Nyamuk Aedes aegypti sangat mengganggu, sama ada secara tidak rasmi ataupun melalui hitungan angka-angka statistik.
Nyamu Aedes sangat pakar mencari dan menghisap darah manusia, dan ini adalah masalah besar kerana gigitan kecil mereka boleh menyebabkan jangkitan virus Zika, denggi, chikungunya dan demam kuning.
Serangga ini seperti nyamuk-nyamuk yang lain, akan menggigit kawasan yang manusia tidak berapa perasan seperti di buku lali, belakang lutut, dan juga belakang leher. Tidak kisalahlah bagaimana masnuia berselubung, tetap akan ada naymuk yang berjaya menggigit kawasan kulit yang terdedah walaupun sedikit.
Bagaimana Nyamuk Mencari Sasarannya?
"Mereka punyai beratus-ratus penderia pada sesungut mereka." kata pakcik Anandasankar Ray, seorang entomologist di University of California, Riverside. "Dan kesemua pendeira-penderia ini boleh mengesan semua jenis bahan kimia yang dihasilkan badan manusia."
Penderia pada sesungut nyamuk membantu mereka mengesan nafas manusia. "Mereka mencari karbon dioksida yang dihasilkan manusia ketika bernafas."
Tetapi nyamuk bukannya naif, mereka tahu bahawa penting untuk mengelak dari menyasarkan mulut manusia. "Jadi apabila nyamuk sudah cukup hampir untuk kesan bau badan manusia, nyamuk akan gunakan maklumat itu untuk mencari sasaran untuk digigit." Hal ini telah dijelaskan oleh pakcik Ray pada tahun 2013 dalam satu penerbitan dalam Cell.
Setiap bahagian tubuh badan manusia hasilkan bau yang berbeza di mana bau kaki manusia tidak sama dengan bau ketiak mereka. Ini adalah kerana makhluk mikro yang ada pada kulit manusia memecahkan peluh manusia dan hasilkan molekul berbau busuk dalam proses tersebut. Makhluk mikro berlainan jenis cenderung untuk berkumpul di bahagian berbeza pada badan manusia, menghasilkan molekul berbau yang berlainan rasa.
Nyamuk ada kebolehan untuk mengenalpasti perbezaan itu, ia gunakannya untuk serang kaki manusia. Sebab ia serang kaki manusia mungkin kerana manusia lebih cenderung untuk tidak perasan ada nyamuk di sana, menyebabkan lebih sedikit nyamuk yang terkorban akibat penampar manusia.
Lebih menguntungkan nyamuk apabila ada banyak kuman di kaki manusia yang menghasilkan bau busuk, menjadikan kaki manusia adalah bahagian badan paling berbau sekaligus memudahkan nyamuk mengesannya.
"Nyamuk Aedes juga akan menyerang bahagian lain tubuh manusia," ujar pakcik Ray. Mereka akan serang leher manusia, salah satu sasaran terbuka yang kerap diabaikan manusia.
Jadi adakah jika manusia kerap mandi dan pakai pewangi, akan dapat elakkan nyamuk?
Malangnya tidak kerana nyamuk sangat sensitif dengan bau sehinggakan nyamuk boleh kesan bau manusia di sebalik minyak wangi dan losyen.
Jadi para pengkaji mula menggunakan satu teori iaitu untuk gunakan kelebihan nyamuk itu untuk menewaskan mereka. Contohnya manusia yang punyai kebolehan melihat, akan jadi buta seketika apabila terdedah kepada cahaya yang sangat terang, begitu juga nyamuk. Manusia boleh gunakan sesuatu yang berbau keras untuk kalahkan mereka.
Mungkin sebab itulah nyamuk kurang menggigit apabila ada bau serai wangi. Mungkin bau tumbuhan itu telah menewaskan deria bau sang nyamuk.
FAQ
-
nyamuk tertarik dengan bau peluh? : Ya.
20180808
2 Ulasan
dalam banyak2 orang kat keluarga dan kawan2, nyamuk paling suka kat saya. duduk ramai2, orang lain dia tak gigit tapi saya sorang ja kena T_T
BalasPadamhaha, kena mandi bunga dengan daun serai tiap hari ni baru nyamuk takut
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.