Susu Sejat Carnation (Carnation Evaporated Milk).
- Nestlé telah memiliki Carnation Company pada 1985 sekaligus memiliki jenama Carnation tersebut. Mereka kemudiannya melesenkan jenama Carnation kepada F&N yang telah disambung buat 22 tahun pada tahun 2015. Ini adalah kesinambungan dari tahun 2006, di mana Nestlé telah menjual perniagaan susu cecair di Malaysia, Singapura, Brunei dan Thailand, kepada F&N. Ini termasuklah jenama Carnation.
- Susu cair F&N Carnation® diiklankan sebagai krimer minuman terbaik untuk menambah rasa krim dan aroma kepada minuman kita.
- Krimer Sejat Carnation® adalah topping terbaik untuk Ais Kacang atau pencuci mulut (dessert) atau apa-apa sahaja hidangan anda.
- Ia boleh juga dijadikan pengganti kepada penggunaan santan.
- Masalahnya jika menggunakan Evaporated Carnation Creamer ni adalah ia amat cair, jadi anda perlu menggunakannya dalam kuantiti yang banyak dalam masakan atau minuman (jika disediakan dalam kuantiti yang banyak).
Penggunaan Susu Cair Carnation® dalam Masakan
- Mungkin rakyat Malaysia menyangkakan bahawa Susu cair F&N Carnation® adalah dicipta untuk digunakan dalam minuman, tetapi sebaliknya ia diciptakan khusus untuk masakan.
- Ia dihasilkan untuk menyaingi penggunaan santan dalam masakan harian, dan mungkin ia kini dicabar pula oleh penghasilan santan segera yang mudah digunakan dan disimpan berbanding santan asli, cuma tentunya para penggemar resepi tradisi asli akan lebih gemar menggunakan santan asli.
- Berikut adalah beberapa resepi minuman dan masakan yang menggunakan susu sejat Carnation:
- Kek Keju (Cheese cake).
- Air Koko Panas Berpudina.
- Puding Roti dengan Cip Coklat.
- Tamale Frittata.
- Pai Krim Pisang Salai (Roasted Banana Creampie)
- Telur Dadar
- Kentang Lenyek Berkeju
- Salad Dressing Berperisa Bawang Putih dan Herba.
20170213
2 Ulasan
Susu ni mmg sedap kalau guna masak..
BalasPadamwah... komen seorang pakar masak.. hihihi
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.