Petang Ahad, 2 April yang lalu, Aina sampai dari Sungai Besar, dibawa oleh Tok Ma dan Tok Abah.

Dia tidur sahaja pada waktu petang tersebut, sehinggalah ketika Master sedang melakukan kerja-kerja mengalihkan dua pohon kurma di belakang rumah, Aina sibuk melalak.

Master menghentikan kerja-kerja mengalihkan pohon-pohon kurma untuk membancuh susu, manakala Mommy pula tak habis-habis merungut kenapa Master lambat siapkan susu formula si Aina.

Tapi bila diberi susu si Aina ni macam tak mahu minum pula dah. Ditolaknya botol susu tersebut. Fenomena ini menyebabkan Tedi tertanya-tanya apakah punca bayi menangis?

Gambar Nur Aina berusia 2 bulan. Bayi selalu menangis waktu malam.

Bayi manusia adalah makhluk yang bergantung sepenuhnya kepada penjaga mereka. Bayi manusia hanya tahu menangis untuk meminta sesuatu, mereka tidak pandai berkata-kata dan juga menggunakan WhatsApp untuk berkomunikasi. Lama-kelamaan bayi manusia akan belajar untuk berkomunikasi dengan penjaganya melalui tangisan, senyuman, dan juga hubungan mata.

Ini adalah beberapa penyebab bayi menangis yang Tedi temui dalam internet berdasarkan pemahaman Tedi.

Bayi menangis sebab bayi lapar

Perut bayi sangat kecil terutamanya bayi yang baru lahir. Perutnya tidak dapat mengisi banyak makanan.

Jika anda menyusu badan, suakan buah dada anda kepada bayi dengan segera walaupun dia baru sahaja minum susu. Ini dinamakan penyusuan atas permintaan.

Jika anda memberi bayi anda susu formula, bayi anda mungkin tidak perlukan susu paling kurang dua jam selepas susuan terakhir, namun ia berbeza bagi setiap bayi. Bayi yang tidak habiskan susu formula berkemungkinan akan lebih cepat lapar dan akan selalu minta susu. Lebih baik anda sediakan susu segera bagi kes sebegini.

Bayi anda mungkin takkan segera berhenti menangis, biarkan sahaja dia menyusu jika dia nak minum susu.

Bayi menangis sebab dia rasa nak menangis

Bayi yang berusia kurang daripada empat bulan akan selalu menangis pada lewat tengahari dan juga petang. Ia adalah sesuatu yang normal dan tidak bermakna bayi anda ada masalah.

Bayi berkemungkinan akan mengangkat penumbuk, angkat lututnya, dan membongkokkan badannya, dan selalu dianggap orang si bayi sedang menghidap sakit perut. Manusia selalu kaitkan ini dengan alahan kepada susu.

Tetapi para pengkaji menyatakan bahawa itu mungkin bukan masalahnya, dan mereka menyatakan bahawa ia adalah corak tidur bayi yang telah dikenalpasti sebagai tempoh tangisan PURPLE® seperti berikut:

  1. P : Puncak tangisan. Bayi akan menangis lebih banyak setiap minggu, dan kebiasaanya dalam tempoh umur dua bulan, dan akan berkurangan dari tiga hingga ke lima bulan.
  2. U : Unexpected (Tidak dijangka). Bayi akan menangis apabila dia nak menangis.
  3. R : Rintang pujukan. Bayi anda takkan berhenti menangis walau apa yang anda lakukan.
  4. P : Pain-like face (wajah seperti dalam kesakitan). Bayi anda sebenarnya tak sakit tapi mukanya macam dalam kesakitan.
  5. L : Lama. Bayi anda mengambil masa panjang untuk berhenti menangis sehingga berjam-jam.
  6. E : Evening (malam). Bayi menangis kebiasaannya pada lewat petang dan malam.

Bayi menangis kerana ingin dibelai

 Bayi memerlukan banyak pelukan dan sentuhan fizikal. Mendukungnya sambil mendodoikannya mungkin akan membantu.

Denyutan jantung, bau badan, dan kehangatan badan penjaga juga mungkin dapat menenangkan bayi.

Bayi menangis kerana dia penat dan nak berehat

Bayi selalunya susah untuk tidur terutama apabila bayi terlalu penat. Gaya tidur bayi selepas dilahirkan adalah di antaranya bayi akan membebel dan menangis seketika, merenung jauh entah ke mana, dan duduk diam.

Kehadiran dan perhatian daripada penziarah mungkin akan merangsang bayi anda dan membuatkannya susah untuk tidur. Bawa bayi ke bilik yang sunyi untuk menenangkannya.

Bayi menangis kesejukan atau kepanasan

Rasa suhu perut bayi anda untuk ketahui sama ada bayi kepanasan atau kesejukan. Jangan ukur suhu oada tangan atau kaki kerana kebiasaannya kaki dan tangan akan berasa sejuk.

Gunakan helaian-helaian selimut dalam katil bayi anda, jika perutnya terlalu panas, kurangkan bilangan selimut, dan jika sejuk, tambah bilangan selimut.

Kekalkan suhu bilik pada 18 darjah Celcius. Baringkan bayi dengan kakinya rapat kepada dinding katil, jadi bayi takkan bergerak turun ke bawah selimut.

Jangan terlalu berlebihan membalut bayi anda. Kebiasaannya bayi memerlukan 1 helai tambahan pakaian berbanding orang dewasa untuk berasa selesa.

Bayi menangis kerana lampinnya perlu ditukar

 Sebahagian bayi akan mengamuk jika berasa tidak selesa apabila lampinnya basah, manakala ada yang mengamuk hanya apabila kulitnya mengalami ruam.

Bayi menangis kerana dia tidak sihat

Bayi yang tidak sihat akan menangis pada nada yang berbeza dari kebiasaan. Ia mungkin lebih lemah, lebih mengejut, berpanjangan, atau nyaring. Jika bayi yang selalu menangis, tiba-tiba diam, ini mungkin juga tanda dia tidak sihat.

Pertumbuhan gigi juga boleh menyebabkan bayi anda menangis, dan bayi selalunya tidak senang dalam tempoh seminggu sebelum gigi baru tumbuh. Anda perlu mempelajari tanda-tanda pertumbuhan gigi untuk mengenalinya.

Hanya anda yang lebih mengenali bayi anda, jadi jika anda berasa ada sesuatu tidak kena, panggillah bidan atau jururawat untuk memeriksa bayi anda.

Segera hubungi doktor anda jika bayi anda berterusan menangis, demam, muntah, dan cirit-birit.

Jika bayi anda ada masalah untuk bernafas ketika menangis, segeralah hubungi Unit Kecemasan berdekatan.

Sumber:

  1. http://www.babycentre.co.uk/a536698/seven-reasons-babies-cry-and-how-to-soothe-them