بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Secara tiba-tiba sahaja bayi boleh sedu tidak berhenti-henti.

Hal bayi sedu ini boleh juga menggusarkan sehingga kita pun tertanya-tanya kenapa bayi sedu?

gambar bayi sedu bawah satu (1) tahun

Orang tua-tua kata bayi sedu adalah kerana bayi nak membesar. Ada juga yang kata punca kenapa bayi sedu adalah kerana kekurangan air.

Tedi saja nak cari kenapa seorang bayi manusia boleh tiba-tiba sedu?

Jawapan kenapa bayi sedu?

Terlebih makan adalah penyebab biasa berlakunya sedu.

Jika perut kembang terlalu cepat atau menjadi terlalu penuh, ini boleh mencetuskan otot diafragma menjadi kejang. 

Apabila menyusu badan, cuba perlahankan penyusuan dan berhenti dan sendawakan bayi apabila anda beralih dari satu payudara kepada payudara yang lain.

Tapi bukan semua sedu disebabkan oleh terlebih makan. Ia boleh juga disebabkan oleh ransangan dan juga rengsaan pada otot diafragma bayi.


~20170520~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih