Kecewa
Itu sahajalah perasaan Master pada hari ini, walaupun dia mengukir senyuman dan mengucapkan tahniah kepada kawan sepejabat di atas kenaikan pangkat mereka. Masih ada sedikit rasa ralat dalam jiwanya.
Pada 22 Mac lalu, Master sedang mengejar tarikh akhir Ujian Penerimaan Pengguna (User Acceptance Test) untuk sebuah sistem yang diwarisinya daripada teman sepejabat yang lain.
Sistem yang sedang Master bantu uruskan pada hari tersebut dirancang akan dilancarkan secara besar-besaran untuk 104 buah mesin, dan Master diminta menyelidik apakah cara yang paling bagus untuk memudahkan kerja-kerja orang lain install sistem tersebut.
Kebetulan pula Master akan bercuti mulai 23 Mac sehingga 27 Mac, jadi kerja-kerja itu adalah sangat kritikal bagi beliau.
Malang pula bagi Master apabila pada hari yang sama juga COO mahu berjumpa dengannya setelah sesi pertama dibatalkan kerana COO ada hal yang tidak dapat dielakkan. Master dengan berat hati terpaksa menerima jemputan itu. Ruapa-rupanya sesi itu adalah sesi beramah mesra dengan mereka yang menerima markah tinggi dalam Prestasi Kerja Tahunan.
Master yang sedang tertekan untuk menyiapkan kerja-kerja beliau tidak fokus kepada sesi tersebut.
Hari ini keputusan kenaikan pangkat telah diumumkan, dan mereka yang menghadiri sesi dengan COO telah menerima kenaikan pangkat. Malangnya nama Master tiada dalam senarai tersebut.
Master pada mulanya terkejut kerana tidak menyangka sesi itu ada kena mengena dengan kenaikan pangkat, diikuti dengan sedikit rasa terkilan kerana tidak menerima kenaikan pangkat tersebut.
Tidak mengapalah, dah memang rezeki Master macam itu. Terimalah. Tiada siapa yang bersalah dalam hal ini kerana semua itu ketentuan Allah.
Terima kasih kepada bos Master kerana sudi mencadangkan kenaikan pangkat buatnya, dan Master memohon maaf kerana tidak mendapat keputusan yang memberangsangkan.
Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya, semoga terus gemilang pada masa hadapan.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.