Telah lama Tedi berfikir kenapa air laut boleh menjadi masin?

Pada mulanya Tedi berasakan bahawa ada banyak bangkai haiwan laut tenggelam di dasar laut menyebabkan ia masin (mungkin ia sedikit benar?). Tapi setelah membaca beberapa artikel barulah Tedi faham bahawa sangkaan Tedi itu adalah propaganda semata, tapi tak semestinya tak betul kan?

Ini adalah penjelasan kenapa air laut itu boleh menjadi masin.

kenapa air laut masin

Garam di lautan datang dari batu-batuan di daratan

Air hujan yang meresap ke dalam daratan mengandungi karbon dioksida yang diserap daripada udara. Ia menyebabkan air hujan sedikit berasid disebabkan oleh asid karbonik  (dikenali juga sebagai asid udara) yang terbentuk daripada gabungan air dan karbon dioksida. Berlaku satu tindakbalas kimia di sana yang kira-kiranya lebih kurang air + karbon dioksida = asid karbonik.

Apabila air hujan ini meresap ke dalam batu-batuan, asid di dalamnya akan melarutkan batu tersebut. Proses ini akan menghasilkan ion, iaitu partikel atom yang mempunyai caj elektrik.

Kita boleh melihat dalam gua bagaimana ada pembentukan stalaktit dan stalagmit daripada aktiviti pelarutan batuan batu kapur oleh air.

Ion akan dibawa melalui parit dan sungai sehinggalah ke laut. Kebanyakan ion akan digunakan oleh organisma di dalam lautan menyebabkan ia hilang dari air, tetapi ion yang tidak digunakan pula dan terkumpul pada masa yang lama akan menyebabkan kepekatannya meningkat dari semasa ke semasa.

Sebagai contoh ion kalsium akan digunakan oleh batu karang dan tiram menyebabkan ia hilang dengan cepat dari dalam air.

Dua jenis daripada ion yang biasa ditemui dalam air laut adalah klorida dan sodium. Gabungan kedua-duanya menguasai 90% (sembilan puluh peratus) daripada ion yang terkandung dalam lautan. Kedua-dua ion klorida dan sodium ini adalah garam.

Sodium diserap oleh tanah liat tetapi ia berlaku dengan perlahan, oleh sebab itu jumlahnya banyak dalam air.

Kepekatan garam dalam air laut adalah 35 per 1000 iaitu 3.5% daripada berat air laut datangnya daripada garam terlarut tersebut. Jika diukur dalam kiraan batu persegi air laut, berat garam tersebut dalam bentuk sodium klorida adalah dianggarkan seberat 120,000,000 (seratus dua puluh juta) tan atau 108,862,168,800 (satu ratus lapan billion dan lapan ratus enam puluh dua juta dan satu ratus enam puluh lapan ribu dan lapan ratus) kilogram. Berbelit lidah Tedi nak menyebutnya.

Jika nombor-nombor itu tidak membantu, kita boleh bayangkan jika semua garam di lautan diambil dan disapu secara rata ke atas semua permukaan tanah di Bumi, ia akan membentuk satu lapisan garam setebal 500 (lima ratus) kaki atau 152.4 (satu ratus lima puluh dua perpuluhan empat) meter, iaitu setinggi bangunan 40 (empat puluh) tingkat.

 

Semoga penjelasan panjang lebar itu dapat menjawab persoalan kita, kenapa air laut masin?

*** sudilah kiranya kawan-kawan menderma dengan melawat iklan tabung pendidikan Tedi ya... \(^0^)/ ***

Sumber: Why is the ocean salty

201711