بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

Bukan mudah untuk mencari lampin buat si Aina, sebab dia ni lahir tidak cukup bulan dan beratnya tidak sampai 3 kilogram.

Master pun puas dah merayau ke serata alam (kononnya la) untuk menemukan lampin tersebut. Master sudah terjah ke TESCO Bandar Baru  Nilai, dan juga Giant di sana.

Master juga telah menerjah AEON Big di Midvalley.

Alhamdulillah, akhirnya lampin tersebut ditemukan juga di JUSCO di Midvalley di Kuala Lumpur di Malaysia.

gambar lampin  berjenama MamyPoko untuk bayi lahi tak cukup bulan (pramatang)
10 April 2017 jam 8:04 malam hari Isnin.
Lampin MamyPoko Preemie untuk bayi yang lahir tak cukup bulan atau lahir pra-matang sehingga berat 3.0 kg. Master merayau ke JUSCO Midvalley untuk cari lampin ni. Harga RM 27.90 untuk 30 helai lampin.
Dirakam menggunakan kamera telefon pintar HUAWEI H30-U10 2017-04-10 # @ Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, Wilayah Persekutuan, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Bayi yang lahir tak cukup bulan dan tak cukup berat ini memang memerlukan lampin yang khusus untuk mereka, nasib baik MamyPoko ada hasilkan produk lampin untuk bayi dalam kategori begini walaupun harganya agak mahal berbanding lampin untuk bayi yang normal.

Lactogen 1
10 April 2017 jam 8:13 malam hari Isnin.
Susu Nestle Lactogen Comfortis rumusan bayi langkah 1 adalah susu terawal yang Aina minum sejak mula minum susu formula bayi.
Lactogen Comfortis mengandungi Lreuteri dengan magnesium dan iron (zat besi). Harga RM 24.20 untuk 650g. # 
HUAWEI H30-U10 2017-04-10201338

 


~20170410~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih