Ermm... sebelum ni Tedi ada bicara pasal kasut badminton terbaik dari ASICS iaitu kasut badminton Asics Gel Rocket 7 yang memang tidak dapat disangkal kehebatannya buat para pemain yang baru nak berjinak-jinak dengan arena badminton.

Kali ini Tedi nak berbicara perihal satu kasut badminton daripada ADIDAS pula yang terkenal berbaloi dengan harganya untuk mereka yang mahu berjimat sedikit atau untuk mereka yang memang minat bebenor dengan jenama ADIDAS ni.

Adidas Performance Ligra 4 adalah kasut bola jaring, namun ia dikira sebagai antara kasut terbaik dalam sukan badminton.

Kasut Adidas Performance Ligra 4

Kasut bola jaring Adidas Performance Ligra 4 ini menggunakan rangka sintetik tahan lasak, sokongan jaring udara, dan lapisan sintetik untuk lebih daya lentur.

Kasut Adidas Performance Ligra 4 ini adalah kasut badminton terbaik pada harga yang agak murah. Ligra 4 mempunyai sokongan buku lali yang seimbang dan daya cengkaman yang bagus untuk semua saiz. Bahagian lengkungan kolar kasut Adidas Performance Ligra 4 ini juga mempunyai sokongan yang agak bagus.

Soal selidik di kalangan para pemain badminton profesional dan juga pemain badminton rekreasi (yang saja-saja bermain badminton untuk keluarkan peluh) telah menunjukkan bahawa Kasut Adidas Performance Ligra 4 adalah calon juara di antara kasut-kasut badminton terbaik dunia.

Kasut Adidas Performance Ligra 4 ini direka untuk memastikan kaki pemakainya sentiasa hangat dan selesa, dua perkara penting bagi para pemain badminton sama ada secara profesional atau suka-suka.

Selain itu fokus rekaan Kasut Adidas Performance Ligra 4 ini adalah untuk memastikan kaki penggunanya sentiasa sihat dengan pergerakan sempurna dan aliran udara yang sempurna bagi mengelakkan kecederaan kaki.

Kadangkala kasut badminton yang anda pakai memainkan peranan penting dalam menyokong postur anda, dan postur yang betul akan membantu meningkatkan prestasi pemain dalam permainan badminton. Kasut Adidas Performance Ligra 4 juga membantu kurangkan keletihan, sakit belakang, dan kecederaan lutut melalui penekanan kepada postur badan yang betul semasa bermain badminton.

Kasut badminton terbaik Adidas Performance Ligra 4 telah direka dengan bijak untuk mengelakkan masalah-masalah keletihan, sakit belakang, dan kecederaan lutut itu daripada berlaku, lebih baik daripada para pesaingnya.

Harga Kasut badminton terbaik Adidas Performance Ligra 4 ini ialah RM 200 (dua ratus Ringgit Malaysia).

Ada komen mengatakan bahawa Kasut badminton Adidas Performance Ligra 4 ini agak berat, tapi itu relatif kepada siapa yang memakainya.

~(^0^)~
Mata Tedi sudah mengantuk, tiba masanya untuk Tedi tidur supaya dapat bangun awal untuk ke sekolah esok.
Jika kawan-kawan sudi, dipersilakan untuk kawan-kawan mengklik iklan-iklan yang ada di laman ini. Terima kasih
\(^^,)/