Sebelum ini Tedi ada mengirim jumlah belanja petrol keluarga kami pada bulan Januari 2017.

Kali ini disenaraikan pula perbelanjaan petrol tanpa tunai keluarga kami pada bulan Februari pula.

Pada bulan Februari 2017, Master telah mengambil inisiatif untuk melakukan pembayaran tunai bagi mengurangkan kebergantungan kepada kad kredit. selain itu Master juga mengelakkan pengisian petrol penuh bagi setiap tangki kereta-kereta kami.

Gambar muncung pam minyak. Kurangkan perbelanjaan tanpa tunai pengisian petrol Februari 2017 di Malaysia

Pengisian petrol tidak penuh adalah untuk mengurangkan berat kenderaan, juga mengelakkan pembaziran kerana kereta Proton SAGA BLM dan Subaru XV 2015 STI itu bukanlah digunakan selalu. Jadi lebih baik diisi petrol tidak penuh.

Hasilnya jika bulan Januari lepas perbelanjaan untuk petrol secara tanpa tunai ialah RM 700, kali ini ia hanya RM 500 sahaja.

22-Feb-17 PSS-NPE PANTAI DALAM KUALA LUMPUR MY 50.51
19-Feb-17 PETRONAS BANDAR BARU NILAI NEGERI SEMBILAN MY 58.85
18-Feb-17 SHELL-RNK RESOURCES SELANGOR MY 47.89
14-Feb-17 PS-SALAK TINGGI SEPANG MY 58.81
11-Feb-17 PETRONAS PASIR PEKAN KELANTAN MY 105.92
08-Feb-17 PETRONAS-KARAK REST BENTONG MY 102.03
07-Feb-17 SHELL-PELITA DAUR SB SELANGOR MY 42.11
Jumlah:  466.12