Pada petang tadi, ketika kami dalam perjalanan pulang ke rumah, Tedi ternampak seorang lelaki dewasa membawa dua kanak-kanak sekolah rendah membonceng motosikal yang dikendarainya.
Adik yang di belakang sekali tu sedang sedap minum air milo ais bungkus. Wajahnya gembira, tiada apa yang dirisaukan.
Ini bukan cerita pasal milo ais
Tiba-tiba Tedi berasa sebak, mungkin agak terharu melihatkan gelagat mereka itu. Mereka bersempitan di atas sebuah motosikal, manakala Tedi selesa duduk di dalam sebuah kereta.
Tapi mereka masih gembira.
Tedi terharu melihat jerih-perih seorang ayah menjemput anak-anaknya balik sekolah menaiki sebuah motosikal. Adakah itu sahaja pilihan yang dia ada? Mungkin ya.
Sejak bulan Februari tahun 2017 yang baru berlalu, Tedi melihat satu fenomena yang berulang kembali seperti deja vu.
Fenomena di mana ramai rakyat manusia mula membanjiri lebuhraya dan jalanraya di ibu kota dengan menunggang motosikal.
Situasi ini mula membawa Tedi menelunsuri memori dalam rangkaian neural yang mungkin telah lama terpendam rapi hanya menunggu masa dicungkil kembali.
Isteri Merajuk Dijemput Menaiki Motosikal
Peristiwa ini telah lama berlaku. Ketika itu Mummy masih bekerja di TM Annex, di mana pada ketika itu masih belum wujud Hotel Pullman Bangsar.
Zaman itu adalah zaman pemerintahan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi. Zaman di mana harga minyak meningkat dengan mendadak.
Zaman itu adalah zaman di mana kami masih mendiami unit rumah pangsa di Desa Mentari Petaling Jaya.
Ketika Tedi dan Master, yang baru sahaja sampai dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak, menunggu Mommy turun dari pejabat beliau. Di tangga lobi TM Annex kelihatan seorang makcik sedang menunggu seseorang menjemputnya.
Hujan mulai turun renyai-renyai.
Kemudian datang suami beliau dengan menaiki sebuah motosikal. Makcik itu kelihatan kurang senang dan bertanya, "Kenapa naik motosikal?" sambil buat muka kepada suaminya. Suaminya cool sahaja dan memujuk isterinya.
Erm... dugaan hidup ini macam-macam.
Tedi berasakan bahawa harga petrol yang meningkat telah memaksa rakyat Malaysia memilih untuk menunggang motosikal ke destinasi mereka. Tedi berasakan bahawa trend sama kini berlaku pada bulan Februari dan Mac ini.
Serik Menunggang Motosikal
Mommy juga mencadangkan kepada Master supaya mereka ke pejabat dengan menaiki motosikal untuk menjimatkan penggunaan petrol yang menelan belanja RM 700 pada Februari lalu, belum lagi termasuk kos topup Touch 'n Go.
Tapi Master memberikan alasan harga motosikal mahal, tapi hakikatnya Master dah serik menunggang motosikal. Anda takkan faham perasaan seorang penunggang motosikal yang menunggang dengan perlahan dikelilingi dan dihimpiti kenderaan-kenderaan besar.
Betapa cuaknya perasaan ketika itu.
Anda juga takkan faham sakit pinggang, lenguh satu badan kerana menunggang motosikal untuk jarak jauh. Bayangkan naik motosikal sejauh 100 kilometer sehari.
Anda juga takkan faham kengerian apabila tiba-tiba dihon kenderaan lain kerana penunggang motosikal tertidur dan masuk ke lorong mereka. Jika naik kereta, anda boleh berhenti di RnR, baringkan tempat duduk dan lelapkan mata, tapi tidak jika naik motosikal, anda mahu tidur di mana?
Alhamdulillah setakat ni Master belum pernah kemalangan motosikal, dan dia tak mahu terlibat dalam kemalangan motosikal.
Biarlah naik kereta, sangkut dalam kesesakan, belanja lebih untuk kos petrol, asalkan Mommy tak mengalami apa yang pernah Master alami.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.