Hari ini Tedi nak berkongsi beberapa fakta yang selama ini Tedi tiada pengetahuan mengenainya.
- Perbuatan menghantukkan kepala anda ke dinding boleh membakar 150 kalori sejam.
- Seekor kutu boleh melompat sejauh 350 kali panjang badannya. Ia adalah seperti seorang manusia melompat sejauh padang bola!
- Ikan Keli mempunyai lebih 27000 deria rasa.
- Rama-rama merasa menggunakan kakinya.
- Otot terkuat pada tubuh badan manusia adalah lidah.
- Pengguna tangan kanan secara puratanya hidup 9 tahun lebih lama berbanding orang kidal.
- Gajah adalah satu-satunya haiwan yang diketahui tidak boleh melompat. Kalau gajah boleh melompat, tak tahulah apa jadi...
- Kencing kucing akan berkilau di bawah cahaya lampu hitam.
- Mata Burung Unta atau Burung Kasawari adalah lebih besar berbanding otaknya.
- Tapak Sulaiman tidak mempunyai otak.
- Beruang Kutub adalah haiwan kidal.
- Jika seorang manusia menjerit selama 8 tahun 7 bulan dan 6 hari, dia boleh menghasilkan tenaga bunyi yang cukup untuk memanaskan secawan kopi.
- Jika manusia kentut secara istiqamah selama 6 tahun dan 9 bulan, cukup gas dihasilkan untuk mendapatkan tenaga sebutir bom atom. Tak tahulah saiz bom atom tu sebesar mana?
- Jantung manusia boleh memancutkan darah sejauh 30 kaki apabila ia mengepam darah ke seluruh badan.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.