Ramai bertanya macam mana aksi YES 4G di Kelantan?
Apa pula tanya Tedi? Tanyalah para penjual YES 4G di cawangan yang berdekatan.
Hehehe.
Menjawab soalan itu tentunya agak sukar dan bias kerana ia bersifat umum. Namun Tedi beritahu jugalah pengalaman Tedi menggunakannya di kampung Mommy itu pada Hari Raya Puasa 2013 yang lalu.
Prestasi baik di Wakaf Bharu.
Semasa di Wakaf Bharu, pada awal percutian, aksi YES 4G sangat memuaskan apabila huddle YES 4G mempamerkan warna hijau. LED warna hijau ini nak dapat di Desa Mentari pun susah tau. Kalau di Sepang pula, selalunya warna kuning.
Namun kemudian apabila mulanya raya, LED mula bewarna kuning dan kadangkala merah.
Tiada network di sekitar Rantau Panjang dan Panglima Bayu.
Ketika di sekitar kawasan ini, LED berkelip warna merah.
Nampaknya memang tiada rangkaian YES 4G di kawasan ini?
Tiada network di sekitar Lebuhraya Timur Barat
Ketika dalam perjalanan dari Jeli ke Gerik, memang tiada network terus. Tapi tak tahulah di kawasan Bandar Gerik.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.