Pagi tadi kami ke Taman Seri Empangan di Putrajaya.
Ada majlis reunion kawan-kawan sekolah Mummy di sana. Kami bawa sekali baby Aina ke sana walaupun Mummy kata dah tak nak bawa Aina keluar berjalan-jalan naik kereta sebab tak mahu bayi Aina selsema terkena hawa sejuk dari corong penghawa dingin kereta.
Pagi tadi juga kami mula gunakan stroller bayi Compatto Aldo A-baby. Agak bagus juga ada stroller boleh lipat ni, cukuplah untuk muat dalam kereta walaupun tidak dilipat penuh.
Cuaca pagi sangat baik di Taman Seri Empangan, cuma tiada angin menyebabkan ada di antara kami yang berpeluh di bawah kehangatan mentari.
Baby Aina pun mungkin kepanasan, mujur ada kawan Mommy tawarkan kipas mobile milik anak beliau.
Tetapi baby Aina sangat behave, tidak buat perangai meragam, kebiasaan yang agak kebetulan apabila baby Aina berada di khalayak ramai.
Master terpaksa buaikan baby Aina ketika mendukungnya supaya dia rasa berangin agar dia kekal berkelakuan baik.
Pada penghujung majlis reunion tersebut, hujan tiba-tiba turun menyebabkan kami terpaksa berlindung di bawah wakaf berhampiran. Bayi Aina terkena tempias hujan dan angin sejuk yang menggila, membuatkan kami agak risau dia akan demam pada penghujung hari.
Tapi setakat ini kelihatan bayi Aina baik-baik sahaja.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.