Mencukur rambut bayi, ditimbang, dan disedekahkan dengan kadar emas seberat rambut bayi yang dicukur itu adalah satu perlakuan menyatakan kegembiraan dan kesyukuran di atas kehadiran cahaya mata, juga meniru contoh dari Rasulullah sollallahu alaihi wassalam.
Ada yang memanggilnya sebagai cukur jambul di mana rambut bayi dicukur atau digunting jambulnya dalam satu majlis istimewa. Tetapi jika menurut teladan dari Nabi Muhammad sollallahu alaihi wassalam, tidak hanya mencukur jambul, tapi dicukur keseluruhan rambut bayi.
Mungkin cukur jambul sebahagian itu hanya simbolik sahaja oleh tetamu yang hadir? Kerana bukan mudah untuk mencukur keseluruhan rambut bayi, jika mahukan tetamu itu mencukur keseluruhan rambut bayi, tentu sahaja majlis akan berlansung lebih lama!
Tambahan mencukur rambut bayi bukannya senang, dan urusan mencukur rambut Aina dikendalikan oleh Tok Ma, tidak dalam majlis, cukup buat sendiri di rumah sahaja.
Rupa bayi perempuan yang botak selepas dicukur tampak kelakar, tapi comel.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.