Apabila memerhatikan tanaman bunga-bunga Mommy dan juga sayur-sayuran Master, Tedi selalu terlihat kelibat sejenis tumbuhan yang dipanggil lalang.
Tedi mengkagumi tumbuhan lalang tersebut kerana ia sangat nekad dan degil.
Tanah yang berbatu di hadapan rumah kami tetap ditumbuhi lalang manakala tumbuhan yang Master tanam agak sukar untuk hidup. Akar lalang yang tajam ini akan menembusi tanah dan menyelirat mencari kawasan sesuai untuk ia bercambah.
Tapi akhirnya Master akan menebas lalang tersebut.
Peristiwa ini berlaku berulangkali. Master akan menebang lalang dan menggantikannya dengan tanaman yang mungkin bisa memberi faedah kepada manusia.
Adakah lalang tidak berfaedah?
Jika melihat kepada kedegilan lalang yang tetap menerobos tanah yang keras dan berbatu, Tedi rasa ia amat berjasa. Hasil usahanya menerobos tanah keras berbatu tersebut akan menyebabkan Master tidak perlu mencangkul dengan susah payah. Cukup buat Master mencabut lalang tersebut dan akar-akarnya akan turut tercabut sekaligus meleraikan ikatan tanah-tanah berbatu tersebut.
Melihat keadaan ini, Tedi terfikir akan nasib orang asal di sesuatu tempat. Contohnya macam Orang Asli dan juga Bumiputera.
Mereka menghuni sesuatu tempat cukup untuk hidup susah payah, hanya untuk pihak British datang dan membawa pendatang dari China dan India kerana kepakaran mereka bekerja di lombong-lombong dan juga estet.
Jika dilihat pada masa sekarang, orang Bangladesh, Nepal pula dibawa masuk untuk menggantikan orang asal di Malaysia dalam sektor-sektor pekerjaan.
Mereka itu umpama tanaman yang ditanam kerana dilihat bakal membawa hasil, menggantikan Orang Asal yang kelihatan tidak diperlukan walaupun mungkin mereka ada menyumbang sesuatu.
Maka, adakah silap jika Tedi menyamakan orang Asal di Malaysia ini seperti lalang? Mereka ditebas kerana tidak diperlukan. Mereka kelihatan tidak produktif dan membawa hasil. Mereka kelihatan hanya menyemak di tanah asal mereka.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.