Tedi memang sangat bersetuju dengan keratan berita dari Sinar Harian ni. Bukannya mudah untuk menggilap Tan Cheng Hoe sehingga dia serasi mengemudi pasukan Kedah FA pada hari ini. Alih-alih FAM nak ambil dia pula dengan alasan untuk membantu skuad Harimau Malaysia.
Alasan tu bukannya tidak relevan, tapi masanya tak betul, macam main terjun lombong aja gayanya.
Gomez pun dah tarik diri dari jadi jurulatih Skuad Bolasepak Malaysia, dan pada masa yang sama Ong Kim Swee diturunkan jawatan kemudi skuad bawah 23 tahun, betul-betul macam sarkas.
Nak membentuk skuad bolasepak kenalah ada asasnya dan juga ketabahan, kena digilap dan diasah. Ada duit tidak bermakna semua jadi, boleh main beli, pilih itu ini.
Petikan Berita dari Sinar Harian
BIARPUN ramai jurulatih tempatan berminat menggantikan posisi Ketua Jurulatih Kedah yang bakal ditinggalkan oleh Tan Cheng Hoe, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengakui sukar untuk mencari penggantinya.
Setiausaha Kehormatnya, Datuk Aminuddin Omar mengakui sehingga kini pihaknya belum lagi menyenaraikan calon-calon yang akan mengisi kekosongan tersebut.
Jelasnya, isu tersebut sedikit-sebanyak mengganggu tumpuan kem kejurulatihan Hijau Kuning yang kini dalam persediaan untuk menghadapi perlawanan kesembilan Liga Super 2017 dengan menentang PKNS di Stadium Darul Aman, Sabtu ini.
Jika letak jawatan pun (jika perlu diteruskan) berilah masa kepada KFA sekurang-kurangnya dua hingga tiga bulan, bukan senang nak cari jurulatih yang sesuai dengan pemain dan keadaan pasukan sekarang ini.
Kita memerlukan penelitian yang rapi di dalam mencari pengganti kerana ia bukan satu perkara yang mudah dan setakat ini kita masih belum mempunyai senarai pengganti jurulatih sekiranya Cheng Hoe dilepaskan," katanya.
Menurut Aminuddin, penelitian sebaik mungkin perlu dilakukan oleh pihaknya kerana bolasepak adalah sukan kegemaran yang mendapat perhatian Istana terutamanya peminat nombor satu Hijau Kuning, Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'Adzam Shah dan seluruh rakyat di negeri ini.
Sentuhan Cheng Hoe mula jadi perhatian apabila berjaya melonjakkan semula Kedah sebagai sebuah kuasa besar bolasepak tempatan malah kini muncul pendahulu Liga Super 2017 selepas lapan perlawanan dan kini dalam laluan selesa untuk mara ke Separuh Akhir Piala FA 2017 selepas menang 6-1 ke atas PKNP pada Suku Akhir Pertama.
Di bawah kendaliannya, Kedah muncul Juara Liga Perdana 2015, Juara Piala Malaysia 2016 dan terbaru Juara Piala Sultan Ahmad Shah 2017.
Sumber: sinarharian.com: Sukar cari pengganti Tan Cheng Hoe
20170410
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.