Hai kawan Tedi yang dikasihi semua. Terima kasih kerana sudi membaca.

Selain sibuk dengan lukisan, Tedi juga sedang sibuk membina ayat daripada perkataan-perkataan yang telah dipilih oleh cikgu Bahasa Melayu seperti dalam senarai berikut:

[Senarai perkataan]

  1. bagibaikbagaimanaberaniberkunjungberkelip-kelipbijirin, bulat
  2. dapatdemidigunakandinafikan
  3. gundah-gulana
  4. jangan,
  5. kecil, keluh-kesahkepada, kerana, kulinari
  6. lalu, lama, lintang-pukangluas
  7. Perkataan huruf "m"
    1. ma~: makanmakanan, malahan, maya
    2. me~: memangkas, memasakmemberi, menanak, mengancammengelakkanmengukus, mengutipmenjamu seleramerebus, merenung
  8. patikpengalamanpenggunaan, periuk
  9. sejak, seolah-olah, sertaserangga perosak, suntuk, supaya
  10. tatkala, tegap, tersengguk-sengguk, tetapitinggitunjuk ajar.
  11. untuk

Tengoklah jika rajin Tedi akan tambah satu perkataan sehari sehingga menjadilah ia kamus bina ayat, hihihi.


Kuih pau dimasak dengan menggunakan kaedah mengukus.

bagi

Perkataan "bagi" biasanya digunakan di hadapan kata kerja, menunjukkan sebab sesuatu perbuatan itu dilakukan oleh kata nama dalam ayat itu.

Contoh ayat menggunakan perkataan "bagi" ialah:

  1. Ayah telah memberikan wang kepada saya bagi membeli buku.
  2. Siapa yang bagi wang itu kepada kamu?
  3. Pasukan hoki itu berlatih dan bekerja keras bagi mendapatkan kejayaan.
  4. Bukan mudah bagi menjadi pelajar terbaik.

[Senarai perkataan]


baik

Contoh ayat baik:

  1. Zahid Hamidi kanak-kanak yang baik dan rajin belajar.
  2. Jangan dibuang pisang goreng itu kerana masih baik dan boleh dimakan.
  3. Luka pada kakinya sudah baik.
  4. Kami sekeluarga dalam keadaan baik belaka.
  5. Baik buruk sesuatu perkara itu adalah ketentuan Allah belaka.
  6. Najib Razak dibebaskan awal dari hukuman penjara kerana berkelakuan baik.
  7. Tidak baik mengejek seseorang kerana perbuatan itu melukakan hatinya.
  8. Peribadi Rasulullah adalah contoh ikutan yang baik.
  9. Lebih baik kita mengelakkan berburuk sangka sesama manusia.

[Senarai perkataan]

bagaimana

Contoh bina ayat dengan perkataan "bagaimana" ialah:

  1. Bagaimana keadaan pelajar yang sakit itu sekarang?
  2. Parlimen menjaga dan mengawal bagaimana wang orang ramai dipungut dan dibelanjakan.
  3. Sekolah itu dapat memberi pendidikan bagaimana yang dikehendaki.
  4. Abang sedang memikirkan bagaimana cara untuk mendapatkan modal bagi memulakan ternakan kambing.
  5. Dokumen itu memperincikan bagaimana urusniaga emas dan perak patuh syariah dijalankan.
  6. Adik kagum melihat bagaimana jentolak itu mendaki bukit yang curam.
  7. Kerajaan masih menyiasat bagaimana nahas kapal terbang itu boleh berlaku.
  8. Para pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat bagaimana kerajaan Malaysia menghadapi ketidaktentuan ekonomi pada masa sekarang.
  9. Pendidikan adalah salah satu cara bagaimana perpaduan dapat dibentuk.
  10. Cikgu sedang memberi panduan bagaimana kami boleh mengatasi kegugupan ketika berucap di khalayak awam.

<top>

berani

  • Adikku ialah seorang yang berani.
  • Fikiran ini tidak ada orang yang berani menafikan.
  • Kemenangan awal itu membuatkan tentera Jepun berani untuk mendarat.
  • “Saya tidak akan bimbang dengan tidak bersebab,” katanya dengan hati yang berani.
  • Dia dikurniakan pangkat itu kerana dia berani dan rela berkorban.
  • Orang yang berani tidak akan mundur apabila berhadapan dengan musuh.
  • Dia menyerbu ke atas rakit yang terbakar itu dengan berani untuk menyelamatkan Pak Abu.
  • Cerita tentang sifat berani askar-askar Raja Haji menyerbu ke dalam kubu Belanda di Teluk Ketapang itu sungguh menggerunkan.
  • Perajurit yang gagah berani itu menemui ajalnya di medan perang.
  • Sebahagian masyarakat tidak berani menempuh cabaran baharu dan lebih selesa berada di takuk lama.

[Senarai perkataan]

Berkelip-kelip

  • Definisi daripada Kamus Pelajar Edisi Kedua:
    • sekejap terbuka sekejap tertutup (tentang lampu dan sebagainya);
      • Contoh ayat: Lampu tandas yang berkelip-kelip itu mendatangkan rasa seram pada diri saya.
    • pejam celik (tentang mata dan lain-lain)
      • Contoh ayat: Tidak berkelip-kelip matanya memandang muka Abdullah.
    • sekejap kelihatan bercahaya dan sekejap suram (bukan lampu dan lain-lain); berkedip-kedip
      • Contoh ayat: Bintang kelihatan berkelip-kelip di langit.

[Senarai perkataan]


berkunjung

Maksud perkataan "berkunjung" ialah: pergi (atau datang) untuk melihat-lihat (tempat dan lain-lain) atau menemui se­seorang.

Contoh penggunaan perkataan "berkunjung" ketika bina ayat ialah:

  1. Aku diberi peluang berkunjung ke Australia selama seminggu.
  2. Sejak itu, dia tidak pernah berkunjung ke rumah saya.
  3. Aku diberi kesempatan berkunjung ke Edinburgh, kemudian terus ke London.
  4. Pernah beberapa kali aku berkunjung ke rumah Zulkarnain di Merlimau.

[Senarai perkataan]


bijirin

Bijirin bermaksud biji-bijian dari tumbuh-tumbuhan yang dijadikan makanan asas. Contoh bijirin ialah padi, barli, gandum dan sebagainya.

Ayat yang boleh dibina daripada perkataan bijirin adalah seperti:

  1. Saya mengambil bijirin yang dicampurkan susu sebagai sarapan pagi.
  2. Bijirin mengandungi sumber tenaga yang mencukupi untuk membantu kita menjalankan aktiviti awal pagi.

[Senarai perkataan]


bulat

  1. Lembaga itu merenung tajam daku dengan matanya yang bulat dan merah itu.
  2. Seluruh rakyat berdiri bulat di belakangnya.
  3. Ibu menggetel doh itu menjadi bulat.
  4. Kami meletakkan kepercayaan yang bulat kepada keputusan Perdana Menteri.
  5. Murid-murid Sekolah Kebangsaan Air Hitam bulat tekad gigih belajar dengan sumbangan komputer riba itu.
  6. Rayzam bulat tekad atasi Jamras dalam pertandingan lumba lari itu.
  7. Ismail Sabri ajak rakyat bulat tekad pulihkan ekonomi negara.

[Senarai perkataan]

dapat

  1. Saya dapat menyudahkan kerja itu dengan sempurna.
  2. Saya dapat sebuah motosikal kerana memenangi peraduan itu.
  3. Penat dia mencari duitnya yang hilang itu tetapi tidak juga dapat.
  4. Akhirnya dapat juga apa yang dicita-citakannya.
  5. Adiknya dapat gelaran murid contoh di sekolah.
  6. Dia selalu dapat kesusahan.

dapat bina ayat

[Senarai perkataan]


demi

Perkataan "demi" digunakan untuk membawa maksud tujuan, dan sebagai penegas dalam ayat.

  1. Demi Tuhan, aku bersumpah tidak akan ke sana lagi.
  2. Bertaubatlah demi kebaikan keluargamu.
  3. Semua kaum perlu bertoleransi demi perpaduan negara.

[Senarai perkataan]

digunakan

Contoh ayat "digunakan" ialah:

  1. Peralatan memburu yang digunakan pada zaman tersebut dibuat daripada batu.
  2. Cikgu menasihatkan kami agar peralatan dalam bengkel tersebut digunakan dengan berhati-hati supaya tidak rosak dan tidak mendatangkan kecelakaan.
  3. Media sosial seharusnya dipantau supaya tidak digunakan untuk menimbulkan ketidaktenteraman dalam masyarakat.
  4. Lampu dan kipas harus dipadamkan jika tidak digunakan demi mengelakkan pembaziran penggunaan tenaga elektrik.
  5. Kami menghantar pakaian yang tidak digunakan ke pusat kitar semula.
  6. Saya kagum apabila mengetahui botol plastik kitar semula digunakan dalam penghasilan jersi tersebut.

<top>

dinafikan

Dinafikan bermaksud dimungkiri. Beberapa ayat yang sesuai untuk perkataan dinafikan ialah:

  1. Hak setiap anak untuk mendapat pendidikan tidak boleh dinafikan di bumi Malaysia ini.
  2. Para pekerja di kilang tersebut melakukan mogok untuk menuntut hak mereka sebagai pekerja yang dinafikan oleh majikan mereka.

 

gundah-gulana

  1. Dia sangat gundah-gulana beberapa hari ini memikirkan kegagalannya dalam temuduga tersebut.
  2. “Hati saya masih gundah-gulana walaupun sudah dibenarkan pulang ke rumah. Banjir kilat mungkin akan berlaku lagi,” kata mangsa banjir itu.
  3. Rakyat gundah-gulana melihat sikap ahli politik yang cacamarba.

 

jangan

  1. Jangan bimbang jika aku pulang lewat malam nanti.
  2. Jangan membazirkan elektrik.
  3. Jangan buka pintu semasa kereta bergerak.
  4. Jangan dengar cakap dia.
  5. Jangan bazirkan wang walaupun satu sen.
  6. Jangan membuang sampah di merata tempat.
  7. Jangan cemarkan sungai.
  8. Jangan sesekali berkasar terhadap ibumu.
  9. Jangan keluar dari dewan selagi peperiksaan belum tamat.
  10. Untuk menjadi usahawan berjaya, perkara yang paling penting ialah jangan malas berusaha.
  11. Harap jangan tinggalkan saya di sini.
  12. "Jangan lalu di situ! Itu kawasan larangan," kata Cikgu Kamal.
  13. Jangan ambil harta orang.
  14. Kamu jangan beritahu dia mengenai perkara ini.
  15. Jangan hentikan perjuangan saya.
  16. Jangan harap saya akan merayu!
  17. Jangan berbuat bising di dalam kelas.

jangan bina ayat {98}

<top>

kecil

  1. Dia mempunyai rumah yang kecil tetapi kemas dan selesa.
  2. Dia tiada masalah untuk menewaskan lawannya dalam pertandingan silat tersebut walaupun tubuhnya lebih kecil.
  3. Saya menggunakan api kecil semasa menggoreng telur untuk memastikan bahagian luar tidak hangit sedangkan bahagian dalam masih belum masak.
  4. Permainan bersaiz kecil adalah berbahaya kepada kanak-kanak dikhuatiri akan tertelan.
  5. Dia mendiamkan diri kerana takut perkataan yang bakal keluar daripada mulutnya akan membuatkan temannya kecil hati.

<top>

keluh-kesah

  1. Maka Tuanku Malim Deman tiadalah matanya beradu, keluh-kesah seorang dirinya.
  2. Keadaan kemarau yang berterusan itu membuat kaum petani di daerah itu berkeluh-kesah.

 <top>

kepada

Contoh ayat kepada:

  1. Saya pergi ke pasar untuk membeli buah-buahan yang segar untuk dibawa pulang kepada keluarga saya.
  2. Sebagai penghargaan kepada kakitangan yang telah bekerja keras, syarikat akan memberikan bonus tahunan yang besar.
  3. Tolong hantarkan surat penting ini kepada penerima yang betul.
  4. Pelajar perlu menghantar tugasan mereka kepada pensyarah pada tarikh yang ditetapkan.
  5. Saya ingin berterima kasih kepada semua yang telah menyumbang kepada kempen derma kita.
  6. Walaupun pelbagai kesukaran dihadapi, dia tetap berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada para pelanggannya.
  7. Syarikat akan memberikan latihan kepada pekerja-pekerja baru dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti.
  8. Ibu bapa harus memberikan sokongan yang kuat kepada anak-anak mereka untuk membantu mereka mencapai impian mereka.
  9. Saya ingin memberikan hadiah kecil ini kepada awak sebagai tanda penghargaan saya.
  10. Dia mempersembahkan lagu itu kepada ibunya sebagai hadiah hari ibu.

<top>

kerana

  1. Saya pergi ke pejabat pos kerana saya perlu menghantar surat penting.
  2. Dia gagal menamatkan pengajian tinggi kerana tidak dapat memenuhi syarat kelayakan.
  3. Dia mengambil cuti beberapa hari kerana sakit teruk.
  4. Pemandu kereta itu terpaksa mengelak kerana ada seekor kucing menyeberang jalan.
  5. Saya berasa lelah kerana tidak dapat tidur awal malam tadi.
  6. Beliau dipilih sebagai ketua kelas kerana mempunyai kepimpinan yang baik.
  7. Saya membeli buku ini kerana tertarik dengan ulasan positif yang diberikan oleh pembaca lain.
  8. Pihak berkuasa menutup jalan tersebut kerana berlakunya kemalangan besar semalam.
  9. Beliau terlambat datang ke sekolah kerana bas yang dia naiki mengalami kerosakan.
  10. Saya perlu membatalkan temujanji kerana terpaksa menguruskan urusan penting keluarga.

<top>

kulinari

Contoh-contoh ayat kulinari ialah:

  1. Kita boleh melanjutkan pelajaran di Universiti Hawaii yang terkenal di dunia dalam kursus seni kulinari.
  2. Kursus kulinari menyediakan peluang kepada pelajar mengasah kemahiran masakan melalui pembelajaran amali menggunakan peralatan di dalam dapur yang lengkap.
  3. Pusat Penerbitan Universiti Teknologi MARA telah menerbitkan glosari yang berkaitan dengan seni kulinari pada tahun 2009.

lalu

Contoh bina ayat menggunakan perkataan "lalu" ialah:

  1. Aku hendak pergi pun tiada lalu oleh sakit badanku lagi.
  2. Baru tiga malam yang lalu, seorang tauke telah disamun di kawasan itu.
  3. Dia tidak lalu makan mengenangkan nasib keluarganya di kampung.
  4. Santap pun tiada lalu ia pada malam itu melainkan keluh-kesah sahaja.
  5. Saya masih ingat ada seorang lelaki lalu di hadapan kami pada masa kejadian.
  6. Semua kereta tidak boleh lalu di jalan itu kerana ada pokok tumbang merintangi jalan.
  7. Tiadalah kanda perbuat lagi seperti yang telah lalu itu.

 

lama

  1. Anak raja itu telah lama benar tiada balik-balik.
  2. Pelanggan mula marah kerana hidangan mereka memakan masa yang lama untuk disiapkan.
  3. Jika tidak kerana ibunya sedang sakit, tentu Sutan takkan lama tinggal di rumah.
  4. Mereka mencari sebuah rumah lama di kampung itu untuk dijadikan set penggambaran sebuah filem seram.
  5. Dia menjual rumah lamanya utk membeli sebuah rumah baru.
  6. Motosikalnya yang lama telah diberikannya kepada adiknya.

lintang-pukang

  1. Dia memakai sehelai kain pelekat bercorak lintang-pukang.
  2. Mereka lari lintang-pukang seolah-olah ternampak hantu.

lintang pukang ayat {33} lintang pukang bina ayat {16}

<top>

luas

Contoh bina ayat menggunakan perkataan luas ialah:

  1. Buku itu membincangkan tujuan pendidikan dengan luas.
  2. Bumi ini terbentang luas untuk sesiapa yang mahu berusaha mendapatkan manfaat darinya.
  3. Atuk membiarkan pintu itu terbuka luas supaya angin malam masuk ke dalam rumah.
  4. Luas kebun itu ialah tiga hektar.
  5. Pengetahuan­nya sangat luas.
  6. Perkataan tersebut mempunyai erti yang sangat luas.

<top>

malahan

  1. Bukan itu sahaja, malahan aku sanggup berbuat apa sahaja untuk menolong engkau.
  2. Hujan yang kelihatan reda sebentar tadi malahan lebih lebat sekarang
  3. Jangankan hendak pergi, malahan bergerak dari tempat duduknya pun tidak.
  4. Selepas minum ubat, malahan menjadi-jadi sakitnya.
  5. Usahkan menegur, malahan memandangnya pun aku tidak sudi.
  6. Dia kelihatan tidak bersukacita, malahan berdukacita.
  7. Dia bukan saja diberi ucapan tahniah kerana kejayaannya, malahan diberi hadiah.
  8. Saya tidak pernah mengkhianati dia, malahan saya menolong dia.

malahan bina ayat {36}

<top>

makan

  1. Jemputlah makan kuih ini.
  2. Engkau sudah makan?
  3. Bagaimana hendak mencari makan kalau kesihatanmu selalu terganggu?
  4. Pekerjaan ini banyak makan belanja.
  5. Menggali parit ini sahaja makan masa lebih kurang sebulan.
  6. Kereta saya banyak makan minyak.
  7. Ditikamnya tetapi tidak makan.
  8. Brek basikal ini tak makan.
  9. Paku itu hanya setengah inci makan ke dalam papan itu.
  10. Inilah jadinya kalau orang tak makan nasihat.
  11. Sedikit pun tidak makan dalam hatinya khabar kawan baiknya memburuk-burukkan dirinya.

makan bina ayat {21}

makanan

  • Barang-barang makanan dapat dibeli dengan murah di kedai itu.
  • Ibu menutup makanan di atas meja menggunakan tudung saji agar tidak dihinggapi lalat.
  • Nasi ialah makanan ruji bagi penduduk Malaysia.

<top>

maya

  1. Kerajaan sedang merangka undang-undang untuk membendung penyebaran maklumat palsu menerusi alam maya.
  2. Merenggangkan diri daripada maya keduniaan yang penuh tipu daya.
  3. Open University menawarkan pengajian secara maya.
  4. Warga maya dinasihatkan supaya berhati-hati semasa berkongsi maklumat di media sosial.

memasak

  1. Ibu sedang memasak juadah ringan untuk kami sekeluarga nikmati pada petang ini.

memangkas

  1. Dia memangkas rambut yang menjulur di pelipisnya.
  2. Jika dia tidak memangkas pokok itu, nescaya ia tumbuh  menjadi pokok yang besar.

 <top>

memberi

  1. Dia memberi anak-anaknya wang belanja.
  2. Emak tidak memberi saya bermain-main di tepi sungai itu.
  3. Kita mesti berkelakuan baik dan jangan sesekali memberi malu kepada orang tua kita.
  4. Kami memberi alat itu tangkai untuk digantung ke dinding.

[Senarai perkataan]


menanak

  1. menanak: masak nasi dalam periuk, kawah dan lain-lain:
    1. contoh ayat menanak nasi :
      1. Nenek lebih gemar menanak nasi menggunakan dapur arang kerana aromanya lebih menyelerakan.
      2. Maka dia pun menanak nasi seperiuk kecil.
      3. Dia sempat menanak nasi untuk ibunya sebelum pergi bekerja setiap pagi.
      4. Ibu sedang menanak nasi dan menyayur di dapur.
      5. Si Tanjung pun tidaklah lengah lagi menanak nasi dan menyayurkan pucuk cemperai.
  2. memasak sesuatu dengan merebusnya sahaja
    1. menanak kentang = merebus kentang
  3. menanak minyak: memasak minyak kelapa untuk dijadikan minyak

Bukit Kaduk Ulu Telemu,
     Singgah menanak Batali;
Saya tak masuk kerana ilmu,
     Saya masuk kerana janji.

Pergi ke pekan ke Kota Satu,
   Singgah menanak sederaman minyak;
Tubuh hitam semacam itu,
   Kampung kami terlampau banyak.

<top>

mengancam

  1. Orang itu mengancam hendak membunuh lawannya.
  2. Kejadian banjir besar itu telah mengancam kehidupan petani-petani.
  3. Penjahat itu mengancam hendak membunuh anaknya jika ia enggan menyerahkan barang kemasnya.

 

menganyam

Jika membina ayat menggunakan perkataan "menganyam" ini, Tedi selalunya akan sebut apakah bahan yang digunakan untuk menganyam, apakah benda yang sedang dianyam, siapa penganyam, dan di manakah aktiviti menganyam itu sedang dilakukan. Bahan menganyam selalunya daripada sumber semula jadi seperti daung mengkuang, daun nipah, dan rotan. Hasil anyaman selalunya seperti tikar mengkuang, atap nipah, dan bakul rotan.

  1. Ibu dan nenek sedang menganyam mengkuang di pangkin untuk dijadikan tikar.
  2. Kakak menganyam sarung ketupat nasi menggunakan daun kelapa.
  3. Mak Lang mencari rezeki dengan menganyam daun nipah untuk dijadikan atap.
  4. Menganyam rotan untuk dijadikan bakul masih relevan pada masa ini kerana ia boleh dijual sebagai hasil kraftangan.

<top>

mengelakkan

  1. Saya cuba mengelakkan perbualan yang tidak menyenangkan apabila bersama teman sepejabat.
  2. Seorang atlet perlu mengelakkan kecederaan melalui penjagaan kecergasan fizikal dan penggunaan teknik yang betul.
  3. Seorang yang bijak akan mengelakkan kesilapan yang sama.
  4. Rakyat diseru untuk mengelakkan diri daripada berkumpul di tempat awam untuk mencegah penularan wabak COVID-19.
  5. Saya mengelakkan makan makanan berminyak atas dasar menjaga kesihatan.

<top>

mengukus

Mengukus adalah aktiviti memasak menggunakan wap air.

  1. Ibu sedang mengukus kuih pau kacang hitam menggunakan periuk yang dilubangkan.
  2. Para wanita zaman kini lebih suka mengukus makanan mereka berbanding digoreng kerana makanan yang dikukus adalah lebih bagus untuk kesihatan.
  3. Tukang masak di majlis kenduri itu memilih untuk mengukus nasi berbanding menanak dalam periuk kawah kerana ia lebih mudah diuruskan.

[Senarai perkataan]

mengutip

Contoh penggunaan perkataan mengutip bina ayat Bahasa Melayu ialah:

  1. Setiap pagi kami mengutip sampah di sekitar kawasan sekolah.
  2. Clarita telah mengutip beberapa potongan pidato Mussolini dalam akhbar-akhbar dan majalah-majalah.
  3. Pihak yang ingin mengutip derma di kawasan masjid harus mendapatkan kebenaran daripada pihak pengurusan.
  4. Azman Ali mahu bekerja di luar negara untuk mengutip pengalaman.

[Senarai perkataan]

menjamu selera

  1. Pak Ngah sibuk melayan para tetamu yang sedang enak menjamu selera di majlis kenduri kahwin anak sulungnya itu.
  2. Para guru pembimbing tersenyum memerhatikan keletah anak murid mereka yang begitu gembira menjamu selera di restoran ayam goreng segera itu.
  3. Pencuri itu sempat menjamu selera di rumah mangsanya sebelum melarikan diri.
  4. "Selamat menjamu selera", ucap tukang masak itu sebelum para juri mencuba masakannya dalam pengadilan pertandingan masakan itu.

Itulah contoh bina ayat daripada perkataan "menjamu selera" yang membawa maksud "makan dengan sepuas-puasnya". Jadi jika kita nak guna frasa "menjamu selera" ini ketika bina ayat kita kena gambarkan bahawa suasana pada masa itu ialah pesta makan-makan.

Walaupun contoh ke-3 dalam senarai bina ayat menjamu selera di atas bukan pesta makan tetapi nak menggambarkan keadaan di mana seorang pencuri itu boleh pula bersantai menikmati makanan dulu sebelum meninggalkan rumah yang dirompaknya.

Contoh ke-4 pula bukanlah pesta makan-makan tetapi nak menggambarkan bahawa tukang masak itu berkeyakinan masakannya akan memuaskan hati juri.

20210902: Frasa menjamu selera bina ayat {1,329,9.6}, bina ayat menjamu selera {0,36,9.4}, menjamu selera maksud {0,1,16}

[Senarai perkataan]


 

patik

Contoh bina ayat menggunakan perkataan "patik" ialah:

  1. Apa juga sesuatu kedukaan tuanku, katakan kepada patik, mudah-mudahan dapat patik membicarakan dia.
  2. Habislah harta yang dalam khazanah patikpatik sekalian sedekahkan kepada segala fakir miskin.
  3. Kurnia tuanku patik junjung di atas jemala patik.
  4. Maafkan patik hamba yang hina.
  5. Mana titah ke bawah duli akan patik junjung.

pengalaman

  1. Beliau telah menceritakan pengalamannya hidup di rantau orang kepada kami.
  2. Memandangkan pengalaman puan selama ini, saya dengan sukacitanya melantik puan sebagai ahli jawatankuasa Kongres Cendekiawan Melayu.
  3. Orang itu mempunyai banyak pengalaman mengendalikan jentera berat.
  4. Penasihatnya ialah seorang yang berpengalaman dalam bidang pentadbiran.
  5. Pemilihan itu dilakukan berdasarkan kelulusan akademik serta pengalaman kerja seseorang calon.
  6. Razman lebih suka hidup di laut, meluaskan pengalaman dan pandangannya sambil mendewasakan fikirannya.

penggunaan

  1. Penggunaan kata itu tidak sesuai dengan ayat ini.
  2. Pihak berkuasa hendaklah mengatasi masalah ini dengan mendidik masyarakat tentang penggunaan tong kitar semula dengan betul.
  3. Penggunaan Bahasa Melayu pada nama perniagaan perlu diperkasakan.

Periuk

Boleh rujuk kiriman Tedi sebelum ini yang bertajuk "Bina ayat daripada perkataan periuk".

merebus

  1. Ibu sedang merebus beberapa biji telur ayam untuk dimasak kari telur sebagai lauk makanan tengahari kami sekeluarga.

merenung

  1. Dia merenung mata saya dalam-dalam seolah-olah cuba memahami kesedihan hati saya pada masa itu.

[Senarai perkataan]


sejak

  1. Contoh ayat menggunakan perkataan "sejak" ialah:
    1. Dia hampir bingung sejak dua tiga hari yang lalu.
    2. Dia tinggal bersama neneknya sejak kecil lagi.
    3. Hassan sentiasa sugul sejak kematian ibunya.
    4. Sejak kejadian itu, saya tidak berani meninggalkan rumah tanpa ditemani sesiapa.
    5. Kamariah tinggal di Kampung Kijing sejak dua tahun lalu.
    6. Sejak kehilangan keretanya, Hussein menaiki bas ke pejabat.
    7. Mereka berjaga-jaga sejak Subuh lagi kerana risau paras banjir terus meningkat.
    8. Tipah sentiasa kelihatan gembira sejak kepulangan suaminya dari perantauan.
  2. Sinonim: bermula dari, mulai dari, semenjak, sedari, setarek.

[Senarai perkataan]


seolah-olah

Contoh bina ayat menggunakan perkataan seolah-olah:

  1. Penari tradisional itu menari dengan sangat lincah seolah-olah kakinya tak ber­pijak di lantai.
  2. Khalid al-Walid mengarahkan para tenteranya agar bergilir-gilir masuk ke medan perang untuk mengelabui mata pihak musuh seolah-olah tentera Islam menerima pasukan bantuan.
  3. Bendahara Melaka mengarahkan para tentera membakar ribuan unggun api di tepi pantai sebagai tipu daya seolah-olah ramai tentera Melaka sedang bertahan.
  4. Fenomena permukaan padang pasir yang kelihatan seolah-olah berair itu dipanggil fatamorgana.
  5. Dia berpura-pura seolah-olah tidak mendengar pertanyaan mak saudaranya itu.
  6. Air mukanya seolah-olah merayu memohon belas kasihan.
  7. Dia bersikap kurang ajar seolah-olah dia sahaja yang betul.
  8. Ganjaran ibadah pada malam al-Qadar seolah-olah beribadah selama 1000 malam.
  9. Dia berlagak seolah-olah dia pemilik stesen minyak tersebut.
  10. Kuasa besar seolah-olah tiada masa hentikan kezaliman di Palestin.
  11. Dia berlagak seolah-olah orang kaya.
  12. Wajahnya pucat seolah-olah tidak berdarah.
  13. Dia cuma tersenyum seolah-olah semuanya baik-baik sahaja.
  14. Berlaku baiklah seolah-olah kita melihat Allah.
  15. Nasihat arwah ibu itu masih terngiang-ngiang di telinga seolah-olah baru semalam aku mendengarnya.
  16. Dia merenung mataku seolah-olah cuba memahami masalah yang terpendam di jiwa.

[Senarai perkataan]


Serangga perosak

  1. Setiap pengusaha atau pekebun tanaman pasti akan diuji dengan pelbagai cabaran terutamanya gangguan serangga perosak
  2. Bena Perang ialah sejenis serangga perosak padi yang menyerang tanaman padi dan mengancam periuk nasi para pesawah padi.

<kembali ke atas>

serta

  1. Dia membeli buku serta pensel baru.
  2. Dia memakai baju merah serta seluar hitam.
  3. Australia telah menyatakan hasratnya untuk serta dlm persidangan itu.
  4. Encik Ramli dan Encik Ghani, serta ketua pejabat di kementerian itu tidak datang bekerja.
  5. Maka dipilihnya empat puluh anak peria yang baik-baik, dibawanya serta.
  6. Maka baginda diam pada suatu tempat, serta hari malam maka datanglah biawak terlalu banyak.

<kembali ke atas>

supaya

  1. Saya bertolak awal ke stesen bas supaya saya boleh membeli tiket bas terlebih dahulu.
  2. Belajar dengan tekun supaya anda dapat mencapai kejayaan dalam hidup anda.
  3. Dia menabung setiap bulan supaya dia dapat membeli kereta dalam masa beberapa tahun lagi.
  4. Tolong jangan buka pintu supaya kucing tidak lari keluar.
  5. Pergi awal ke pejabat supaya anda dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas pada waktu pagi.
  6. Kami memohon bantuan anda supaya kami boleh membantu lebih ramai orang yang memerlukan.
  7. Gunakan teknologi dengan bijak supaya dapat mengurangkan masa yang diambil untuk menyelesaikan tugas.
  8. Sila hantar borang permohonan secepat mungkin supaya kami dapat memprosesnya dalam masa yang singkat.
  9. Makanlah dengan perlahan supaya anda dapat menikmati rasa makanan dengan lebih baik.
  10. Beli makanan yang berkhasiat supaya kesihatan dapat dijaga dengan lebih baik.

<kembali ke atas>

Suntuk

Maksud perkataan "suntuk" ialah:

  1. sudah sampai pada hadnya sehingga tidak dapat diteruskan lagi; telah terlampau atau terlewat waktunya; terlambat. Contoh ayat: Kita tidak sempat menyiapkan memorandum itu kerana masa sudah suntuk.
  2. sehari suntuk bermaksud sepanjang hari; Contoh ayat: Sehari suntuk kami berada di rumah Pak Wan kerana meraikan perkahwinan anak sulungnya.
  3. semalam suntuk bermaksud sepanjang malam
  4. tidak panjang, pendek, singkat. Suntuk akal bermaksud akal pendek, tidak dapat berfikir lagi.

 [Senarai perkataan]


tatkala

Contoh bina ayat menggunakan perkataan "tatkala":

  1. Tatkala itu anak miskin itu pun masuklah.
  2. Tatkala hari sudah gelap, raja itu keluar bersendirian memerhatikan keadaan rakyatnya.
  3. Air pasang tatkala bulan purnama.
  4. Tatkala berhadapan dengan kegalauan, berkidung-kidunglah agar sukmanya tenteram.
  5. Mulutnya kumat-kamit tatkala dia menaip.
  6. Layar padau ialah layar yang dipasang tatkala ribut turun.
  7. Pengamitan ialah sejenis pemberian mempelai kepada mentua tatkala meninggalkan rumah mentuanya.

tatkala bina ayat {23}, tatkala contoh ayat {1}

[Senarai perkataan]


tegap

  1. Tubuh badan yang tegap adalah salah satu ciri-ciri yang terdapat pada seorang tentera yang bagus.
  2. Meja itu sungguh tegap buatannya.
  3. Seorang pelajar yang berwawasan haruslah tegap hatinya menghadapi cabaran dalam pembelajaran.

[Senarai perkataan]


tersengguk-sengguk

Tersengguk-sengguk bermaksud terangguk-angguk iaitu angguk kepala tanpa sengaja. Ia sinonim dengan seseorang yang sedang mengantuk tetapi menahan dari tidur tetapi tidak terhad kepada itu sahaja. Contoh ayat bagi perkataan tersengguk-sengguk ialah:

  1. Malam sudah tua dan ada beberapa orang antara kami telah tersengguk-sengguk.
  2. Keadaan jalan yang tidak rata menyebabkan kami tersengguk-sengguk dalam kenderaan tersebut.

Perkataan tersengguk-sengguk boleh juga digunakan untuk menerangkan tentang pergerakan yang tidak lancar.

  1. Kereta Pak Mahat yang sudah usang itu tersengguk-sengguk enjinnya ketika cuba dihidupkan.

[Senarai perkataan]


tetapi

Contoh ayat tetapi ialah:

  1. Budak itu pandai tetapi biadab.
  2. Dia seorang yang pemarah tetapi hatinya baik.
  3. Walaupun datuk sudah tua tetapi dia masih kuat berjalan lagi.
  4. Sungguhpun dia tua tetapi masih kuat bekerja.
  5. Kerajaan akan membatalkan projek yang telah lama diluluskan tetapi masih belum bermula.

[Senarai perkataan]

tinggi

Contoh ayat tinggi ialah:

  1. Saya bermimpi terjatuh dari tebing tinggi.
  2. Pengurus pasukan bola sepak mahukan seorang pemain tinggi untuk mengisi posisi penyerang.
  3. Rakyat mengeluh kerana kos sara hidup semakin tinggi.
  4. Kerajaan sedang mengkaji punca kes perceraian semakin tinggi.
  5. Seorang pendidik perlu memiliki thap kesabaran yang tinggi.
  6. Piah polis berjanji akan bekerja keras membanteras kadar jenayah yang semakin tinggi.
  7. Dia berasa malu kerana tidak mempunyai pendidikan tinggi.
  8. Emak meletakkan pisau itu di tempat tinggi supaya tidak dapat dicapai adik.
  9. Kes tanah runtuh semakin menjadi-jadi di tanah tinggi.
  10. Suhu badan adik semakin tinggi menyebabkan kami segera bergegas membawanya ke klinik.

[Senarai perkataan]


tunjuk ajar

  1. Kejayaan ini adalah hasil daripada tunjuk ajar cikgu dahulu.
  2. Demikianlah tunjuk ajar ayah yang takkan aku lupakan.
  3. Ali yang keras kepala itu tidak mahu menuruti tunjuk ajar orang tuanya.
  4. Buku ini menjadi tunjuk ajar kepada penuntut-penuntut.
  5. Tunjuk ajar guru itu jangan disia-siakan.

[Senarai perkataan]


untuk

Perkataan "untuk" biasanya digunakan untuk:

  1. menunjukkan kegunaan sesuatu, diletakkan sebelum kata nama.
  2. menunjukkan tujuan, diletakkan di depan kata kerja.
  3. menyatakan bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan.

Contoh ayat menggunakan perkataan "untuk" ialah:

  1. Rumah untuk anak-anak yatim Sri Petaling sedang dibina.
  2. Baju-baju terpakai itu dikumpulkan untuk mangsa-mangsa banjir.
  3. Pasukan hoki itu berlatih dan bekerja keras untuk mendapat kejayaan.
  4. Bukan mudah untuk menjadi pelajar terbaik.
  5. Rumah ini untukmu.
  6. Ahmad membeli kereta untuk anaknya Julia.
  7. Untuk siapakah jambangan bunga mawar itu?

[Senarai perkataan]


Rujukan:

  1. Untuk, Demi dan Bagi ~ Tatabahasa Melayu untuk Semua (tatabahasamelayumudah.blogspot.com)
  2. Penerangan Kata Sendi Nama 'sejak'dan 'semenjak' 
  3. Sejak vs Semenjak 

20210804: Erm tak sangka pula kerja sekolah Tedi ini telah membantu kawan-kawan yang mencari contoh bina ayat Bahasa Melayu. Ini menaikkan semangat Tedi untuk mengkaji dan terus menaip walaupun ia mengambil masa yang lama. Semoga ilmu kita mengenai Bahasa Melayu ini bercambah. Jika bukan orang Malaysia memartabatkan Bahasa Melayu ini siapa lagi?